zamlubawi : tenteramkan jiwa ini dengan zikrullah..=)
pepatah pujangga
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya..
Yusuf al-Qardawi
Yusuf al-Qardawi
Friday, October 8, 2010
Thursday, October 7, 2010
Bahagia @ Le Tour de Convest di Kuantan.
Letih itu pasti..hehe..sengaja cari cabaran untuk diri yang suka akan cabaran.Pulang sahaja dari teater Muzikal Tun Mahathir terus siap sedia untuk cabaran jalan-jalan makan angin sampai kembung ke Kuantan,Pahang Darul Makmur.Sungguh makmur negeri ini dan sedap juga biskut makmur yang di makan bersama..hehe..gurau pulak aku ni..hihi..Tugas menjadi supir ini memang mencabar lagi-lagi bila bawa kereta kecil jenama KANC',maklum sajalah diri ini tinggi macam KL Tower..hehe..Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar dan selamat pergi dan pulang.Memang seronok perjalanan ini kerana ada 13 buah kenderaan yang terlibat termasuk bas dan van mayat,eh silap van limosin..heehe..dan yang paling best sekali konvoi ini di escort oleh pak polisi..semua lampu merah ku langgar..haha..terima kasih ya pak polisi..hehe...dan Jutaan terima kasih pada semua rakan-rakan yang terlibat konvoi ini ( sempena CONVEST 2010 ) dan anda semua memang happening dan memeningkan..hihi..dan jgn lupa semua untuk terus ceria2 dan bahagia selalu..yeay!!!!
Inilah Buraq yang membawa ku ke Kuantan..hehe
Semangat konvoi sebelum bergerak ke UIA Kuantan..
Sebelum berangkat kene tampal poster dulu kat my Buraq..hehe
Saujana mata memandang,letih mata tengok kereta berbaris panjang..huhu..
Eh!! Brown Azzam la..fewitt!!!hahaha...
setiap pertemuan ada perpisahan,setiap perhentian ada saja penggambaran..yeay!!
zamlubawi : setiap perjalanan ada pengajaran dan pengalaman..bersiap sedia mula untuk tour ke Selatan Thailand akhir tahun ini..yezza!!
Teater Muzikal sebuah Kebahagiaan.
Salam bertemu kembali!!!..tup tap tup tap..Syawal dah nak melabuh kan tirai..Sana sini meraikan dengan meriahnya.Sampai tak berkesempatan nak memenuhi jemputan open house..hehe..Ok lah..sekadar mahu kongsikan cerita selepas seminggu berhari raya.huhuhu..Umpama sebuah mimpi dan macam tak percaya kerana diri yang hensem ni bole tengok teater.hebat3x..hihihi..Boleh tahan dan seronok juga la tengok teater ni ( bila tengok ramai2 la,tengok sorang2 kang bosan pulak..kekeke..).Sebuah teater yang santai dan berilmiah sikit bagi memberi kefahaman pada anak muda zaman sekarang yang ambil mudah akan sejarah pemodenan negara yang banyak di cerna oleh Tun Mahathir.Contohi usaha yang baik akan di balas dengan ganjaran yang baik dan jangan jadi sebaliknya..hehe..=)..Allah suka akan kebaikan yang di buat oleh hamba-hambanya..dan ucapan terima kasih pada kawan-kawan yang sudi lepaking bersama menonton teater ini..hehehe..mari kita terus ceria dan bahagia ya!!!!..
ada gaya, ada cara, ala-ala PM akan datang..=)
pose jejaka perasan ala-ala artis..haha
senyum puas setelah tamat teater hampir 2 jam ++...
Team penonton yang memeriahkan suasana di Istana Budaya..=)
zamlubawi : mereka berlakon di atas pentas,aku pelakon di atas muka bumi Allah ini..=)
Wednesday, September 29, 2010
Kompilasi Kemeriahan dan Kebahagiaan Aidilfitri 1431H!!
Salam kembali semua..lama rasanya tak update blog ni...huhu..berhabuk sudah..haha..raya punya pasal,malas sikit la nak update2 ni..huhu..Rasa meriah tahun ni kerana masih lagi diberi peluang untuk merayakan kemenangan ini bersama keluarga,rakan-rakan dan seluruh umat Islam.Alhamdulillah dan bersyukur pada Mu Ya Allah..Semoga kemenangan yang dikecapi memberi seribu pengertian yang berharga kepada diri ini.Seronok..Meriah..Sakan..semuanya ada dalam satu.Jadi sebagai tatapan semua,ku kongsikan beberapa gambar-gambar sepanjang kemeriahan aidilfitri 2010/1431 ini..yezza!!!!
Keluarga besar Tuan Haji Ahmad Mughni & Puan Hajjah Pauziah 1431H..
10 permata di keberkatan 2010..=)
Brown Azzam memberi pose istimewa..hahaha...
Kenangan di bumi Hisamuddin sebelum bergerak sakan..
Memori di rumah Ustazah Rafizah merangkap bekas guru kelas aku pada tahun 2000..hehe.
Memori di rumah Ustazah Rugayah merangkap guru Syariah Islamiah!!
Memori di rumah Cikgu Najmah yang memang happening dan pening..haha
Memori di rumah Cikgu Azlina merangkap guru kelas aku pada tahun 2004..=)
Memori di rumah Mdm Radhiah yang mencabar minda!!hahaha..
Kekecohan dan Kegelakan di rumah Mentor no 2 cikgu Aiza..nge3x...
Kebongkaran rahsia-rahsia sulit di rumah cikgu Nazihah..hehe
Gurau senda di rumah Mak Aton!!!..=)
Beraya dalam kem tentera di rumah cikgu Baiti..hehe..
Kerana triffle kami beraya di rumah Cik Amirah & Nadhirah..huhuhu..
Gara-gara tertinggal hanset di KI kami sampai juga di rumah Kak Athirah..hehe..
Beraya di rumah artis meningkat naik dan gossip panas..hahaha..najib oh najib!!!!
Berjumpa dengan rakan sekolah rendah di rumah Cikgu Mindari..
Melayan murtabak raja yang enak di rumah Engku Huda..=)
Terima kasih semua kerana memeriahkan suasana hari raya tahun ini.Senyum sentiasa dan carilah kebahagiaan walau dimana jua anda berada..hehe..=)
zamlubawi : seronok dan bahagia bila bertemu tetapi bahagia lagi jika.....hahahaha (^^)v
Tuesday, September 28, 2010
Wednesday, September 8, 2010
Rasai Kebahagiaan 1 Syawal 1431H!
Aidilfitri menjelma lagi untuk kali yang ke 23 untukku.Rasa macam dah banyak sambut lebaran tetapi baru sedikit menghayati,mendalami dan menjiwai erti aidilfitri ini selepas menempuh jihad ramadhan yang lebih luas lagi penghayatannya.Ku hanya mampu berharap keberkatan setiap amalan yang dilakukan dan berusaha lagi mempertingkatkannya..Ameen Ya Allah..Salam Aidilfitri semua yang mengenali diri ini mohon maaf atas segala kesilapan,kekhilafan,kesalahan dari bucu rambut hingga hujung kuku kaki..hehe..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H semua!!!..
zamlubawi : raya tahun lepas hilang hanset,raya kali ni harap dapat yg lebih baik..hihi..=)
Doa Mencari Bahagia Vol 2
Oh ramadhan..begitu sekejap ku merasakan kehadiranmu.Ya Allah,ku berharap bertemu lagi ramadhan yang akan datang.ameen..kau berkati ramadhan kali dengan pengakhiran yang baik.
zamlubawi : 23?..sudah lanjut nampaknya..
Sunday, September 5, 2010
Kompilasi Kebahagiaan Ramadhan 1431H!
Salam penghujung ramadhan..rasa sayu la pulak kerana ramadhan kian di penghujung.Semoga ramadhan tahun ini diberkati dan berharap bertemu lagi pada ramadhan yang akan datang..ameen..Bulan ramadhan adalah bulan ibadah dan bulan yang dijanjikan dengan pahala berganda.Tidak kira samada perbuatan zahiriah,rohaniah,akal dan lain2,dikira sebagai ibadah dan setiap ibadah yang ikhlas mendapat ganjaran..Sekadar mahu berkongsi beberapa kompilasi aktiviti sepanjang ramadhan kali ini.Rasa bersyukur kerana di beri peluang untuk menggerakkan hati serta jasad ini untuk menyumbang tenaga walau sedikit demi kebaikan bersama dan keredhaan Allah Ta'ala.Moga perkongsian yang tidak seberapa a.k.a ala-ala promo ini membuka lembaran pada diri untuk terus menabur bakti!! Allahu ameen..=)..hihihi
bersama sahabat dalam program malam seribu barakah di rumah warga emas Sri Tanjung,Kuang
Mensukarelakan diri bersama jawatankuasa depart. dalam merealisasikan Majlis Tadarus dan Sambutan Kemerdekaan + iftar Depart. Fiqh and Usul Fiqh..dah macam lecturer semua termasuk aku..hahaha..
pose menarik yang jarang dibuat oleh mana-mana model malaaysia..haha..gabungan 3 ex-ketua umum sg bert ketika berbuka..dahsyat!!huhu.
Babysitter yg menjadi bualan ramai setakat ini.haha..glamer sungguh!! huahua..
berbuka puasa bersama geng 2004.sori la muka tak expose..hehehe..malu la katekan..=)
memantau gelagat anak-anak mengimarahkan ramadhan dalam program ihya ramadhan di Pusat Pendidikan Abim Klang.
memantau gelagat anak-anak mengimarahkan ramadhan dalam program ihya ramadhan di Pusat Pendidikan Abim Klang.
zamlubawi : bulan ramadhan yg dipenuhi dgn makan-makan tapi badan still maintain..hihi
Subscribe to:
Posts (Atom)







































