pepatah pujangga

Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya..

Yusuf al-Qardawi

Friday, November 5, 2010

Lagi Tawaran Bahagia Untuk Anda!!



Tahun 2010 semakin hampir di penghujungnya. Semakin ramai warga asing yang datang melawat ke Malaysia. Tidak ketinggalan juga mereka melawat ke Masjid Negeri Selangor.

Islamic Outreach ABIM Selangor dengan langkah prihatin sedang menjalankan Program Tourist Guide @ Masjid Negeri Selangor dan  sedang mencari mereka yang berhajat untuk menjadi sukarelawan bersama kami. Apa lagi yang ditunggu, sebarkan Islam seluas mungkin. Hubungi kami untuk lanjutan info @ 019-3636394 / 03-55118994.

zamlubawi : jom bahagiakan orang di penghujung musim 2010!!..mode: kesibukan di akhir musim!

Panggilan Bahagia Memanggil di Zulhijjah!



Assalamualaikum semua!!!

Memandangkan musim haji semakin hampir, rasanya elok kita berkenalan secara ringkas dengan rukun Islam yang ke-5 ini. Mudah-mudahan kita mendapat pelajaran dan petunjuk daripadanya. Dan semoga ia memberi motivasi kepada kita untuk kita mengerjakannya suatu hari nanti, insya-Allah. Marilah kita memperbanyakkan doa agar kita terpilih menjadi tetamu Allah suatu hari nanti.Allahu ameen!!
Walaupun ibadat haji ini hanya wajib bagi mereka yang mampu, namun kita sebagai orang Islam dan beriman wajib mempunyai niat dan keazaman untuk mengerjakannya kerana ia juga merupakan salah satu rukun Islam.

RINGKASAN HAJI
1. Pengertian Haji/Umrah Dan Bila Difardukan.
Haji pada syarak mengunjungi Baitullahil Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, saie dan wuquf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Pengertian Umrah.
Umrah pada syarak menziarahi Baitullahil Haram kerana mengerjakan tawaf dan saie dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Bila Difardukan.
Difardukan pada tahun lima hijrah, tetapi mula dilaksanakan oleh para sahabat dalam tahun ke 9 Hijrah dan Rasulullah s.a.w menunaikannya pada tahun ke 10 Hijrah yang dinamakan "Hajjatul Wada".

2. Dalil Wajib Haji Dan Umrah
Firman Allah bermaksud:"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu siapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadaNya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatupun dari sekian makhluk)" Surah Al-Imran Ayat
Firman Allah bermaksud: "Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"  Surah Al-Baqarah Ayat 96
Firman Allah bermaksud: "Dan serukanlah kepada umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang (ke rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan berbagai faedah kepada mereka serta mengingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu".
Maksud hadis dari Ibnu Umar R.A, Rasulullah S.A.W bersabda "Islam itu dibina di atas 5 perkara mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah"
Maksud hadis dari Saidina Ali R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda "Sesiapa yang memiliki harta benda dan kenderaan untuk menyampaikan ke Baitullah tetapi tidak mengerjakan haji maka bila ia mati akan menjadi sebagai Yahudi atau Nasrani".

3. Hikmah Dan Kelebihan Haji
Mendapat Balasan Syurga.
Maksud hadis dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda "Haji yang mabrur tidak ada balasan kecuali syurga" Riwayat Bukhari dan Muslim

Diampunkan Dosa.
Maksud hadis dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda "sesiapa yang menunaikan haji dan tidak melakukan kefasikan ataupun perbuatan yang fasik akan diampunkan dosanya seperti ia baru dilahirkan oleh ibunya".

Doa Dimakbulkan
Maksud sabda Rasulullah S.A.W., "Jemaah haji dan jemaah umrah adalah tetamu Allah. Doa-doa mereka dimakbulkan dan bila memohon keampunan diampunkan".
Mendapat Gandaan Pahala
Maksud sabda Rasulullah S.A.W, "Mengeluarkan perbelanjaan untuk menunaikan haji adalah sama seperti mengeluarkan perbelanjaan fisabillah 1 dirham itu diganda dengan 700 dirham".

4. Falsafah Haji
* Perhimpunan tahunan. Sebagai lambang perpaduan dan satu haluan umat Islam. Meraka bertemu bagi tujuan merapatkan hubungan dan bekerjasama dalam semua urusan harian.
* Manusia adalah sama di sisi Allah dengan tidak mengira samada raja, hamba atau kaya atau miskin. Allah hanya memandang kepada amalan dan ketakwaan.
* Mempelajari pengorbanan sepertimana yang berlaku dalam sirah Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Allah Ismail.
* Mempelajari dari latihan menjaga pantang larang dalam Ihram sebagai contoh untuk dilaksanakan di dalam kehidupan seharian:-
* Buat perkara yang baik boleh mengundang berkat, buat perkara yang jahat boleh mengundang musibat.
* Buat perkara yang baik boleh mendapat rahmat, buat perkara yang jahat boleh mendapat laknat.
* Buat perkara yang baik boleh mendapat pahala, buat perkara yang jahat boleh mendapat dosa.
* Buat kerja yang baik bermakna buat kerja halal, buat kerja jahat bermakna buat kerja yang haram.
* Buat kerja yang baik adalah perbuatan maaruf, buat perkara yang jahat itu adalah perbuatan mungkar.
* Buat perkara yang baik bermakna buat perbuatan yang terpuji, buat perkara yang jahat bermakna buat perbuatan yang tercela.
* Buat perkara yang baik boleh menguntungkan, buat perkara yang jahat boleh merugikan.
* Buat perkara yang baik mendapat balasan syurga, buat perkara yang jahat balasannya neraka.

5. Kelebihan Tanah Suci Makkah
* Tempat bersejarah, tempat lahirnya Rasulullah S.A.W
* Tempat turunnya wahyu.
* Tempat menunaikan fardhu haji.
* Sabda Rasulullah S.A.W
* "Sesiapa yang meninggal di Makkah samada jemaah haji atau jemaah umrah tidak akan dikira atau ditanya dan ia akan dimasukkan di syurga"
* Dajjal tidak masuk Kota Suci Makkah.

6. Kelebihan Masjid Makkah
* Sembahyang berganda dengan gandaan 100,000 kali ganda.
* Adanya Baitullah di mana ganjaran pahala yang besar bila melakukan tawaf kelilingnya.
* Kiblat umat Islam seruluh dunia bertuju arah semasa sembahyang.
* Ada tempat-tempat mustajab seperti Multazam, Hijir Ismail dan maqam Ibrahim.

7. Kelebihan Air Zam-Zam
* Sebaik-baik air di muka bumi.
* Air minuman yang mengenyangkan.
* Penawar segala penyakit.
* Menjadi ubat mengikut niat.

8. Talbiah
Bertalbiah iaitu menyahut seruan Allah atau pengakuan atau pembuka kata dan pembuka tirai serta ikrar, iltizam, komitmen perjanjian dan berkata-kata atau berdialog dengan Allah.
Hadith-hadith Rasulullah:-
Hadith dari Zaid bin Khalid Al Jahni r.a telah datang Malaikat Jibril dan berkata: wahai Muhammad ajaklah sahabat-sahabat kamu untuk mengangkat suara mereka bertalbiah kerana talbiah itu adalah syiar atau lambang haji.Riwayat Ibni Majah.

Hadith dari Sahal bin Saad r.a. sabda rasulullah S.A.W. "bila setiap muslim bertalbiah maka akan bertalbiah bersama-samanya mereka yang berada di sebelah kanan dan kirinya samada batu atau pokok-pokok sepanjang perjalanan dari sini dan sana. Riwayat Tarmizi dan Ibni Majah.
Hadith dari Saidina Abu Bakar As Sidiq r.a. Rasulullah S.A.W telah ditanya apakah amalan haji yang mulia. Baginda menjawab iaitu bertalbiah dengan suara yang nyaring dan menyembelih bintang korban.Riwayat Tarmizi, Ibni Majah dan Abu Zarr

Hadith dari Jabir bin Abdullah r.a. Sabda Rasulullah "setiap mereka yang berihram bila menghabiskan masanya bertalbiah hingga tenggelam matahari maka akan tenggelam jugalah dosa-dosanya atau hapuslah atau bersihlah dosa-dosanya dan balik bersih seperti baru dilahirkan oleh ibunya".
Riwayat Ibni Majah

"Ya Allah, kurniakanlah rahmat Mu kepada kami agar kami terpilih menjadi salah seorang tetamu Mu di musim haji nanti.......... Amin Ya Rabb!!"
Sumber:Emel.

zamlubawi : Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan..telah banyak kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.Semoga mereka yg mengerjakan haji pada tahun ini mendapat haji yg mabrur!!

Wednesday, November 3, 2010

Teladan dan Memelihara Bahagia part 10



Sebuah sejarah Islam yang cukup bernilai harganya dan mempunyai nilai moral yang tinggi.Pengorbanan nabi Ismail yang cukup terkenal dengan kisah penyembelihan agung. Pada Hari Raya Aidiladha, peristiwa ini pasti meresap kembali dalam ingatan seluruh umat Islam di seluruh dunia. Bagi umat Islam yang berkemampuan mereka akan menyembelih haiwan ternakan sebagai korban bersempena dengan peristiwa penyembelihan Nabi Ismail.

Peristiwa penyembelihan ini bermula apabila Nabi Ibrahim bermimpi bahawa Allah memerintahkan baginda untuk menyembelih anaknya.

Nabi Ibrahim sungguh sedih dan terkejut. Sebelum ini pun Allah telah mengujinya dengan berbagai-bagai ujian dan cabaran. Ujian pertama yang diterimanya adalah setelah berkahwin dengan Sarah. Isterinya itu didapati tidak dapat melahirkan anak sedangkan usia Nabi Ibrahim pada waktu itu telah lanjut.

Kemudian baginda berkahwin dengan Hajar dan mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Ismail. Baginda sungguh gembira dan amat menyayangi anaknya itu. Tiba-tiba ujian kedua menimpanya. Allah menurunkan wahyu supaya baginda meninggalkan Hajar dan anak kesayangannya di satu kawasan ketika itu Ismail masih kecil.

Akhir sekali dugaan yang paling mencabar diterimanya dalam mimpi baginda. Allah memerintahkan baginda supaya menyembelih Ismail. Pada masa itu Ismail telah remaja. Nabi Ibrahim berasa sedih kerana itulah satu-satunya anak yang dimilikinya bersama Hajar.

Nabi Ibrahim juga telah tua ketika menerima wahyu tersebut. Namun, baginda tetap taat kepada perintah Allah. Lalu baginda bertemu dengan Ismail.

"Wahai anakku, sesungguhnya aku telah bermimpi seolah-olah aku menyembelihmu. Apakah pendapatmu tentang perkara ini?," tanya Nabi Ibrahim.

Sebagaimana yang diterjemahkan di dalam al-Quran, Ismail pun menjawab, "Wahai bapaku, kamu laksanakanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu. Insya-Allah kamu mendapatiku termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar".

Nabi Ibrahim sungguh terharu mendengar kata-kata anaknya itu. Baginda tahu anaknya seorang yang tabah dan taat kepada Allah. Kemudian, baginda bersiap sedia menyembelih Ismail.

Sebelum disembelih, Ismail berpesan kepada bapanya: "Wahai ayahku, ikatlah badanku dengan kuat agar aku tidak meronta-ronta. Kemudian tanggalkanlah pakaianku agar tidak terkena darahku. Aku tidak mahu ibu bersedih apabila melihat pakaianku nanti. Tajamkanlah pisaumu dan percepatkanlah penyembelihanku agar dapat meringankan kesakitanku. Kemudian sampaikanlah salamku kepada ibu dan berikannya pakaianku sebagai tanda kenang-kenangan."

Nabi Ibrahim terus memeluk dan mencium anaknya.

"Aku sungguh bahagia mempunyai anak sepertimu yang taat kepada perintah Allah, berbakti kepada orang Allah, berbakti kepada orang tua dan ikhlas hatinya," kata Nabi Ibrahim dalam nada sedih.

Selepas itu, Nabi Ibrahim pun menjalankan perintah tersebut. Baginda melakukannya seperti yang diminta oleh Ismail, tetapi pisau yang digerakkan di leher Ismail tidak berfungsi dan menjadi tumpul. Beberapa kali dicubanya tetapi gagal. Nabi Ibrahim berasa hairan lalu berdoa kepada Allah dan Allah terus berseru kepadanya:

"Wahai Ibrahim, sesungguhnya engkau telah melaksanakan mimpimu itu, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berbuat kebaikan."


Nabi Ibrahim amat bersyukur kerana Ismail telah terselamat daripada disembelih. Tempat Ismail telah diganti dengan seekor kibas.Firman Allah S.W.T , surah As shaaffaat : 99 -108

Dan Ibrahim berkata:”Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku. Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ). Dan Kami panggillah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian

[Petikan daripada buku Untaian 366 kisah daripada Al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd]


zamlubawi : mari menghayati erti sebuah pengorbanan !!

Memberi Sinar Bahagia Nya version 2


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menerusi Skuad Prihatin, akan menggerakkan misi bantuan banjir ke kawasan pantai timur dan utara semenanjung Malaysia. Mensasarkan kepda 4 negeri yang teruk dilanda banjir- Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, Sekretariat ABIM negeri-negeri berkenaan akan bekerjasama erat dengan Pusat dengan menggerakkan skuad prihatin bagi membantu mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri terbabit. Sebarang makluman sila hubungi Sdra. Shakir Fahmi di talian 013-387 7722. atau Sdri Noraliza Effendy di talian 013-212 8466/03-4108 4500. Sumbangan boleh dibuat ke BIMB : 14-023-01-002743-2 atas nama ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA.

zamlubawi : peluang berbakti di depan mata, capailah ia, genggamlah ia !!

Monday, November 1, 2010

Sentuhan Bahagia @ Tamrin Qiyadi


Tamrin Qiyadi!pekebenda tuh?macam tajuk filem je?huhu..Inilah dia program sekolah yang telah membentuk modal insan dalam menghadapi arus kehidupan dan aku salah seorang dari alumni program ni beberapa tahun yang lalu.Terima kasih pada mereka yang membentuk dan curah segala ilmu,kaedah,dan sebagainya dalam tamrin ini.Pada tahun ini,Tamrin Qiyadi bertemu kembali dalam bentuk yang berbeza kerana tenaga penggerak kali ini adalah dikalangan alumni program ini sendiri.yezza!!.Aku salah seorang daripadanya lah..hehe..Rasa macam dah lama meninggalkan ilmu di tamrin ni tapi hasil dari pengalaman bersama rakan seperjuangan,banyak idea-idea yang baru dan segar akan diterapkan dalam modul tamrin kali ini..Moga program ini dipermudahkan perjalanannya..Sasaran untuk program kali ini adalah pimpinan2 pelajar sekolah yang bakal menerajui sekolah.Bersedialah semua!!!Kita jumpa di sana!!..

TAMRIN QIYADI
di SAM HISAMUDDIN SG BERTIH

19 - 21 November 2010 ( Jumaat - Ahad )

anjuran :
SAM HISAMUDDIN SG BERTIH
dan
BEKAS PIMPINAN PELAJAR

dengan kerjasama
KHALIFAH YOUTH CIRCLE
KHALIFAH INSTITUTE


zamlubawi : 4 Generasi Ketua Umum akan turun beraksi!!nantikan kemunculan mereka.=)

Lagi Tawaran Bahagia Cuti Sekolah!!




YOUNG KHALIFAH CAMP 2010
"Membentuk Generasi Muda Cemerlang"

27 - 29 November 2010 ( Sabtu - Isnin )
di KEM PERAH,FRIM KEPONG

terbuka kepada kanak-kanak ( berumur 10 - 12 tahun )

anjuran:
KHALIFAH YOUTH CIRCLE
KHALIFAH INSTITUTE

Antara Aktiviti-Aktiviti Menarik :

Interaktif Pembentukan Kumpulan
Dinamika Modul Kaedah Khalifah
War Game
Explore-Solat-Race
Persembahan Mutimedia dan banyak lagi!!!

Yuran : Hanya RM 260 sahaja..

Maklumat lanjut boleh hubungi :
03-4256 6810 / 019 3083629 (Farah) / 012 9398427 (Mursyidi)

Program cuti sekolah lain dari yang lain!!Jangan lepaskan peluang kerana terhad kepada 50 peserta sahaja!!

zamlubawi : Penuhilah masa cuti sekolah dengan program yang bermanfaat dan membina sahsiah muslim.=)



Saturday, October 30, 2010

Doa Mencari Bahagia vol 3


اَللَّهُمَّ نَوِّرْ بِالْكِتَابِ بَصَرِيْ وَاشْرَحْ بِهِ صَدْرِيْ وَاسْتَعْمِلْ بِهِ بَدَنِيْ وَ أَطْلِقْ بِهِ لِسَانِيْ وِ قَوِّهِ جَنَاحِيْ وَ اسْرَعْ بِهِ فَهْمِيْ وَ قِوِّهِ عَزْمِيْ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ فَإِنَّهُ لاَ حَوْلَ وَ لاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. اَللَّهُمَّ اسْتَوْدَعْتُكَ مَا عَلَّمْتَنِيْهِ فَارْدُدْهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ وَ لاَ تَنْسَنِيْهِ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ


Bermaksud : Ya Allah, terangilah pandanganku dengan kitab (al-Quran) dan lapangkanlah dadaku dengannya dan mudah2an dapat aku beramal dengannya dan lancarkanlah lidahku dengannya dan teguhkan hatiku dengannya dan percepatkanlah kefahamanku dengannya dan perkuatkan keazamanku dengan daya kekuatan-Mu .
maka sesungguhnya tidak ada daya dan kekuatan melainkan Engkau wahai Tuhan Yang amat Pengasih.
Ya Allah, aku mempertaruhkan kepada Engkau ilmu yang telah Engkau ajarkan daku. maka kembalikanlah akan dia padaku ketika aku memerlukannya dan janganlah Engkau melupakannya Wahai Tuhan Yang Mentadbir sekalian alam

zamlubawi : faham,amal dan tawakal.=)

Friday, October 29, 2010

Lirik yang membahagiakan!


Make Me Strong.

I know I'm waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You'd tell me out aloud
That on that day I'll be ok
But we'll never know cause
That's not the way it works
Help me find my way


My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long
Make me strong



I know I'm waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You'd tell me out aloud
That on that day you'll forgive me
But we'll never know cause
That's not the way it works
I beg for your mercy



My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long
Make me strong..

zamlubawi : kukuhkanlah kekuatan hati ini!!.amin

Bahagiaku Bahagiamu Jua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...