pepatah pujangga

Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya..

Yusuf al-Qardawi

Thursday, April 15, 2010

Teladan dan Memelihara Bahagia part 2


Berkat di sebalik membaca Bismillah.



"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

dipetik : al-munir.edu.my

zamlubawi : lafaz yang mudah dan mendapat pahala sukar dipraktikkan berbanding lafaz yg kurang sopan dan di cela..hmm..(^^)v 

Percutianku dalam inspirasi bahagia..



Walau sekejap tempoh percutian,aku cuba memanfaatkan waktu yg ada dgn sebaik mungkin dgn beberapa aktiviti yg mencabar diriku ini.Mungkin dgn beraktiviti dapat memberi inspirasi dan memberi kebahagiaan dlm mencari bahagia diri.Mungkin aku tidak sesibuk wakil yg bertanding di hulu selangor.huhu..(nak jugak..amiklah..hihi) tetapi aku mencabar diri ini sebagai insan yg bertanggungjawab dlm menyampaikan kebahagiaan dan kedamaian serta mencari redha ilahi..Antara aktiviti2 dalam tempoh cuti yg singkat:

1. 16 April - Ceramah bermodul di SK Bukit Pantai bersama Ust Umar @ 9.00 a.m bersama anak2 tahun 4,5 dan 6..

2. 17 dan 18 April - Program Tahsin Al-Quran di Sekinchan,Masjid Nur Falah,Sg Leman dan Masjid Alaniah,Pekan Sekinchan..

3. 20 April - Menyambut tetamu @ Sukarelawan di Darul Wardah (Rumah Perlindugan Wanita)

4. 22 April - Menjadi Pengerusi Majlis Kolokium Rakan Sebaya dan Sosial di Mini Auditorium,UIAM.

5. 24 dan 25 April - Program Tahsin Al-Quran di Pasir Panjang..

Moga dgn aktiviti ini aku dapat meningkatkan ilmu dan amal dlm diri demi kebahagian bersama..

zamlubawi : susah benar nak cari kawan yg sanggup korban masa..;)

Sunday, April 11, 2010

Trek Bahagia di hujung minggu..


10 April - Satu hari yang sungguh dingin,damai,dan mengasyikkan.Jika tidur sampai ke petang pun mcm tidak terasa..hehe..ini adalah trek bahagia minggu ini yang sungguh penat dan kelakar.Pagi pas bangun tidur,aku pun rajin tengok mak aku wat karipap,bukan tak nak tolong tp hanya mampu memakannya selepas digoreng olehku sendiri..haha..dan selepas itu trek perjalanan pun bermula menuju ke tanjung malim @ UPSI bersama dgn team pusba walau tak cukup korum sebenarnya..hehe..jangan jeles ye..kami singgah di teratak riverview yg kononnya dikatakan tempt yg best dan menarik.rupa-rupanya memang menarik dan sesuai la pas ni kalu nak wat program..hehe..Trek kemudian bersambung ke tasik di Proton City.Memang panas tapi sungguh mengujakan..haha(nada pura-pura).Dua tempat yang membari inspirasi dalam mindaku ini walau hanya angan2 semata.Moga2 menjadi kenyataan..hehe..Rasa lucu bila bertemu dengan sepupu member sendiri (apek)..kecilnya dunia macam di hujung jari..Terima kasih kepada yg terlibat dlm rehlah pendek ini..:)



11 April - Trek bahagia tidak berhenti lagi kerana ada program rakyat yang mesti dilaksanakan di seksyen 3,Shah Alam.Program ini adalah program motivasi kekeluargaan.Seronok rasanya bila berkongsi ilmu bersama anak-anak kerana memang tugas aku memprogramkan mereka dengan idea-idea merepek aku..hehe..Semua rasa teruja melihat aku umpama diri ini macam pelakon..haha(diorang yg kata)..Tidak lupa juga ada slot yang menarik perhatianku iaitu slot perdebatan isu kekeluargaan dalam mencapai keluarga marhamah antara anak dan ibu bapa.Lucu ada.emosi ada,iktibar ada.Macam2 ada la kiranya.Moga mereka semua diberkati dan diberi kebahagian dalam mencari keluarga sakinah wa rahmah..Ameen...

zamlubawi : Ramai ibu bapa mudah mengajak anak pergi bersiar-siar tetapi susah mengajak anak-anak pergi ke masjid dan majlis ilmu..:)
Bersedia ke next program di pasir panjang..huhu

Thursday, April 8, 2010

Kebebasan dan kemerdekaan yg belum BAHAGIA..


Syukur Alhamdulillah kerana diri ini telah bebas merdeka buat seketika selepas berperang di medan peperangan bermula 25 April yg lalu dan berakhirnya pada jam 5.00 ptg(waktu malaysia)8 April 2010.Mengharap perjuangan ini berakhir dgn satu kepuasan dan diri ini hanya mampu berserah serta bertawakal pada yg esa atas usaha dan kudrat yg telah lelah ini.Allahu ameen.Masih rase diselubungi rasa gelisah tetapi itulah roda kehidupan sebagai mahasiswa yg sedang mencari bahagia..hehe..Moga Allah permudahkan dan melembutkan hati-hati pemeriksa agar memberi ruang untuk diriku bernafas..Rabbi yassir wala tu'asssir Rabbi tammin bil khair..Terima kasih pada semua lecturer2 yg telah mengajarku sepanjang semester 2 ini.Moga anda semua terus dirahmati.

Pensyarah yang terlibat:
  1. Dr Akhtar Zaitie (Fiqh Muamalat Maliah)
  2. Dr Basri             (Fiqh Jinayat)
  3. Dr Anke            (Nizam hukum)
  4. Dr Yunus           (Qiraat Naqdiyyah 1)
  5. Dr Fuziah          (Intro to History)
  6. Dr Hossam        ( Ijtihad wa Ifta) a.k.a feveret..haha
  7. Ust Syukri         (Tilawah 1)
zamlubawi : cuba mengingat ilmu yg dah belajar..huhu..:)

Tuesday, April 6, 2010

Rezeki Bahagia untuk Penganggur...


Mencari pekerjaan yang berbentuk kebajikan dan luas pandangan? Teliti iklan ini dalam-dalam ya..

a) PEMBANTU TADBIR
- wanita
- lokasi : Kampung Baru KL
- lepasan SPM, sijil atau diploma
- untuk berkhidmat di bawah NGO : Malaysian Relief Agencies (MRA)
- berhubung menerusi emel : admin@mra.my

b) PEMBANTU KO-ORDINATOR PROJEK
- lelaki
- untuk berkhidmat di Padang Indonesia sekurang-kurangnya 3 bulan
- untuk berkhidmat di bawah NGO : Malaysian Relief Agencies (MRA)
- berhubung menerusi emel : admin@mra.my

c) PEMBANTU TADIKA
- wanita (2 kekosongan)
- basic agama mesti ada
- tempat tinggal dan makan PERCUMA
- lokasi Bandar Putera, Klang
- hubungi : Pn Azliana 012-3140269

d) PENGURUS TADIKA
- wanita
- lulusan tahfiz / pengajian islam
- kelebihan kepada yang mahir bahasa arab
- lokasi Bandar Putera, Klang
- hubungi : Pn Azliana 012-3140269

e) SEKRETARIAT NGO (IMAN)
- lelaki / wanita
- lulusan sijil / diploma / ijazah
- kelebihan kepada lulusan pengajian islam / kemanusiaan
- lokasi : Shah Alam
- hubungi Pak Nik : 013-3656670

f) Eksekutif Susulan Kredit di Koperasi Belia Islam Malaysia.

Kelayakan :
-permohonan segera : emel , serahan tangan atau pos
-minimum ijazah sarjana muda / diploma
-pengalaman kerja tidak kurang dari 2 tahun dalam bidang berkaitan
-mempunyai komitmen kerja yang tinggi, berwawasan
-proaktif
-sanggup bekerja lebih masa
-berkeupayaan melakukan kerja di luar pejabat
-Keutamaan juga akan diberikan kepada calon lelaki
-mempunyai latarbelakang fikrah PKPIM-ABIM-WADAH.

Sekiranya terdapat calon-calon yang berminat sila hantar CV atau resume ke alamat berikut :-

Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad
No. 10, Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang
Gombak, 53100 Kuala Lumpur.

Email : mailto:kbihq@kbi.com.my
Tel : 03-41472143
Fax : 03- 41474942

zamlubawi : bekerja atas nama Allah S.W.T akan membawa seribu keberkatan..:)

Monday, April 5, 2010

Teladan dan Memelihara bahagia part 1


 Kadangkala kita rasa diri kita ini sudah cukup sifat,ilmu dan sebagainya tetapi adakah kita rasa diri ini sempurna akhlaknya.rasa seronok  bila kita dapat bahagiakan diri dengan membahagiakan orang lain dengan akhlak yang terpuji kan?Hayati kisah ini,moga anda terus membahagiakan orang lain..:)


Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


zamlubawi : andai anda diberi sweet sour,ape yang anda akan cakap??

Sunday, April 4, 2010

Pengembaraan 1 hari yg membahagiakan..

Sabak Bernam,4 April - Buat julung kali mengendalikan program tanpa "taiko2" di Masjid Saidiah,Pasir Panjang.Rasa gemuruh pun ada kerana tenaga kerja yang ada tidak mencapai target tetapi syukur alhamdulillah kerana diberi kemudahan dan kelancaran sepanjang program berlangsung.Semua pergerakan berjalan dengan lancar dan semua peserta berasa selesa dengan konsep pembelajaran yang dibawa oleh kami.Kehadiran yang cukup luar biasa memberikan kami semangat untuk terus berbakti dan membahagiakan mereka.Hampir 60 orang yang hadir utk program kali ini.Berasa sungguh kagum dengan kesungguhan peserta yang bersungguh mendalami ilmu Quran walau mereka semuanya telah dimamah usia.Moga Allah Ta'ala memberi kekuatan pada mereka dan team kami (Pusba) agar terus memekarkan ilmu Quran yang indah dan membahagiakan.Terima kasih pada team fasillatator kerana kerjasama dan komitmen yng diberikan sepanjang program berjalan selama 1 hari.

Fasilitator yg terlibat :
  1. Husnul Azam (ketua..haha)
  2. Harith (asst 1 yg tekun)
  3. Hafizul azman (asst 2 yg ceria)
  4. Ira Fazliana (tunang harith..hehe)
  5. Nur Zatil Azimah (kawan ira)


zamlubawi : kawan2 yg tak dapat join tidak mengapa kerana ada pertemuan lagi..hehe

Thursday, April 1, 2010

Aku dan Erti Bahagia...

Salam semua dan bertemu kembali atas hendaknya.Apa yg erti Bahagia?Itulah sebuah lembaran baru aku setelah melalui pelbagai rintangan dan cabaran dalam perjuangan ilmu,persahabatan dan dakwah.Rasa bahagia dan bersyukur kerana diri ini  telah banyak belajar benda baru untuk diri ini bermula dari alam sekolah hingga kini.Antaranya ilmu kepimpinan,ilmu bimbingan,ilmu dakwah dan imu kaedah khalifah.Terima kasih kepada semua yang banyak membantu atas kebahagiaan diri ini.Moga ditetapkan kekuatan dalam memelihara dan memperjuangkan ilmu-ilmu Allah ini.Ameen..

ANTARA PENCETUS KEBAHAGIAAN DIRI INI


1.IBU & AYAH.
2.Guru dan Mentor.
3. Sahabat Usrah dan Sahabat Seperjuangan. 


zamlubawi : Mampukah kita membahagiakan orang?

Bahagiaku Bahagiamu Jua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...