pepatah pujangga

Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya..

Yusuf al-Qardawi

Saturday, January 15, 2011

Halwa yang membahagiakan 3



When the seasons change
In the monsoon rains
When a newborn cries
In a mother's eyes
I think of You

ربنا الرحمن
مبدع الأكوان
صاحب الجلال
من له الكمال
لا رب سواه
لا رب سواه

Miracles
Are everyday
The moon will come
As the sun will fade
Forever this way

When the seasons change
In the monsoon rains
When a newborn cries
In a mother's eyes
I think of You
I think of You

Chorus:
سبحان الله ، سبحان الله
سبحان الله ، سبحان الله

A seed that grows
From a tiny shell
Becomes a tree
Feeding you and me
Here for our needs

هذه الأطيار
تلكم الأزهار
ونجوم الليل
من صنع الله
لا رب سواه

When the seasons change
In the monsoon rains
When a newborn cries
In a mother's eyes
I think of You
I think of You

zamlubawi : bila teringatkan akan Dia! lahirlah perasaan CINTA padanya..=)

Teladan dan Memelihara Bahagia part 12


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."


Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah s.w.t., maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.


Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t., "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s." Kemudian Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah s.w.t., tetapi dia mencintai dunia.                                 



2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.


3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya. 

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur." 

zamlubawi : Ya Allah,tempatkanlah kami dikalangan orang-orang yang bersyukur dan beriman.. 

Friday, January 14, 2011

Doa Mencari Bahagia vol 5


salam alaik!!ingin berkongsi doa kepada rakan berkenaan doa kekasih/mencari jodoh.Moga doa ini memberi wasilah kita ke arah baitul muslim.InshaAllah..Ameen!!

اَللهُمَّ اجعَلنِى مَحبُوبًا فِى قُلُوبِ المُؤمِنِينَ والمُؤمِنَاتِ وَالمُسلِمِينَ وَالمُسلِمَاتِ فَبَشِّرنِى وَبَلِّغنِى وَبِالغَنِيَّ إِلَى مِائَةٍ وَعِشرِينَ  سَنَةً فَاللهُ خَيرٌ حَافِظًا وَهُوَ اَرحَمَ الرَّاحِمِينَ

membaca sambil menadah tangan kemudian sapukan pada wajah ataupun ketika hendak mencuci muka boleh juga baca pada air dan sapukan juga ke muka..selamat beramal!!

zamlubawi : selagi kita usaha dan ikhtiar InshaAllah akan diperkenankan..dan aku juga mengamalkan..hehe..=)

Thursday, January 13, 2011

Inspirasi Bahagia untuk anak cucu Al-Marhum Kiai Haji Hussain.



Salam alaik!!mengenangkan perjuangan masa silam,terdetik untuk berkongsi serba sedikit tokoh perjuangan di Selangor.Antara salah seorang tokoh tersebut ialah Kiai Haji Husain.Pemergiannya masih dirasai hingga hari ini walau tidak sempat bertemu dengannya.Semoga Allah terus memayungi roh arwah dengan limpahan nur dan barakah!!ameen..Berikut adalah artikel berkenaan tokoh berkenaan yang akan terus subur di memori ini dalam mencari inspirasi bahgia dunia dan akhirat...


Artikel ini masih membicarakan tokoh-tokoh ulama Selangor yang tiada dalam koleksi penyelidikan penulisan Allahyarham Wan Mohd. Shaghir Abdullah. Disebabkan ruangan ini juga mengkhususkan pengenalan kepada tokoh-tokoh ulama Melayu Nusantara, dilihat adalah wajar untuk mengetengahkan dan memperkenalkan ulama-ulama tersebut secara meluas.

Dalam ruangan yang lepas, telah dibicarakan bahawa terdapat lapan tokoh ulama Selangor yang tidak dibicarakan lagi dan memerlukan ruangan yang khusus. Oleh itu, ulama yang diperkenalkan ini adalah salah seorang daripadanya yang juga antara ulama Jawa yang terkenal di Selangor. 

Tokoh ulama yang dibicarakan ini adalah hasil penyelidikan daripada salah seorang pembentang seminar, iaitu Ustaz Khafidz Soroni, merupakan pensyarah Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan diberi judul Kiai Haji Husain Bin Haji Abbas: Tokoh Ulama Masyarakat Jawa di Selangor. 

Sumber penyelidikan terhadap ulama ini juga adalah berdasarkan temu bual pembentang kertas kerja dengan anak ketiga beliau iaitu Haji Muhammad Mahin Haji Husain yang juga pernah berguru dan menadah kitab dengan bapanya sendiri.

Antara perkara yang disentuh oleh pembentang dalam kertas kerjanya adalah mengenai nama, kelahiran, keturunan, pembelajaran dan guru-guru beliau, pondok pengajian, kebolehan beliau sebagai hafiz al-Quran, ahli Falak dan penulisan, sifat-sifat beliau, kisah-kisah karamah beliau, kewafatan dan rumah tangga beliau. Namun dalam ruangan ini hanya memetik beberapa perkara sahaja yang boleh dijadikan sebagai kajian awal mengenai ulama ini. 

Nama dan kelahiran

Nama beliau ialah Kiai Haji Husain bin Haji Abbas @ Abdullah Kafi bin Qaribun. Adakalanya beliau meletakkan nama jolokan (kunyah) ‘Abu Bakar’ di awal namanya kerana anak sulungnya adalah seorang perempuan, sebagaimana adat kebiasaan di kalangan orang-orang Arab, dan adakalanya diletakkan gelaran ‘al-sijankani’ di hujung namanya sebagai nisbah kepada kampung Sijangkang. 

Beliau dianggarkan lahir pada tahun 1918 atau 1919, kerana beliau kembali ke rahmatullah pada tahun 1981 dalam usia kira-kira 62 atau 63 tahun. Salasilah keturunan beliau tidak dapat dipastikan dengan jelas, kerana beliau tidak suka menceritakan tentang nasab atau asal-usul keturunannya. 

Namun diriwayatkan bahawa makam datuknya iaitu Kiai Qaribun yang terletak di Yogjakarta, Indonesia adalah di kawasan perkuburan orang-orang besar dan kuburnya agak berlainan dengan kubur orang biasa kerana lebih besar dan mempunyai ukiran-ukiran yang indah.

Guru-guru

Sejak kecilnya lagi beliau amat minat dalam menimba ilmu pengetahuan, sehingga menguasai pelbagai bidang ilmu agama. Selain belajar dengan bapanya, beliau juga belajar di beberapa buah pondok pesantren di Tanah Jawa, antaranya Pesantren Lirboyo, Kota Kediri.

Di pesantren tersebut, berkemungkinan beliau pernah mengaji dengan Kiai Haji Abdul Karim (1856-1954) iaitu pengasas pondok berkenaan, serta para penggantinya iaitu Kiai Haji Marzuqi Dahlan (1906-1975) dan Kiai Haji Mahrus Ali (1907-1985).
Beliau juga pernah belajar di Pesantren Termas dan Pesantren Tebuireng dan Pesantren Krapyak, Yogjakarta. Pesantren Krapyak atau Pesantren al-Munawwir diasaskan oleh Kiai Haji M. Moenawwir (1942) yang terkenal sebagai pakar al-Qur'an dan qiraat. Di pondok tersebut juga Kiai Husain tekun mempelajari al-Quran dengan gurunya Kiai Moenawwir dan menghayatinya sehinggalah beliau berjaya menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran serta menguasai seni qiraat.

Mendirikan pondok pengajian

Kecintaan beliau terhadap ilmu agama yang sangat tinggi menyebabkan Kiai Husain membuka sebuah pondok pengajian sekitar tahun 1944. Pondok yang didirikan tersebut dikenali sebagai 'Pondok Kiai Haji Husain Sijangkang' atau disebut di kalangan masyarakat Jawa sebagai ‘Pondok Kiai Kusin’. 

Pondok ini juga disebut sebagai ‘Asrama Haji Husain’ dan ‘Ma’ahad al-Talabah al-‘Abbasiyah’. Dikatakan bahawa kegemilangan pengajian pondok Kiai Husain adalah antara tahun 60-an dan 70-an, namun kemudiannya pupus disebabkan tiada penyambung untuk meneruskannya.

Berkenaan pondok pengajian tersebut turut dibentangkan oleh pembentang lain, dengan judul Kiai Haji Hussin dan Pondok Ma’had al-Talabah al-Abbasiah: Analisis Penubuhan, Peranan dan Sumbangannya Kepada Masyarakat,. Ia merupakan hasil penyelidikan pensyarah-pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Prof. Madya Dr. Mohd. Nasran Mohammad dan Ahmad Dahlan Salleh.

Antara yang dibincangkan dalam kertas kerja tersebut adalah mengenai latar belakang pondok, biodata pengasas, perkembangan pondok dan matlamat penubuhan serta sistem pengajian, yang merangkumi sistem pelajaran, cara penyampaian, kitab-kitab yang dipelajari, waktu belajar, undang-undang pondok, sumber kewangan dan masalah pondok. 
Namun disebabkan kepadatan ruangan ini, maka hanya beberapa perkara sahaja yang dibicarakan yang dipetik dari kertas kerja tersebut, iaitu:

Sistem pelajaran

Sistem pembelajaran adalah sama seperti sistem pondok-pondok lain di Malaysia, iaitu tiada peperiksaan, tiada kelas tambahan dan tiada sijil dikeluarkan. 
Ini kerana objektif penubuhannya adalah untuk melahirkan pelajar yang alim dan mahir dalam bahasa Arab, dengan harapan mereka dapat memimpin masyarakat setempatnya apabila pulang ke kampong masing-masing. 

Sebagai pengasas pondok tersebut, maka beliau adalah ketua dalam segala hal. Disebabkan itu segala kitab yang dibaca, disiplin dan perkara yang berkaitan pondok ditentukan sendiri oleh Kiai Hussin.

Kitab-kitab yang dibaca 

Pada umumnya kitab yang dibaca dapat dibahagikan kepada dua. Pertama kitab bagi pelajar baru dan kedua bagi pelajar-pelajar lama. Di antara kitab-kitab yang pernah dibaca golongan pertama ialah Matn al-Jurumiyyah (Nahu), Matn al-Taqrib (Fiqh), Matn al-Safinah (Fiqh), Matn Sullam al-Tawfiq (Fiqh), Matn Bina’ (Sorof), Matn al-Arba’in (Hadis), Matn al-‘Izzi (sharaf) dan Muqaddam.

Berikut pula adalah kitab-kitab yang dibaca bagi gologan kedua, iaitu:

1. Kitab-kitab Nahu, iaitu: Nizam al-‘Umriti, Matn al-Fiyyah, Mutammimah, Syarh Ibn ’Aqil dan lain-lain lagi.
2. Kitab-kitab Fiqh, iaitu: Syarh al-Bajuri, Fath al-Mu’in, I'anah al-Talibin, al-Iqna’, Nihayah al-Zain, Fath al-Wahhab dan lain-lain lagi.
3. Kitab-kitab tafsir, iaitu: Tafsir al-Jalalain, Tafsir al-Munir dan kitab-kitab tafsir lain.
4. Kitab-kitab sharaf, iaitu: Matn al-Bina’, Matn al-Izzi, Matn al-Maqsud dan lain-lain lagi.
5. Kitab-kitab Hadis, iaitu: Matn al-Arba’in, Mukhtasar Ibn Abi Jumrah, Hadith Bukhari, Hadith Muslim, Mustalah al-Hadith dan lain-lain lagi.
6. Kitab Akhlak, iaitu: Ta’alim al-Muta'alim.
7. Kitab-kitab Tasauf, iaitu: Hidayah al-Salikin, Maraqi al-‘Ubudiyyah dan Ihya’ Ulum al-Din.


Cara penyampaian 

Cara pertama dipanggil ‘sorokgan’ iaitu selepas guru mengajar, pelajar mestilah membaca seorang demi seorang di hadapannya dengan betul. Kadang-kadang dikehendaki menghafal kalimah tersebut. Cara ini digunakan biasanya kepada pelajar baru. 
Cara kedua secara ‘bandungan’ iaitu pelajar dikehendaki memahami kitab yang dibaca oleh kiai dan mencatit makna kalimah. Cara ini digunakan kepada pelajar lama khasnya yang telah membaca kitab-kitab asas.

Hafiz al-Quran

Kiai Husain adalah salah seorang ulama yang menghafal 30 juzuk al-Quran keseluruhannya pada zamannya. Beliau memiliki sebuah mushaf al-Quran kecil bersaiz poket dan sentiasa membawanya bagi mengingati ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya. Sebagai seorang hafiz al-Quran, beliau sering mengulang-ulang kelancaran hafalannya, terutama di bulan Ramadan, yang mana beliau akan mengkhatamkan al-Quran dalam solat tarawih.

Beliau juga memberikan ijazah khas al-Quran dengan qiraat Hafs ‘an ‘Asim yang disebuturan dengan beliau. 
sebagai Syahadah al-Qurianiyyah kepada murid-muridnya yang telah khatam al-Quran.

Ahli Falak

Kiai Haji Husain juga dikenali sebagai ahli dalam ilmu falak dan mengajarkan ilmu tersebut kepada murid-muridnya. Bahkan pondok yang diasaskan boleh beliau turut mengeluarkan sendiri kalendar tahunan yang mengandungi takwim hijrah yang disertakan dengan kalendar jawa dan waktu solat.

Kalendar tersebut dikeluarkan 

pada setiap tahun dan masih wujud sehinggalah kini dan masih 
digunapakai oleh masyarakat Jawa, khususnya di Selangor hingga ke selatan Perak.dikenali sebagai Kalendar Islam Jawa. 

Penulisan

Sebagaimana ulama-ulama lain yang banyak menghasilkan karya dalam penulisan, Kiai Husain juga banyak menghabiskan masanya dengan menyalin kitab-kitab, termasuklah syair-syair, hadis-hadis sehinggalah kitab-kitab yang agak tebal. Bahkan dikatakan sehingga kini sebahagian kitab-kitab yang disalinnya masih tersimpan dengan baik. 
Namun, tidak diketahui sebarang karya asli yang dihasilkan oleh beliau. Dalam kajian pembentang tersebut, hanya ditemui sebuah sahaja iaitu, terjemahan Matn Ajrumiyah ke dalam bahasa Jawa yang diselesaikan oleh beliau pada tahun 1348 H dan masih berbentuk tulisan tangan.


Kewafatan


Beliau kembali ke rahmatullah pada 11 Zulhijjah tahun 1401 H (1981 M) 
dan dikebumikan di Perkuburan Islam Simpang Lima, Klang. Beliau pernah menyatakan bahawa beliau tidak mahu melebihi umur Nabi SAW, dan ditakdirkan beliau menghembuskan nafas terakhir sekitar umur 62 tahun.Di akhir-akhir hidupnya, beliau juga pernah menyuruh anaknya Muhammad Mahin untuk membuatkan meja rendah, dengan alasan mudah untuk meletakkan makanan dan menjaganya agar tidak dihurung semut. Namun, beliau menyuruh agar dibuat lebih panjang sehingga ukuran seseorang dapat berbaring atasnya. Dengan takdirnya meja yang tersebut jugalah yang digunakan untuk meletakkan jenazah beliau. 

Selain itu, terjadi juga sesuatu yang menghairankan semasa kematian beliau, di mana tarikh di kalendar bertukar menjadi warna hitam, walhal kalendar tersebut dicetak tidak menggunakan dakwat hitam. Namun apabila ditanya kepada pihak percetakan, mereka juga tidak dapat memberi jawapan tentang perkara tersebut.
Keturunan Kiai Haji Husain mendirikan rumah tangga dengan anak perempuan seorang tokoh ulama Jawa yang terkenal di Selangor suatu masa dahulu iaitu Kiai Haji Dahlan bin Haji Hassan Isbath. 

Hasil perkahwinan dengan Hajah Darwiyah tersebut, beliau dikurniakan lapan cahaya mata, iaitu Hajah Jamalah, Hajah Fauziah, Haji Muhammad Mahin, Haji Mujib, Hajah Aishah, Hajah Barirah, Hajah Munah dan Hajah Jumanah.


Dan aku ini adalah salah seorang dari cucunya yang mencari bahagia dibumi Allah ini!!semoga Allah mempermudahkan segala urusan hamba mu ini dalam menyusuri sebuah perjalanan hidup!ameen..=)


zamlubawi : Fatihatul Kitab..Al-Fatihah pada mereka yang telah tiada..

Saturday, January 8, 2011

Setahun Pemergiannya.


Tanggal 3 Safar 1432H telah mengingatkan pemergian arwah Mbah Hajah Darwiyah Bt Hj Dahalan.Telah genap setahun pemergiannya meninggalkan alam dunia ini ( 3 Safar 1431H/19 Januari 2010).Hanya iringan doa dari anak cucu yang dapat dikirimkan untuk semua arwah2 yang telah meninggalkan alam dunia ini..
Dan dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhamad S.A.W bersabda: "Apabila seorang manusia mati,maka terputuslah amalan kecuali 3 perkara (yg akan berlanjutan tulisan pahala) iaitu sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh. " [ riwayat Imam Ahmad].
Al-Fatihah!!..Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan barakah..ameen..=)

zamlubawi : datang dan pergi itu fitrah alam..

Sunday, January 2, 2011

Berbahagia di Bukit Tinggi dan BBQ @ 1.1.11!


Salam tahun baru semua!!Alhamdulillah,permulaan hari di tahun baru,team KYC telah membuat 'retreat' ke Bukit Tinggi,Pahang.Seramai 15 orang yang mengikuti retreat ini sebagai tanda penghargaan kepada semua sukarelawan yang telah menyumbangkan idea dan tenaga dalam menjayakan program2 anjuran Khalifah Youth Circle (KYC).Perjalanan bermula jam 8.30 pagi dan kembali ke Khalifah Institute pada jam 3.00 petang.Antara tempat yang dikunjungi ialah Colmar Tropicale,Japanese Village dan Taman Arnab!Pada sebelah malam kami juga berpeluang berBBQ untuk menutupi perjalanan 'outing KYC'..Semoga perjalanan ini mengukuhkan ukhwah yang ada dan terus memberikan yang terbaik dalam setiap program yg dianjurkan..=)

bergambar dulu sebelum meneroka tempat2 menarik di Colmar Tropicale.

qayyum da ada anak dan aku??haha..senyum jela..=)

Alhamdulilah!!Team Sg Bertih yang masih kekal sehingga hari ini..

jom kita berbahagia di 2011..yeay!!!

mari cermin diri sendiri!!=)

menjamu selera bersama team KYC..

zamlubawi : mencari ketenangan jiwa adalah terapi mencari bahagia..terus kekal ceria di tahun 2011 ini!!..dan bermula angka 24!

Bahagiaku Bahagiamu Jua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...