pepatah pujangga

Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya..

Yusuf al-Qardawi

Sunday, November 20, 2011

Bahagianya dengan Fattabiouni - Bergaul dengan kanak-kanak cara Rasulullah.


zamlubawi : ada anak sedara pun jadilah dalam menyebarkan didikan gaya Rasulullah..=) Anak-anak!!jom ikut paman pegi tengok bola!! huhu

Saturday, November 19, 2011

Wahai Pencari Bahagia!

peringatan untuk AKU :

Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi SOLEHAH…….

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi SOLEH….



zamlubawi : Mencari dunia diri sendiri..Allahu Ameen..=)

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidil Adha Mubarak 1432H



zamlubawi : menghayati erti pengorbanan masa bujang dan erti pengorbanan sirah nabawiyah dan para sahabat..ALLAHU AKBAR 3x..=)

Tuesday, October 25, 2011

Hidayah - Tenangkan Fikiran


zamlubawi : Fikiran kusut vs Fikiran tenang..Mencari ketenangan yang indah!!

Saturday, October 1, 2011

Bahagia Datang dari Khalifah Youth Circle.


Salam sejahtera semua!!!Saya mewakili mainboard KYC ingin menghebahkan berkenaan aktiviti yang dianjurkan oleh KYC sekitar Oktober ini.Jadi,pada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi segera ya!!!

Antara program terkini untuk bulan Oktober ini ialah :

1. Bengkel Aqil Baligh (Perempuan) , 16 Oktober 2011 (Ahad)
    terbuka untuk peserta wanita berumur 10 - 13 tahun
    bertempat di Khalifah Institute ( berhadapan Ampang Point )
    Yuran : RM 100 (anak) RM 80 (ibubapa)

2. Khalifah Youth Training 14 , 22 - 23 Oktober 2011 ( Sabtu & Ahad )
    terbuka untuk pelajar IPTA/S
    bertempat di Khalifah Institute ( berhadapan Ampang Point )
    Tempat terhad untuk 35 orang sahaja
    Yuran : RM10 sahaja. ( murahkan?? )

Menggunakan Konsep Khalifah 100% dan anda pasti akan rasa nikmatnya bila tahu konsep ini.InshaAllah!!

Jika sesiapa yang betul-betul berminat bolehlah hubungi saya selaku presiden KYC di talian 0196014371 atau hubungi staff Khalifah Institute Sdr Mokhtar 03-4256 6810

zamlubawi : sedang mengurus program lain juga..moga dipermudahkan urusan..yang nak join cepat bagitaw na...=)








MEMBINA BAHAGIA RUMAH TANGGA MUSLIM



Marilah bersama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana setelah lama kita berusrah dan melalui proses tarbiah Ramadhan sehingga hari ini, Allah s.w.t. memanjangkan usia kita untuk terus berada di dalam usaha dakwah dan tarbiah. Dakwah kepada orang lain dan tarbiah diri kita sendiri. Maka, kewajipan kita untuk terus menerus memperbaiki diri kita usahlah kita hentikan, mari kita teruskan. Sebagaimana yang kita ketahui, memperbaiki diri serta menyeru orang lain adalah kewajipan manusia di dalam jalan dakwah ini.

Selain keduanya, terdapat keperluan ketiga yang perlu difikirkan bersama iaitu pembinaan keluarga Muslim. Mengapa ia sangat perlu dan menjadi pilihan yang ketiga? Individu Muslim perlu menjadi contoh kepada orang lain di persekitarannya begitu juga dengan keluarganya, manakala keluarga Muslim ini pula penting yang akan menjadi tiang asas dalam membina masyarakat yang dikatakan sebagai masyarakat Muslim.

Rumah tangga merupakan tempat melatih kader serta generasi baru dalam dunia dan kewajipan berdakwah ini. Ia akan mencorakkan serta membentuk peribadi anak-anak itu sendiri sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

"Tiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya kejadian yang suci dan ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau menjadikannya Kristian ataupun menjadikannya Majusi"


Pemilihan


Kita hari ini masih di dalam usaha untuk memperbaiki diri kita dan di dalam usaha ini, sebagai seorang Muslim yang berjuang menegakkan agama di dalam diri, adalah wajib untuk kita berusaha mencari isteri yang solehah manakala wajar pula bagi mereka (wanita) itu untuk mencari suami yang soleh. Pemilihan tersebut mestilah atas dasar ketakwaan kepada Allah s.w.t.. Wanita itu mestilah beragama serta memahami tanggungjawabnya di dalam perjuangan dakwah ini bersama-sama suaminya. Dia itu mestilah menjadi pelengkap dalam hidup si suami, mendampingi dan membantu di kala tekanan menyerang serta sentiasa menjadi pendamai jiwa di kala suami di dalam keadaan gundah gulana.

Semestinya, si isteri juga adalah penasihat serta teman setia di dalam keluarga. Dia juga harus memahami peranan suami di dalam usaha dakwahnya dan mampu mendidik dan membesarkan anak-anaknya walaupun ketiadaan suaminya. Ini telah dicontohkan oleh isteri seorang mujahid yang telah meninggalkan isterinya itu selama 30 tahun kerana tuntutan jihad yang telah membawanya ke Asia Tengah. Apabila suaminya pulang, suaminya amat bersyukur bahawa anak yang ditinggalkannya itu sudah menjadi ‘alim yang terkenal di Madinah iaitu Rabi’ah al-Ra’yi atau al-Rabi’ah bin Farukh.

Tambahan lagi, sebagai seorang pendakwah, haruslah kita melengkapkan diri kita dengan ilmu serta keyakinan yang mantap dalam soal akidah serta kehidupan seorang Muslim agar menjadi perhatian dan pilihan para isteri yang solehah untuk dijadikan suami mereka. Bermula dari sinilah kita akan dapat membina sebuah keluarga Islam yang mantap dan bersesuaian dengan perintah Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia"


Beriltizam Dengan Batas-batas Islam

Adalah menjadi keutamaan, setiap adab dan tingkah laku yang diterima syariat adalah sesuatu yang seharusnya ditekankan di dalam perhubungan di dalam pembangunan sebuah keluarga Muslim. Sebagaimana di dalam adat Melayu yang kita lalui dalam proses perkahwinan hari ini, maka ia dimulakan dari adat merisik, bertunang sehinggalah berlangsungnya perkahwinan, hantaran, wang hantaran, juga pilihan tempat dan persandingan yang direncanakan. Segalanya biarlah berpadanan dengan syariat dan memenuhi kehendak agama tetapi bukan atas dasar kemegahan dan sikap menunjuk-menunjuk dan berbesar hati kerana kemeriahan dan kemasyhurannya. Biarlah ia diredai dan berjalan dalam keadaan sesederhana.


Kebahagiaan Rumah Tangga Yang Dicita-citakan


Apabila pemilihan pasangan itu telah berlangsung berdasarkan syariah Islam, maka sempurnalah usaha pemilihan dan berserah dirilah kepada Allah s.w.t. Maka, masuklah kepada fasa pembangunan keluarga yang ke arah kesejahteraan, ketenteraman serta kebahagiaan yang dicari sebagai seorang Muslim. Kebahagiaan itu bukanlah hasil dari luar diri. Bukan dari kekayaan, harta benda, rumah, kereta atau sebagainya. Bahkan ia harus lahir dari dalam diri kita iaitu dari sifat ketakwaan kita kepada Allah s.w.t.

Yakinilah bahawa Allahlah yang mendatangkan kebahagiaan serta yang memberikan kegembiraan kepada kita. Sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran surah Ar-Rum ayat 21;

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Ar-Rum 30: 21)

Kebahagiaan bukan bergantung kepada banyaknya harta, tetapi ketinggian takwa kita kepada Allah s.w.t.


Perkahwinan Itu Ibadat


Pasti dan kita semua telah maklumi bahawa, antara tugas kita di dunia adalah beribadah kepada Allah s.w.t.. Maka kita sepatutnya menjadikan setiap saat dan masa hidup kita ini adalah kembali beribadah kepada Allah s.w.t.. Ini bermakna, termasuklah perkahwinan kita itu sendiri. Perkahwinan seharusnya menghampirkan kita kepada Allah s.w.t. Oleh yang demikian, untuk menjadikan perkahwinan itu sebagai ibadah, maka ia perlu diuruskan berdasarkan hukum syariat yang telah ditentukan agama.

Berkasih sayang, tolong-menolong dalam perkara kebaikan serta melakukan perintah Allah s.w.t. bersama-sama sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.;

"Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam itu lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air ke mukanya" (Riwayat Abu Daud)


Perkahwinan Itu Saling Percaya Mempercayai


Sebarang usaha untuk mengekalkan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup berumah tangga, maka perlu juga bagi pasangan suami dan isteri untuk saling percaya mempercayai antara satu sama lain. Usahlah kita datangkan sebarang pra-sangka atau syak yang bukan-bukan. Meyakini dan menghormati hak suami atau isteri di dalam waktu terang atau rahsia, waktu tersembunyi dan terlihat adalah menjadi keutamaan di dalam menjaga keharmonian keluarga.

Ingatlah bahawa syaitan dan iblis itu akan sentiasa mencari jalan untuk memisahkan dan menjarakkan hubungan antara suami dan isteri. Mereka akan mendatang syak serta pemikiran buruk terhadap perilaku suami atau isteri. Oleh yang demikian, berlaku adillah serta jujur dengan pasangan kita itu.


Perkahwinan Sebagai Organisasi Yang Dipimpin Oleh Suami


Keluarga yang diidamkan adalah keluarga yang dibina atas dasar ketakwaan dan kerendahan hati. Atas dasar tolong-menolong dan saling melengkapi serta dipenuhi dengan cara hidup yang diinginkan oleh agama. Keluarga itu dipimpin oleh suami atau ayah yang mengutamakan agama di dalam kehidupannya juga keluarganya. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Baqarah ayat 228;

Maksudnya: “Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Al-Baqarah 2: 228)

Firman Allah s.w.t. di dalam surah An-Nisa’ ayat 34;

Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (An-Nisa’ 4: 34)

Apabila kepimpinan ini benar dan meyakini sesuatu yang benar, maka keluarga yang dipimpin suami itu pasti akan melalui proses kebahagiaannya. Sebagaimana yang telah ditonjolkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri walau menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan, tetapi rahsia kasih sayang Allah s.w.t. itu terbukti dan tidak ada keluarga yang lebih berbahagia jika dibandingkan dengan keluarga Rasulullah s.a.w.


Perkahwinan Adalah Amanah Dan Tanggungjawab


Suami dan isteri wajib mengetahui dan memahami bahawa perkahwinan itu adalah satu bebanan amanah serta tanggungjawab. Firman Allah s.w.t. di dalam surah At-Tahrim ayat 6;

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (At-Tahrim 66: 6)

Sabda Rasulullah s.a.w.;

"Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang paling baik kepada ahlinya dan akulah yang paling baik di kalangan kamu terhadap ahlinya"


Rumah Tangga Muslim Adalah Satu Risalah


Sebagaimana kita mahu kesempurnaan dan kebenaran perlaksanaan Islam di dalam masyarakat persekitaran kita, begitu jugalah dengan kepentingan untuk menegakkan Islam di dalam keluarga kita. Kita pasti ingin melihat setiap individu di dalam keluarga kita memperlihatkan kehidupan Islam mereka. Baik dari segi hiburannya, tutur kata yang dilontarkan kepada ahli keluarganya, usaha dan peranan ibu dan bapa dalam membesarkan anak-anak mereka, dan perkara ini sebenarnya telah pun diselewengkan oleh musuh-musuh Islam.

Bukan itu setakat itu sahaja, penyelewengan itu hampir berlaku di segenap ruang hidup kita yang akhirnya menjauhkan ahli keluarga kita dari cara hidup Islam yang diidamkan. Oleh itu, kita sentiasa mengharapkan agar setiap peribadi ahli keluarga kita beramal dengan Islam sehinggakan ia juga terserlah melalui pergaulan dengan jiran tetangga, orang gaji mahupun dengan apa sahaja amanah dan tugasan yang dipikulkan kepada mereka. Bahaya ini harus ditangani dari awal supaya budaya keluarga kita itu dapat dibentuk dari awal.

Hasilnya, kita dan juga ahli keluarga kita, pasti akan dapat memenuhi dan menjaga amanah keluarga, rakan juga hak-hak saudara mereka pada setiap masa dan di mana sahaja. Tidaklah kita gusar akan pergaulan anak-anak yang terlalu sosial, pendedahan yang dapat memberikan kesan buruk dalam hidup mereka seperti budaya hedonisme, ‘black metal’ dan sebagainya. Bahkan mereka, kita harapkan akan dapat menjadi contoh kepada sesiapa yang melihat mereka, dari sudut pergaulan, berpakaian serta penampilan peribadi mereka.


Rumah Tangga Muslim Sebagai Markas Memancarkan Cahaya


Letakkanlah seluruh tenaga, ilmu dan masa serta peluang membina keluarga ini untuk menjadikan keluarga kita sebagai pusat dakwah Islam. Menjadikan ahli keluarga sebagai pendakwah dan menyebarkan dakwah kepada mereka yang hampir kepada kita baik jiran mahupun rakan. Oleh itu, kita juga perlu dan pada hari ini, kita masih amat memerlukan isteri-isteri yang juga menyeru ke arah risalah Allah s.w.t. kerana hari ini, wanita-wanita Islam kita telah dibonekan oleh musuh-musuh Islam. Tidak ramai di kalangan cendekiawan Islam ini, khususnya wanita yang dapat dijadikan pemangkin dan contoh di dalam pembangunan keluarga Islam.

Berpunca dari sinilah, kita akan dapat menjadikan rumah kita sebagai contoh dan panduan buat mereka yang memerlukan bantuan atau tersesat. Jika banyaknya rumah-rumah sebegini, pasti penduduk setempat merasai perubahan dalam amalan hidup mereka. Maka saudara, bangunkanlah keluarga yang Islam secara keseluruhannya demi masa depan kehidupan kita yang gemilang di akhirat.

Credit : Abang Kam.


zamlubawi : agak-agak bila ya empunya blog nak berUSRAH?..hehe



Wednesday, September 28, 2011

Tuesday, September 13, 2011

Selamat Kembali ke Taman Ilmu!

Terus berjuang dalam mencari butir-butir permata yang akan membawa ke syurga.Moga perjuangan menuntut ilmu ini dalam semangat IKHLAS dan LILLAH TA'ALA.Moga semester ini memberi lembaran baru buat sahabat-sahabat sekalian.Bersama pancarkan sinar kembali..=)

zamlubawi : semester akhir?? Ya Allah!
Kuatkanlah iman dan taqwaku menghadapi cabaran menuntut Ilmu..=)

Bahagiaku Bahagiamu Jua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...