pepatah pujangga

Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya..

Yusuf al-Qardawi

Friday, June 10, 2011

Ceritera Lubawi Part 2



Santai Lubawi :


S: bila tarikh lahir acik ek? 
A: 1 Rejab 1407H.
S: aik??selalunya orang sebut Mac ke?Mei ke? Jun ke?
A: itu selalu tp secara hakikatnya bulan Islam itu patut lebih utama kerana Rasulullah pun terkenal kelahirannya dengan bulan Islam.=)       
S: Owh!!kalau camtu nak cari jugaklah saya punya kelahiran bulan Islam.





zamlubawi : Kehadiran Rejab dihayati,Sya'aban disyukuri dan Ramadhan di nanti..=)

Halwa yang membahagiakan 4



zamlubawi : sahabat kecil selamanya..=)

Bicara Kasih dan cinta dalam mengejar Bahagia!



Nukilan dari seorang sahabat tentang HATI dan AKAL.
Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

zamlubawi :  hati ini nanti milik siapa? dan akal pula milik siapa?..

Ceritera Lubawi part 1.


Santai Lubawi :
S:Tengok jari acik bole?
A:boleh je,tengoklah..
S:Eh,jari acik bengkok-bengkok lah..abnormal..haha
A:Bukan abnormal tp ciptaan Allah kan ada keunikan tersendiri,cuba tengok jari sendiri,tak padan ngan kecik tp panjang2..kira abnormal jugak la kan? hehe
zamlubawi : Kejadian manusia itu memang unik dan uniknya manusia bila tahu akan potensi dirinya.=)

Thursday, June 9, 2011

Talk: Men And Women Are Different But Equal & Plights of the Palestinians in Gaza



Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, Khalifah Youth Circle of Khalifah Institute is privileged to host a talk by Sis Nurhana Dato Ibrahim Abdullah who is currently living in Jordan. She will also give a first-hand account on Life in GAZA.

Details of the event are as follows:
Title of talk: Men And Women Are Different But Equal  & Plights of the Palestinians  in Gaza
Date: 19 June 2011 (Sunday)
Time: 10am
Venue: Khalifah Institute, 427 Jalan 2 Taman Ampang Utama 68000 Ampang Selangor (across Ampang Point)
Admission: Free, open to Public

Special attraction: Sale of merchandise (key chains, bags, small purse, prayer clothes and more) specially made by the Palestinians themselves and books written by Sis Nurhana

About the speaker:
Sis Nurhana is a writer, researcher and women’s rights activist. She had her secondary schooling at Kolej Tunku Kurshiah, Seremban (1967- 1971), graduated in English Literature from University of Malaya and did her Postgraduate studies in Linguistics at University of Wales UK. She has held a number of lecturing posts in a number of universities including University Technology Mara, University Malaya, Australian Matriculation College ITM and Islamic College of Zarka Jordan.

She is married to a Palestinian Jordanian Professor Fahmi Mahmoud of Zaytoona University and resides in Jordan with her seven children. She is at present the Director of Ibn Nafees Institute for Scientific Research and Women’s Studies Amman Jordan.

Books she has authored:
• Women’s Fiqh
• Stories of Women Behind the Veil
• Family Violence in the West
• Prohibition of Pork in the Holy Quran
• The Greatest Scientists of All Times Ibn Haytham & Al-Razi
• Men and Women Are Equal But Different

Her works also include the translation of ‘AIDS: The Untold Story’ and ‘A Collection of South East Asian Stories’. Her international research papers include the Status of women in Islam and the marriage of Prophet SAW to Aishah RA.

Let's all do our bit to help our Palestinian brothers and sisters who are still living in refugee camps for the past 60 years in Jordan. Bring your family and friends to this event. May Allah bless you.

To join, please fill in the form at https://spreadsheets.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dF9pcXFiUUY3QVYxbzdiZDJKekd3NHc6MQ.

For more information on the talk please contact 03-4256 6810 (Khalifah Institute office)/012-932 6959 (Sis Huda)/013-200 2308 (Bro Afif).

Wassalam

KHALIFAH INSTITUTE
427, Jalan 2, Taman Ampang Utama,
68000 Ampang, Selangor,
Malaysia.
Tel: +603-4256 6810
Fax: +603-4256 5423
Email: khalifahproject@yahoo.com

zamlubawi : Tiada pada hari itu tetapi anda semua dijemput hadir ya!!

Bina Bahagia @ Mainboard KYC 2011/2012


Sudah separuh tahun pertama pemerintahan jawatankuasa baru KYC.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan memerlukan sedikit pendisiplinan dan pengurusan yang lebih teratur.Al maklumlah,membina sebuah induk yang bervariasi memerlukan komitmen yang tinggi.Moga Ditetapkan pendirian ini dalam membawa usaha penyebaran ilmu.Ameen..

Mungkin ada yang ingin tahu siapa mereka yang terlibat dalam mainboard KYC 2011/2012 ni kan?? Insan yang terpilih itu telah dilantik secara rasmi pada 29 Januari 2011 dan mereka adalah :

Presiden                         
Muhamad Husnul Azam B. Ahmad Mughni
Naib Presiden                
Mahfuzah Bt. Abdul Raof
Setiausaha                     
Nuratika Bt. Shadan
Bendahari                       
Mohd Mursyidi B. Mohd Diah
Unit Modul & Latihan     
Mokhtar B. Mohd Nor
Unit Kebajikan               
Nadhirah Bt. Mohd Zam
Unit Publisiti                   
Muhammad Nur Azim B. Mohd Zainol

Segala sumbangan idea,kreativiti dalam usaha pembangunan modal insan dan pembangunan KYC boleh disalurkan kepada mereka ini.Allah Yusahhil!!!

Pertemuan pertama yang berjaya dibuat adalah pada 28 Mei 2011.Alhamdulillah,Segala perancangan telah disusun dan inshaAllah selepas ini akan lebih tersusun perancangannya.Mohon doanya dari semua rakan-rakan dan marilah sama-sama kita meriahkannya ya!!=)

zamlubawi : Nantikan program-program semester 2 anjuran KYC..=)


Training of Trainer Special Edition dalam Bahagia!


Dari peserta menjadi peserta semula.Mengingat kembali amanah ilmu yang diberi.Subhanallah!!Sungguh luas ilmu Mu Ya Allah.Moga terus istiqamah diri ini membawanya.Ameen...( 13 Mei - 15 Mei 2011 )

Alhamdulillah,program yang dirancang berbulan akhirnya terlaksana dan termaktub dalam sejarah Training mengumpulkan semula alumni-alumni KYC dalam program TOT special edition ini.Seramai 30 orang yang hadir dalam program ini dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Seronok melihat telatah rakan-rakan dalam mengimbau semula ukhwah dan ilmu Khalifah sebelum ini.Yang menarik dan sedihnya ialah sesi re-taaruf sesama rakan walaupun agak terlewat kemunculan.hehe.Moga ukhwah yang ada terus subur mekar mewangi...=)

Melihat perkembangan arus perdana,kemahiran,semangat dakwah dan pengetahuan perlu di tingkatkan dari semasa ke semasa.Slot Ustaz Hasrizal,Kak Badar dan Kak Nani menguatkan lagi hujah diri ini dalam meneruskan dakwah untuk diri dan rakan-rakan diluar sana.Walau usaha sekecil zarah ia juga dikira dalam memacu ummat ke arah kebaikan.

Tidak ketinggalan juga slot-slot lain seperti simulasi oleh Bro Mokhtar,Riadhah oleh Bro Mursyidi dan juga Ampang Hunt oleh Bro Husnul.Penambahbaikan tetap ada dan pencernaannya mestilah kita usaha bersama.hehe..Memang menarik tertarik setiap aktiviti yang dijalankan dan juga macam gelagat dan aksi yang dipamerkan.Hebat dan bersemangat semuanya.

Pengakhiran ceritera TOT yang sungguh happening dan teruja umpama Majlis Konvo Universiti.Menarik!!semoga ilmu yang dituntut sepanjang 3 hari memberi impak pada diri dan sebarkan kepada mereka yang memerlukan.

 Team KCB : Musfirah,Nadhirah,Izyan,Zarina,Alimin dan Naqib

Team Sang Pencerah : Mokhtar,Dila,Kak Farah,Fazu,Aisyah dan Shahir

Team Sang Pemimpi : Fitri,Qayum,Fuzah,Atikah dan Atiqah

Team Nur Kasih : Aishah,Afif,Mursyidi,Amira,Malina dan Fadila

Team Laskar Pelangi : Allia,Huda,Shahir,Azim dan Kak Mun


Salam ukhwah buat Fasilitator KYC dan mekarkan ilmu yang ada ke arah ummat bertamadun..=)

zamlubawi : ukhwah terbina dari pautan sahabat kecil.=)

Monday, April 25, 2011

Young Abim Camp 2011 : L.O.S.T 3 Kembali..

Salam semua.Sudah lama tidak terjenguk blog ni.huhu.Di sini ada iklan yang boleh disebar-sebarkan.Program cuti sekolah yang bermanfaat dan mencabar.Ayuh!! jangan lepaskan peluang ini..=)







YOUNG ABIM CAMP 2011 kembali lagi di bulan Jun 2011 sempena cuti persekolahan. Sertai dan sekaligus menyumbang untuk Darul Wardah & Kompleks Pendidikan ABIM Selangor.

2 program khas untuk anak-anak anda:

a) ARE YOU L.O.S.T (8tahun - 12tahun)
6 - 8 Jun 2011
FRIM Kepong
RM160
Konsep : Perkhemahan
Aktiviti : Kembara Rimba, Treasure Hunt, Malam Seni Islami dan lain-lain aktiviti mencabar mental dan fizikal
Hubungi : Hidayah 0193636394 / Azam 0196014371

b) S.M.A.R.T. TEEN (13tahun - 17tahun)
8 - 10 Jun 2011
FRIM Kepong
RM160
Konsep : Perkhemahan
Aktiviti : Kembara Rimba, Treasure Hunt, Malam Seni Islami dan lain-lain aktiviti mencabar mental dan fizikal
Hubungi : Kamarul 0192770412 / Adri 0173759080

zamlubawi : jom isi masa anak-anak dengan program yang best2..yeeha!!


Bahagiaku Bahagiamu Jua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...