pepatah pujangga

Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya..

Yusuf al-Qardawi

Friday, December 31, 2010

Carilah Bahagia di 2011 Masihi!!!


Tahun hijrah 1432 hampir sebulan berlalu dan tibalah pula tahun baru masihi 2011..Selamat datang tahun baru 2011.Semoga perjalanan tahun masihi ini lebih berharga dan memelihara akan kebahagiaannya.Carilah sesuatu yang memanfaatkan hidup kita selagi menghirup nafas didunia ini.Ayuh semua rakan2,sahabat2,teman2 dan semualah yang mengenaliku,mari kita membina arus perubahan sebagai generasi perubah yang bakal menggegar dunia!! SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!!!

zamlubawi : setiap hari namaku disebut tetapi sejauh manakah tahap keazaman  yg dikecapi?..semoga setiap keazaman anda disudahi dengan kebaikan..=)

Thursday, December 30, 2010

Kebahagiaan Khalifah Youth Training 13 di penghujung 2010!


Salam alaik semua!.Dikala cuti sempena Krismas yang sememangnya takde kena mengena dengan kita sebagai orang Islam,satu program  ilmiah dan bermanfaat telah berlangsung iaitu KYT 13.Program yang melibatkan ilmu Kaedah Khalifah yang sesuai diaplikasikan oleh semua orang.Alhamdulillah seramai 36 orang peserta yang hadir memeriahkan program ini dari latarbelakang dan tempat pengajian yang berbeza.Tahniah pada mereka yang hadir dan juga tenaga penggerak iaitu rakan-rakan dari Khaliah Youth Circle.Semoga usaha anda semua dan juga teman-teman yang hadir memeriahkan program ini mendapat rahmat dan barakah dari Allah S.W.T.Ameen..Secara rasminya juga anda telah diterima sebagai keluarga Khalifah Youth Circle dan jika ada ruang masa kita akan bertemu lagi dan bekerjasama dalam menyebarkan ilmu ini..InshaAllah!!..Anda adalah generasi perubah yang ditunggu-tunggu...=)

Team 1 dikendali oleh Bro Fitri dan geng2 yang menggerunkan..heh

Team 2 dikendali oleh Bro Hilmee dan geng2 yang huru hara..huhu

oleh kerana senior fasi hamba telah diamanahkan menjaga bunga2 di kumpulan 3..ades!

Team 4 dikendali  Sis Azrin dan geng2 yang superb berlakon..hihi

Team 5 dikendali Sis Atikah dan geng2 yang lincah dan hebat bergosip..hehe

Tenaga penggerak dari team KYC..Tahniah dan alfu mabruk semua!!!..=)

zamlubawi : sebutir ilmu itu nilainya tiada harga..sebarkanlah ilmu walau satu perkataan..=)
fasi KYT kali ini semua muda2 kecuali den..ades!..tahniah team fasi baru!!

Sayonara Pimpinan 09/10 dan berbahagialah!!


Salam Alaik..seronok dan sedih kerana pada tanggal 21 Disember 2010 maka genaplah setahun lebih pucuk pimpinan Islamic Reaveled Knowledge and Heritage Students' Society 09/10.Jam 9.45 malam maka diisytiharkan perlepasan jawatan oleh mr presiden dengan suasana yang tenang dan mendamaikan.Malam yang penuh debaran dan kebahagiaan kerana berdepan dengan semua pelajar kuliah.Debaran kerana  pembentangan laporan tahunan sepanjang program yang telah dijalankan samada mendapat respon positif atau tidak dan bahagia kerana telah berusaha sedaya upaya memberikan program yang bermanfaat pada ahli dan pelepasan jawatan pimpinan..huhu..Tahniah dan Syabas pada semua sahabat perjuangan!!Terima kasih juga kerana tunjuk ajar pada diri yang lemah ini dan Mohon salah silap sepanjang perkenalan dan perjuangan!!Semoga ukhwah yang terbina terus mekar dan berkekalan..Ameen!!..(^^)V..Terus berbahagia dan terus mencari sinar kebahagiaan hidup...

barisan pimpinan 09/10 dengan anugerah popular masing-masing..haha

menanti dan terus menanti saat pembentangan laporan tahunan.,=)

zamlubawi : welfare n training,selamat tinggal ya!!hehe..tp tanggungjawab den dalam memberi kebaikan  pada orang lain still berjalan..yeah!!ameen..=)

Tuesday, December 28, 2010

Bahagia Anak Sedara,Doa Selamat dan Perjuangan..

seronok menjadi orang kaya baru!!haha

Salam alaik!!!berdebu plak dekstop nih..hehe..ucapan tahniah dari paman kepada 3 anak sedara yang sudah masuk alam JAWI..hehe..raungan korang semua memang dahsyat dari paman..hehe..Tahniah juga dan selamat berjuang pada 2 anak sedara iaitu Abdullah Faizi dan Abdullah Qardhowi  yang berjuang menuntut ilmu di Pondok Gontor,Indonesia.Moga anda semua terus cemerlang dan menjadi insan yang berguna..=)..Suasana meriah menggamit rumah Atuk dan Nenek dengan telatah anak sedara,sedara-mara,tetamu dan kawan-kawan..Terima kasih pada semua yang hadir memeriahkan Majlis Kesyukuran dan doa selamat pada 23 Disember yang lepas..Semoga Allah merahmati anda semua..ameen..=)

OKB Aiman mengira duit kerana nak belanja ibunya sebakul karipap,kata beliau..haha

Situasi sebelum menjadi OKB!!huhu

zamlubawi : teringat zaman khatan suatu ketika dahulu dengan bercahayakan lampu kereta..=)

Wednesday, December 15, 2010

Khalifah Youth Training 13 kembali!!



Salam Kawan-kawanku semua!!bertemu kembali dalam ruangan yang singkat ini..hehe..( mode malas sikit nak update.haha).Saya mewakili Khalifah Youth Circle ingin memberitahu bahawa JawatanKuasa Tertinggi telah bersepakat akan mengadakan Khalifah Youth Training ke 13 pada 25 - 26 Dis 2010 bermula 8.30 pagi (Sabtu) - 4 petang (Ahad).

Terbuka semua belia dan pelajar IPT.Percuma dan hanya membawa badan sahaja.Tempat adalah terhad (5 orang shj dibawah kuota saya).Segala info boleh hubungi saya @ sms nama,emel sebelum 20 Disember 2010 ke 0196014371...=)..


info tambahan anda:
KHALIFAH INSTITUTE
427, Jalan 2, Taman Ampang Utama,
68000 Ampang, Selangor

Tel:
03-4256 6810
Fax: 03-4256 5423
Email: khalifahproject@yahoo.com


zamlubawi : jom mempelajari dan memahami Kaedah Khalifah untuk masa depan ummah..=)

Friday, December 10, 2010

Eksplorasi Amal ABIM Selangor ke Selatan Thailand part 2

Masjid Universiti Islam Antarabangsa Yala

27 November :
Seawal  jam 5 pagi team eksplorasi berkemas dan bersiap untuk meneruskan pengembaraan dengan menunaikan Qiamullail Saghir dan solat Subuh.Usai menunaikan solat subuh,team eksplorasi diisi dengan pengisian rohani oleh Ustaz Wan Abdul Rahman ( kalu tak silap la..hehe ),wakil Wadah Kelantan.Slot pagi ini bergabung dengan peserta2 kursus HPA.Tajuk slot tazkirah pagi itu membahaskan tentang hadith Sifat Mukmin Sejati.
Dari abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah S.A.W bersabda : 
" Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan.Berlumbalah untuk memperoleh apa sahaja yang memberikan kemanfaatan padamu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah.Jikalau engkau terkena oleh sesuatu musibah,maka janganlah engkau kata : "Andaikata saya mengerjakan begini,tentu akan menjadi begini dan begitu." tetapi berkatalah : "Ini adalah takdir Allah dan apa sahaja yang dikehendaki olehNya tentu Dia melaksanakannya." sebab sesungguhnya ucapan andaikata itu membuka pintu godaan syaitan "  (riwayat Muslim)
Jam 7 pagi kami bergerak meninggalkan Kompleks Al-Hikmah dan doa perjalanan dibacakan oleh Ust Zawawi,YDP Abim Selangor.Team eksplorasi sempat mengisi ruang sarapan pagi di gerai makan Waqaf Bharu.Sungguh enak lemak berkrim juadah sarapan pagi itu..hehe.Usai sarapan,kami pun bergerak ke Pengkalan  Kubor untuk menyeberangi Sungai Golok.Sungguh dingin pagi itu dengan cuaca yang redup-redup mendung.Negara Thailand kelihatan dari pengkalan tempat kami berkumpul.Perasaan yang pelbagai mula timbul didalam hati tetapi kami bertawakal pada Allah Ta'ala kerana misi dan visi yang kami bawa ini adalah sebuah misi pengembaraan yang baik.Selesai urusan pasport,kami pun menyeberangi sungai Golok dengan menaiki bot.Urusan pasport tidak menghadapi masalah kerana kami tiba awal dan semuanya selamat.Alhamdulillah..

Setibanya di jeti Tak Bai,kami di sambut oleh team AYATA ( Anak Yatim Tak Bai ).Seterusnya kami dibawa terus ke Rumah Anak Yatim Tak Bai setelah selesai urusan pasport kemasukan.Maka, kami pun menjadi rakyat Thailand buat sementara..hehe..Setiba di AYATA,kami disambut dengan meriahnya dengan suasana mendung dan renyai hujan.Sedikit perkongsian dan pengalaman sepanjang kami disitu berkenaan dengan pengurusan harian,aktiviti yang dijalankan dan beberapa cerita-cerita pembangunan insan masyarakat di Tak Bai ini.Team modul dan latihan dibawah kendalian saya sempat menjalankan program motivasi bersama anak-anak yatim disitu lingkungan 5 - 15 tahun ( 60 orang ).Seronok melihat anak-anak ini ketawa dan sedikit kata-kata perangsang diberikan kepada mereka untuk masa depan mereka ini.Sokongan moral dan pembentukan jatidiri amat diperlukan untuk mereka ini.Walaupun menghadapi masalah bahasa,tetapi mereka tetap seronok..(bila anak jawa cakap kelantan + siam = ?..hehe)..Selesai beramah mesra,kami dihidangkan dengan juadah tengahari yang cukup istimewa.Makanan yang dihidangkan memang cukup superb sekali..Alhamdulillah!! moga rezeki yang engkau limpahkan ini memberi keberkatan dan kasih sayang..Sebelum bertolak ke destinasi seterusnya.Kami menunaikan solat jama' di masjid berdekatan dengan AYATA.Suasana jemaah yang ada disini memang cukup luarbiasa.Semoga mereka ini dirahmati dan dilindungi Allah S.W.T.Ameen..

Team eksplorasi meneruskan destinasi seterusnya iaitu Rumah Anak Yatim Darul Aitam.Perjalanan mengambil masa 2 jam.Nasib baik van sewa yang kami naiki ni memang selesa dan memuaskan.Alhamdulillah.Perjalanan selamat walau menempuh banyak sekatan jalanraya.Fuh!!memang langkah  berjaga-jaga mereka ini setelah peristiwa hitam yang melanda Selatan Thailand beberapa tahun yang lalu.Kami selamat sampai ke Darul Aitam Lil Banat wal Masakin sekitar jam 4 petang.Suasana yang mendamaikan.Semua penghuni di Darul Aitam ini adalah wanita dan seperti biasa kami beramah mesra dan membuat tinjauan ilmiah dan sejarah pembangunan.Kedua-dua lawatan amal ke rumah anak yatim ini diakhiri dengan acara penyampaian sumbangan dari team eksplorasi.Semoga dengan sumbangan yang sedikit ini mampu memberi sinar bahagia untuk mereka ini.Allahu Ameen.Hari ketiga kami ditamatkan dengan berehat di hotel My Garden Pattani.

memohon  doa keselamatan dan kesejahteraan..Allahu Ameen!!

gambar dulu!!klik!!.ok,jom kita bergerak...=)

bot yang membawa kami menyeberangi Sungai Golok..

sebelum berlepas meninggalkan tanah air..=)

persembahan  nasyid oleh anak yatim AYATA..memang terharu dan syahdu mendengar.


28 November :
Pengembaraan bersambung semula!!.Hari ke-4 ini dimulakan dengan lawatan seketika ke Universiti Prince of  Songhkla dan seterusnya menuju ke tempat bersejerah dimana tumpahnya darah syuhada dalam krisis yang melanda di Selatan Thailand.Tempat bersejarah tersebut adalah Masjid Kerisik.Syahdu melihat rupa bentuk masjid tersebut dan disebalik kisah kejadian yang berlaku membuka minda dan mata bagi setiap pengunjung yang hadir ke masjid ini.Team eksplorasi sempat menunaikan solat sunat dhuha dan mendoakan ke atas para syuhada dan sedikit taklimat sejarah Masjid Kerisik.Setelah selesai,kami pun bergerak menuju ke Koperasi Ibnu Affan,Pattani.Sebuah koperasi yang sungguh menakjubkan walaupun berusia 7 tahun penubuhannya.Kami disambut oleh Pengerusi dan Ahli Lembaga koperasi dengan penuh mesra.Kami juga didedahkan dengan sejarah penubuhan yang menjadikan Islam sebagai dokongan dan cara hidup dan tidak mengharap akan keuntungan.Subhanallah!!Kami juga dihidangkan dengan juadah tengahari yang sungguh enak dan mengenyangkan.Alhamdulillah..

Selesai menunaikan solat jama' di Masjid Raja,team eksplorasi pun meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.Alhamdulillah kami berpeluang berziarah ke Pusat Pertanian Belia Islam Thailand.Kami didedahkan dengan strategi pertanian, pembuatan dan beberapa hasil pertanian yang diusahakan oleh masyarakat dalam menjana ekonomi ( Ekonomi Kendiri ).Penerangan yang penuh semangat dalam menjana dan mengembangkan ekonomi Islam melalui produk yang dijamin halal dan menjimatkan.Mereka yang berminat dalam pembangunan ekonomi kendiri ini boleh la "calling2"..hehe.memang sangat menarik dan menakjubkan.Selesai menjamah jamuan yang disediakan ( som tam dan laban soy),kami pun bergerak ke tempat menginap di Hotel Yala Rama,Yala.

Pada malam hari,team eksplorasi meneruskan jelajah ke Ibu Pejabat Kesihatan YMAT Yala selepas melayan nasi kerabu Yala yang sungguh murah dan menyelerakaan.Hanya RM 1 sahaja.Menakjubkan bukan?..Kami disambut mesra oleh pengurus projek dan sukarelawan.Kami didedahkan tentang info kesihatan akan projek kesedran AIDS/HIV dikalngan belia ( 12-25 tahun) di 9 daerah Selatan Thailand dari Narathiwat hinggalah ke Phuket.Kepentingan projek ini adalah sebagai satu maslahah dalam menyedarkan golongan belia menangani isu ini yang semakin menular dan menjalani pemeriksaan kesihatan.Kekurangan info akan isu ini menyebabkan peningkatan kes khususnya dikalangan kaum hawa.Malam perkongsian ilmiah diakhiri dengan jamuan ringan ( Karipap + Sambal Tomato + Jus Oren)

Bukti yang menunjukkan kesan tembakan di masjid kerisik..

bergambar berlatarkan Masjid Kerisik yang penuh nilai sejarah syuhada!

29 November :
Pagi hari terakhir yang indah dengan Subuh berjemaah dan sesi tazkirah yang menyentuh Qalbu oleh Cikgu Muslimin dalam bentuk gurindam.fuh!!memang tertusuk mendegarnya.Pengembaraan bersambung menuju ke Universiti Islam Antaranbangsa Yala dan sempat menunaikan solat sunat dhuha di masjid UIAY dan sessi fotografi.UIAY adalah destinasi terakhir kami di bumi Selatan Thailand.Kami bergerak ke Sungai Golok dan selamat sampai ke tanah air sekitar jam 1.30 tengahari.Kami mengakhiri pengembaraan dengan sessi penutup yang dirasmikan oleh YDP Abim Selangor,Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni.Semoga eksplorasi ini dapat membakar semangat dalam memperjuangkan usaha dakwah di muka bumi Allah ini..Ameen..

Kenangan di Universiti Islam Antarabangsa Yala...=)

Perjalanan kami selesai wida' belum terhenti lagi kerana sempat lagi meluaskan pemandangan di bumi Terengganu..hehe..Sempatlah juga singgah Masjid Kristal,Masjid Terapung dan Cherating..=)

zamlubawi : Bumi Indonesia,Singapura, dan Thailand sudah di jejak..selepas ini?? Moga pengembaraan ilmiah dan amal ini memberi nafas baru dalam mencari bahagia..=)

Monday, December 6, 2010

Eksplorasi Amal ABIM Selangor ke Selatan Thailand part 1


Salam alaik semua!!mahu bekongsi sedikit ceritera dalam ekplorasi amal abim selangor ke selatan Thailand baru-baru ini iaitu pada 25 - 30 November 2010.

25 November:
Debaran pengembaraan mula terasa dengan taklimat perjalanan oleh beberapa jawatankuasa program demi kelancaran program.Segala persediaan dan perancangan di atur dengan pembahagian tugas kepada setiap peserta.Eksplorasi ini disertai oleh 32 orang termasuk aku..hehe dan 7 buah kereta (Innova,Avanza,Citreon,Myvi,Wira,Persona,dan Elantra)

26 November:
Sebuah perjalanan bermula pada jam 7 pagi dari Masjid An-Naim.Flag off dilancarkan oleh Tn Hj Shirajuddin,Ex-Exco Abim Selangor.Cuaca yang mendung seakan-akan merahmati perjalanan amal ini.Perjalanan berehat seketika di Petronas Gombak dan membuat pengisian sebelum melepasi sempadan Pahang.Jam 9.30,perjalanan diteruskan melalui Lebuhraya Karak - Lipis - Merapuh - Gua Musang.

Perjalanan berhenti seketika jam 12.30 di sebuah Masjid (lupa nama masjid) daerah Galas.Perjalanan penuh mencabar kerana ada yang terkorban iaitu seekor monyet..hihi kerana melintas tak tengok kiri kanan.Mangsa terus mati katak kerana dilanggar oleh kereta persona (bro Zulhelmi).Alhamdulillah semua selamat sampai di perhentian yang dituju seterusnya menunaikan solat Jumaat.

Jam 2 petang,perjalanan bersambung menuju ke Islamic Outreach Abim (IOA) Kok Lanas iaitu rumah saudara baru yang baru memeluk Islam.Destinasi IOA Kok Lanas menjadi perhentian pertama team eksplorasi setelah membuat sedikit perubahan.Jam 5 petang,kami tiba di IOA Kok Lanas.Sessi ramah mesra bersama penghuni dan staff IOA dengan informasi-informasi kegiatan mereka sepanjang tahun> Kebanyakan dari mereka adalah masyarakat orang asli.Team Eksplorasi memberi sedikit sumbangan kepada penghuni sebagai tanda prihatin.Sumbangan yang kecil ini sebagai suntikan kepada mereka untuk terus berusaha dan mencapai objektif dalam mengharungi cabaran hidup yang semakin mencabar ini.Semoga mereka ini di bawah rahmat Allah S.W.T.

Jam 6.30 petang.Perjalanan diteruskan menuju ke Kompleks Al-Hikmah,Kota Bharu.Team Eksplorasi tiba di kompleks sekitar waktu maghrib.Disinilah tempat kami beristirehat sebelum ke destinasi seterusnya.Sedikit majlis ramah mesra bersama ABIM Kelantan dan perkongsian ilmiah serta pendapat demi mengukuhkan lagi hubungan silaturahim antara dua pihak.

Team Eksplorasi membuat beberapa check list dan persiapan barang juga modul setelah selesai ramah mesra bersama ABIM Kelantan sekitar jam 10.00 malam.Perjalanan hampir 9 jam sungguh meletihkan mata dan sendi badan walau meneguk air jampi (nescafe ipoh white coffee..hehe).Usai perbincangan modul,team eksplorasi melabuhkan tirai untuk hari kedua yang penuh kebahagiaan,kesederhanaan dan cabaran..
debaran pengembaraan bermula bila AZAM melaungkan AZAN..=)

semangat juang sebelum bergerak di hadapan masjid An-Naim

menyusuri sebuah pengembaraan!!
myvi putih (azzam,kak zalina,ust khairuddin,kak su)

berehat sebentar di masjid area Galas dan menunaikan solat jumaat.

bergambar bersama penghuni Islamic ABIM Outreach,Kok Lanas..ceria sokmo..

dua beradik memberi pose istimewa sebelum ke Kompleks Al-Hikmah,Kota Bharu..=)

Hingga berjumpa lagi sahabat2 semua!!

alhamdulillah...sampai juga dengan selamatnya..

pengakhiran perjalanan pertama dengan nasi kukus ayam dara..yeay!!!..=)

zamlubawi : nantikan part 2 dengan penuh debaran dan dramatik..hehe..=)

Sunday, December 5, 2010

Doa Mencari Bahagia vol 4

Salam Maal hijrah 1432!! Menghadapi hijrah baru dengan memohon keselamatan dan kesejahteraan dari Allah S.W.T.Mari kita berdoa doa akhir tahun dan awal tahun.Moga kita di bawah rahmat Allah dan diberkati..ameen..



zamlubawi : semoga 1432H ini memberi seribu keberkatan dalam diri..=)

Thursday, December 2, 2010

Teladan dan Memelihara Bahagia part 11



Salam semua sahabat-sahabat...terasa nak share sikit cerita pasal kaum hawa sebagai peringatan buat mereka =)..Terima kasih pada NorBaizura Sumairi kerana update kisah ini..Moga kita peroleh barakah dan nikmat Allah S.W.T.. 
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saiditina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ, dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek iaitu:

Pertama~ Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua~ Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga~ Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Keempat~ Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Marilah kita mengambil pengajaran dari semalu ini walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil tetapi mempunyai keistimewaan dan nilai yang tinggi..=)

zamlubawi : umpama tajuk novel,seindah mawar berduri..=)

Tuesday, November 30, 2010

Mencari Cabaran dalam Kebahagiaan..


Salam semua sahabat-sahabat sekalian..jom meriahkan program ini.Berprogram sambil beramal dan juga mempraktikkan sunnah pada 4 Disember ini.Boleh ajak rakan-rakan,ahli keluarga,sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berminat.Hanya RM 85 sahaja seorang/RM 65 kanak-kanak (3 kali makan) dan antara pakej yang termurah setakat ini.Ayuh semua ya!! jika ada kelapangan mai lah ya!!..=)

zamlubawi : jom menderma sambil mempraktikkan sunnah rasul !!

Tuesday, November 9, 2010

Di sebalik Musibah ada Bahagia Allah S.W.T.


Terpukul hati ini untuk berkongsi sedikit info berkenaan isu terkini akhir-akhir ini.Saya mengambil artikel dari KATA-KATA HIKMAH untuk renungan bersama.Musibah telah banyak terjadi akhir-akhir ini..Marilah kita melihatnya dengan kaca mata HIKMAH disebalik kejadian.Bahawa apapun yang telah Allah tetapkan adalah yang TERBAIK buat kita.Musibah adalah KEBAIKAN yang telah Allah bukakan di depan mata kita.Baik yang mengalami MUSIBAH atau yang tidak mengalaminya. 

Mereka yang sedang mendapat MUSIBAH adalah orang yang sdang 
diCINTAi Allah.
Barangsiapa yang dikehendaki Allah dengan keBAIKan maka ditimpakan UJIAN padanya.”  (HR. Bukhari)
“ Sesungguhnya Allah ‘Azza wajalla bila menCINTAi suatu kaum Allah mengUJI mereka. Barangsiapa berSABAR maka baginya manfaat kesabarannya dan barangsiapa BENCI maka Allah pun memBENCInya.. (HR. Tirmidzi)

Dan kita yang tidak terkena musibah telah dibukakan PINTU KEBAIKAN,Kita SADAR akan kebesaran Allah, yang kadang dilupakan hamba-Nya.Dan siapa yang PEDULI dan MEMBANTU orang yang terkena MUSIBAH,Maka merekalah orang-orang yang DIPILIH oleh Allah.Dengan memberikan MUSIBAH Allah memberikan KEBAIKAN yang banyak. 

”Boleh jadi kamu memBENCI sesuatu, padahal ia amat BAIK bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menCINTAi (menyukai)sesuatu, padahal ia amat BURUK bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS Al Baqarah : 216) 
Marilah kita memasuki PINTU KEBAIKAN yang diSAYEMBARAkan Allah...Buktikan kita adalah orang Muslim yang bersaudara !Buktikan keimanan kita di hadapan Allah S.W.T. “Kamu  TIDAK AKAN  sampai kepada keBAJIKan sehingga kamu mengINFAQkan dari apa-apa yang kamu CINTAi .”  ( QS. Ali Imran : 92 )  

Antara tindakan yang boleh diambil adalah:

Memberi BANTUAN adalah salah satu syarat kebaikan dalam beragama.  Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah dari Rasulullah sallahu alaihi wasallam, dari malaikat Jibril dari Allah Taala berfirman : "Sesungguhnya  agama ini telah Aku redhai untuk diriKu, dan tidak akan menjadi baik agama ini melainkan dengan banyak memBERI BANTUAN dan PEMURAH ( sakha') dan  berAKHLAQ BAIK, maka oleh sebab itu MULIAkanlah olehmu agama ini dengan dua  perbuatan  tersebut selama kamu menjadi pengikut agama ini. " ( HR. Thabrani)  

Islam adalah agama KASIH, jangankan membantu manusia, membantu binatang yang najis seperti ANJING pun dianjurkan dan dapat memasukkan seorang  PELACUR masuk ke dalam SURGA, sebagaimana Rasulullah 
S.A.W mengkisahkan dalam  riwayat shahih  Bukhari  dan Muslim tentang seorang Pelacur yang  masuk surga karena memberi  minum  anjing. ” Al Kisah .Pada suatu hari seorang .Pelacur melihat  seekor anjing  yang hampir  mati karena kehausan.Pelacur itu merasa kasihan  terhadap anjing  tersebut  lalu ia melepas kasutnya untuk  mengambilkan air minum dan  memberikannya kepada anjing tersebut. Allah mengampuni dosa-dosa  Pelacur  itu dan memasukkannya ke dalam surga karenamemberikan minum  kepada  anjing yang kehausan."  

Menjadi orang-orang yang diCINTAi oleh Allah subhanahu wa ta’ala. Pada suatu hari Rasululah saw ditanya oleh sahabat beliau : "Ya Rasulullah, siapakah MANUSIA yang paling diCINTAi  Allah dan  apakah perbuatan  yang paling  diCINTAi oleh Allah ?  Rasulullah menjawab : MANUSIA   yang  paling diCINTAi  oleh Allah adalah MANUSIA  yang paling BANYAK  berMANFAAT  dan berGUNA  bagi manusia yang lain;  sedangkan  perBUATan  yang paling diCINTAi Allah adalah memberikan keGEMBIRAan kepada orang lain  atau mengHAPUSkan keSUSAHan orang lain, atau melunasi hutang orang yang tidak mampu untuk membayarnya, atau memberi makan kepada mereka yang sedang kelaparan dan jika seseorang itu berjalan untuk menolong 
orang yangsedang  kesusahan itu lebih aku sukai daripada  beri'tikaf di masjidku ini selama satu bulan ." ( HR. Thabrani ).  

Hikmah disebalik Menghulurkan Bantuan :
Memberikan bantuan juga dapat memadamkan kemarahan Allah
seperti dinyatakan oleh hadits : " Sesungguhnya sedekah yang sembunyi-sembunyi akan memadamkan
kemarahan Allah, dan setiap perbuatan baik akan mencegah daripada keburukan dan silaturahim itu akan menambah umur dan menghilangkan kefaqiran dan itu lebih baik daripada membaca "la haula wa la quwwata illa bilah " padahal dengan membacanya saja akan mendapat perbendaharaan surga dan dengan berbuat baik itu juga dapat menyembuhkan penyakit dan menghilangkan kegelisahan."( HR. Thabrani ).  

Menolong orang lain juga dapat mengampuni dosa." Siapa yang berjalan untuk membantu saudaranya sesama muslim maka Allah akan menuliskan baginya suatu kebaikan dari tiap langkah kakinya sampai dia 
pulang dari menolong  orang tersebut.Jika dia telah selesai dari menolong saudaranya  tersebut,maka dia telah keluar dari segala dosa-dosanya bagaikan  dia  dilahirkan  oleh ibunya,dan jika  dia ditimpa kecelakaan (akibat menolong orang tersebut) maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab " ( HR. Abu Ya'la ). 

Memberikan bantuan juga dapat menolak bala, sebagaimana dinyatakan:" Sedekah  itu dapat menolak 70 pintu bala " ( HR. Thabrani ).  

Siapa yang menolong orang lain akan mendapat kemudahan di hari kiamat.
" Siapa yang memudahkan Orang  yang  lain  dari  suatu bencana  maka  Allah  akan  memudahkan kesusahannya nanti pada hari kiamat dan sesiapa yang menutup aib saudaranya di dunia,maka Allah akan  menutup aibnya di  hari kiamat, dan siapa yang membukakan kesempitan orang yang  lain  maka  Allah akan melapangkan kesempitannya di hari kiamat nanti " ( HR. Thabrani ).   

Dan sedekah juga dapat melindungi dari api neraka. 
Maimunah bin Sa'ad berkata :”Ya Rasulullah beri kami fatwa tentang sedekah.Nabi menjawab :" Sedekah itu akan menjadi hijab (dinding) dari api neraka bagi siapa yang  melakukannya  karena mengharapkan redha Allah " ( HR. Thabrani).   
Sekian.Moga kita bersama-sama menghulurkan bantuan ringankan beban.Selagi ada masa dan kekuatan marilah kita membantu mangsa-mangsa bencana alam ini.Moga kita dikalangan hamba-hamba yang bersyukur.

zamlubawi : Mari bersama berdoa akan kesejahteraan Umat Islam dari segala bencana dan malapetaka..=)

Monday, November 8, 2010

Makluman Kebahagiaan Qurban 1431H @ Jalan Kebun.


Makluman pada semua warga kampung Jalan Kebun!!.Pada tahun ini,Masjid An-Naim Jalan Kebun telah mengesahkan bahawa tahun ini akan diadakan majlis gotong-royong ibadah Qurban pada 17hb November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431H selepas solat sunat hari raya.Sebanyak 12 ekor lembu yang akan ditumbangkan!! Semua jemaah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi ibadah Qurban ini yang akan diadakan di tanah lapang berhampiran masjid.Hasil Qurban akan diedar kepada asnaf-asnaf yang telah dikenalpasti bermula jam 12 tengah hari - 3 petang..Kepada sukarelawan-sukarelawan yg ringan tulang,ayuh kita meriahkan suasana Ibadah Quraban yang penuh dengan iktibar dan mengambil seberapa banyak pengajaran dari kisah agung Nabi Ismail dan Ibrahim a.s.

zamlubawi : tahun lepas qurban dalam hujan,tahun ni harapnya cerah..=)

Friday, November 5, 2010

Lagi Tawaran Bahagia Untuk Anda!!



Tahun 2010 semakin hampir di penghujungnya. Semakin ramai warga asing yang datang melawat ke Malaysia. Tidak ketinggalan juga mereka melawat ke Masjid Negeri Selangor.

Islamic Outreach ABIM Selangor dengan langkah prihatin sedang menjalankan Program Tourist Guide @ Masjid Negeri Selangor dan  sedang mencari mereka yang berhajat untuk menjadi sukarelawan bersama kami. Apa lagi yang ditunggu, sebarkan Islam seluas mungkin. Hubungi kami untuk lanjutan info @ 019-3636394 / 03-55118994.

zamlubawi : jom bahagiakan orang di penghujung musim 2010!!..mode: kesibukan di akhir musim!

Panggilan Bahagia Memanggil di Zulhijjah!



Assalamualaikum semua!!!

Memandangkan musim haji semakin hampir, rasanya elok kita berkenalan secara ringkas dengan rukun Islam yang ke-5 ini. Mudah-mudahan kita mendapat pelajaran dan petunjuk daripadanya. Dan semoga ia memberi motivasi kepada kita untuk kita mengerjakannya suatu hari nanti, insya-Allah. Marilah kita memperbanyakkan doa agar kita terpilih menjadi tetamu Allah suatu hari nanti.Allahu ameen!!
Walaupun ibadat haji ini hanya wajib bagi mereka yang mampu, namun kita sebagai orang Islam dan beriman wajib mempunyai niat dan keazaman untuk mengerjakannya kerana ia juga merupakan salah satu rukun Islam.

RINGKASAN HAJI
1. Pengertian Haji/Umrah Dan Bila Difardukan.
Haji pada syarak mengunjungi Baitullahil Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, saie dan wuquf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Pengertian Umrah.
Umrah pada syarak menziarahi Baitullahil Haram kerana mengerjakan tawaf dan saie dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Bila Difardukan.
Difardukan pada tahun lima hijrah, tetapi mula dilaksanakan oleh para sahabat dalam tahun ke 9 Hijrah dan Rasulullah s.a.w menunaikannya pada tahun ke 10 Hijrah yang dinamakan "Hajjatul Wada".

2. Dalil Wajib Haji Dan Umrah
Firman Allah bermaksud:"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu siapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadaNya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatupun dari sekian makhluk)" Surah Al-Imran Ayat
Firman Allah bermaksud: "Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"  Surah Al-Baqarah Ayat 96
Firman Allah bermaksud: "Dan serukanlah kepada umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang (ke rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan berbagai faedah kepada mereka serta mengingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu".
Maksud hadis dari Ibnu Umar R.A, Rasulullah S.A.W bersabda "Islam itu dibina di atas 5 perkara mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah"
Maksud hadis dari Saidina Ali R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda "Sesiapa yang memiliki harta benda dan kenderaan untuk menyampaikan ke Baitullah tetapi tidak mengerjakan haji maka bila ia mati akan menjadi sebagai Yahudi atau Nasrani".

3. Hikmah Dan Kelebihan Haji
Mendapat Balasan Syurga.
Maksud hadis dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda "Haji yang mabrur tidak ada balasan kecuali syurga" Riwayat Bukhari dan Muslim

Diampunkan Dosa.
Maksud hadis dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda "sesiapa yang menunaikan haji dan tidak melakukan kefasikan ataupun perbuatan yang fasik akan diampunkan dosanya seperti ia baru dilahirkan oleh ibunya".

Doa Dimakbulkan
Maksud sabda Rasulullah S.A.W., "Jemaah haji dan jemaah umrah adalah tetamu Allah. Doa-doa mereka dimakbulkan dan bila memohon keampunan diampunkan".
Mendapat Gandaan Pahala
Maksud sabda Rasulullah S.A.W, "Mengeluarkan perbelanjaan untuk menunaikan haji adalah sama seperti mengeluarkan perbelanjaan fisabillah 1 dirham itu diganda dengan 700 dirham".

4. Falsafah Haji
* Perhimpunan tahunan. Sebagai lambang perpaduan dan satu haluan umat Islam. Meraka bertemu bagi tujuan merapatkan hubungan dan bekerjasama dalam semua urusan harian.
* Manusia adalah sama di sisi Allah dengan tidak mengira samada raja, hamba atau kaya atau miskin. Allah hanya memandang kepada amalan dan ketakwaan.
* Mempelajari pengorbanan sepertimana yang berlaku dalam sirah Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Allah Ismail.
* Mempelajari dari latihan menjaga pantang larang dalam Ihram sebagai contoh untuk dilaksanakan di dalam kehidupan seharian:-
* Buat perkara yang baik boleh mengundang berkat, buat perkara yang jahat boleh mengundang musibat.
* Buat perkara yang baik boleh mendapat rahmat, buat perkara yang jahat boleh mendapat laknat.
* Buat perkara yang baik boleh mendapat pahala, buat perkara yang jahat boleh mendapat dosa.
* Buat kerja yang baik bermakna buat kerja halal, buat kerja jahat bermakna buat kerja yang haram.
* Buat kerja yang baik adalah perbuatan maaruf, buat perkara yang jahat itu adalah perbuatan mungkar.
* Buat perkara yang baik bermakna buat perbuatan yang terpuji, buat perkara yang jahat bermakna buat perbuatan yang tercela.
* Buat perkara yang baik boleh menguntungkan, buat perkara yang jahat boleh merugikan.
* Buat perkara yang baik mendapat balasan syurga, buat perkara yang jahat balasannya neraka.

5. Kelebihan Tanah Suci Makkah
* Tempat bersejarah, tempat lahirnya Rasulullah S.A.W
* Tempat turunnya wahyu.
* Tempat menunaikan fardhu haji.
* Sabda Rasulullah S.A.W
* "Sesiapa yang meninggal di Makkah samada jemaah haji atau jemaah umrah tidak akan dikira atau ditanya dan ia akan dimasukkan di syurga"
* Dajjal tidak masuk Kota Suci Makkah.

6. Kelebihan Masjid Makkah
* Sembahyang berganda dengan gandaan 100,000 kali ganda.
* Adanya Baitullah di mana ganjaran pahala yang besar bila melakukan tawaf kelilingnya.
* Kiblat umat Islam seruluh dunia bertuju arah semasa sembahyang.
* Ada tempat-tempat mustajab seperti Multazam, Hijir Ismail dan maqam Ibrahim.

7. Kelebihan Air Zam-Zam
* Sebaik-baik air di muka bumi.
* Air minuman yang mengenyangkan.
* Penawar segala penyakit.
* Menjadi ubat mengikut niat.

8. Talbiah
Bertalbiah iaitu menyahut seruan Allah atau pengakuan atau pembuka kata dan pembuka tirai serta ikrar, iltizam, komitmen perjanjian dan berkata-kata atau berdialog dengan Allah.
Hadith-hadith Rasulullah:-
Hadith dari Zaid bin Khalid Al Jahni r.a telah datang Malaikat Jibril dan berkata: wahai Muhammad ajaklah sahabat-sahabat kamu untuk mengangkat suara mereka bertalbiah kerana talbiah itu adalah syiar atau lambang haji.Riwayat Ibni Majah.

Hadith dari Sahal bin Saad r.a. sabda rasulullah S.A.W. "bila setiap muslim bertalbiah maka akan bertalbiah bersama-samanya mereka yang berada di sebelah kanan dan kirinya samada batu atau pokok-pokok sepanjang perjalanan dari sini dan sana. Riwayat Tarmizi dan Ibni Majah.
Hadith dari Saidina Abu Bakar As Sidiq r.a. Rasulullah S.A.W telah ditanya apakah amalan haji yang mulia. Baginda menjawab iaitu bertalbiah dengan suara yang nyaring dan menyembelih bintang korban.Riwayat Tarmizi, Ibni Majah dan Abu Zarr

Hadith dari Jabir bin Abdullah r.a. Sabda Rasulullah "setiap mereka yang berihram bila menghabiskan masanya bertalbiah hingga tenggelam matahari maka akan tenggelam jugalah dosa-dosanya atau hapuslah atau bersihlah dosa-dosanya dan balik bersih seperti baru dilahirkan oleh ibunya".
Riwayat Ibni Majah

"Ya Allah, kurniakanlah rahmat Mu kepada kami agar kami terpilih menjadi salah seorang tetamu Mu di musim haji nanti.......... Amin Ya Rabb!!"
Sumber:Emel.

zamlubawi : Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan..telah banyak kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.Semoga mereka yg mengerjakan haji pada tahun ini mendapat haji yg mabrur!!

Wednesday, November 3, 2010

Teladan dan Memelihara Bahagia part 10



Sebuah sejarah Islam yang cukup bernilai harganya dan mempunyai nilai moral yang tinggi.Pengorbanan nabi Ismail yang cukup terkenal dengan kisah penyembelihan agung. Pada Hari Raya Aidiladha, peristiwa ini pasti meresap kembali dalam ingatan seluruh umat Islam di seluruh dunia. Bagi umat Islam yang berkemampuan mereka akan menyembelih haiwan ternakan sebagai korban bersempena dengan peristiwa penyembelihan Nabi Ismail.

Peristiwa penyembelihan ini bermula apabila Nabi Ibrahim bermimpi bahawa Allah memerintahkan baginda untuk menyembelih anaknya.

Nabi Ibrahim sungguh sedih dan terkejut. Sebelum ini pun Allah telah mengujinya dengan berbagai-bagai ujian dan cabaran. Ujian pertama yang diterimanya adalah setelah berkahwin dengan Sarah. Isterinya itu didapati tidak dapat melahirkan anak sedangkan usia Nabi Ibrahim pada waktu itu telah lanjut.

Kemudian baginda berkahwin dengan Hajar dan mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Ismail. Baginda sungguh gembira dan amat menyayangi anaknya itu. Tiba-tiba ujian kedua menimpanya. Allah menurunkan wahyu supaya baginda meninggalkan Hajar dan anak kesayangannya di satu kawasan ketika itu Ismail masih kecil.

Akhir sekali dugaan yang paling mencabar diterimanya dalam mimpi baginda. Allah memerintahkan baginda supaya menyembelih Ismail. Pada masa itu Ismail telah remaja. Nabi Ibrahim berasa sedih kerana itulah satu-satunya anak yang dimilikinya bersama Hajar.

Nabi Ibrahim juga telah tua ketika menerima wahyu tersebut. Namun, baginda tetap taat kepada perintah Allah. Lalu baginda bertemu dengan Ismail.

"Wahai anakku, sesungguhnya aku telah bermimpi seolah-olah aku menyembelihmu. Apakah pendapatmu tentang perkara ini?," tanya Nabi Ibrahim.

Sebagaimana yang diterjemahkan di dalam al-Quran, Ismail pun menjawab, "Wahai bapaku, kamu laksanakanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu. Insya-Allah kamu mendapatiku termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar".

Nabi Ibrahim sungguh terharu mendengar kata-kata anaknya itu. Baginda tahu anaknya seorang yang tabah dan taat kepada Allah. Kemudian, baginda bersiap sedia menyembelih Ismail.

Sebelum disembelih, Ismail berpesan kepada bapanya: "Wahai ayahku, ikatlah badanku dengan kuat agar aku tidak meronta-ronta. Kemudian tanggalkanlah pakaianku agar tidak terkena darahku. Aku tidak mahu ibu bersedih apabila melihat pakaianku nanti. Tajamkanlah pisaumu dan percepatkanlah penyembelihanku agar dapat meringankan kesakitanku. Kemudian sampaikanlah salamku kepada ibu dan berikannya pakaianku sebagai tanda kenang-kenangan."

Nabi Ibrahim terus memeluk dan mencium anaknya.

"Aku sungguh bahagia mempunyai anak sepertimu yang taat kepada perintah Allah, berbakti kepada orang Allah, berbakti kepada orang tua dan ikhlas hatinya," kata Nabi Ibrahim dalam nada sedih.

Selepas itu, Nabi Ibrahim pun menjalankan perintah tersebut. Baginda melakukannya seperti yang diminta oleh Ismail, tetapi pisau yang digerakkan di leher Ismail tidak berfungsi dan menjadi tumpul. Beberapa kali dicubanya tetapi gagal. Nabi Ibrahim berasa hairan lalu berdoa kepada Allah dan Allah terus berseru kepadanya:

"Wahai Ibrahim, sesungguhnya engkau telah melaksanakan mimpimu itu, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berbuat kebaikan."


Nabi Ibrahim amat bersyukur kerana Ismail telah terselamat daripada disembelih. Tempat Ismail telah diganti dengan seekor kibas.Firman Allah S.W.T , surah As shaaffaat : 99 -108

Dan Ibrahim berkata:”Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku. Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ). Dan Kami panggillah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian

[Petikan daripada buku Untaian 366 kisah daripada Al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd]


zamlubawi : mari menghayati erti sebuah pengorbanan !!

Memberi Sinar Bahagia Nya version 2


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menerusi Skuad Prihatin, akan menggerakkan misi bantuan banjir ke kawasan pantai timur dan utara semenanjung Malaysia. Mensasarkan kepda 4 negeri yang teruk dilanda banjir- Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, Sekretariat ABIM negeri-negeri berkenaan akan bekerjasama erat dengan Pusat dengan menggerakkan skuad prihatin bagi membantu mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri terbabit. Sebarang makluman sila hubungi Sdra. Shakir Fahmi di talian 013-387 7722. atau Sdri Noraliza Effendy di talian 013-212 8466/03-4108 4500. Sumbangan boleh dibuat ke BIMB : 14-023-01-002743-2 atas nama ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA.

zamlubawi : peluang berbakti di depan mata, capailah ia, genggamlah ia !!

Monday, November 1, 2010

Sentuhan Bahagia @ Tamrin Qiyadi


Tamrin Qiyadi!pekebenda tuh?macam tajuk filem je?huhu..Inilah dia program sekolah yang telah membentuk modal insan dalam menghadapi arus kehidupan dan aku salah seorang dari alumni program ni beberapa tahun yang lalu.Terima kasih pada mereka yang membentuk dan curah segala ilmu,kaedah,dan sebagainya dalam tamrin ini.Pada tahun ini,Tamrin Qiyadi bertemu kembali dalam bentuk yang berbeza kerana tenaga penggerak kali ini adalah dikalangan alumni program ini sendiri.yezza!!.Aku salah seorang daripadanya lah..hehe..Rasa macam dah lama meninggalkan ilmu di tamrin ni tapi hasil dari pengalaman bersama rakan seperjuangan,banyak idea-idea yang baru dan segar akan diterapkan dalam modul tamrin kali ini..Moga program ini dipermudahkan perjalanannya..Sasaran untuk program kali ini adalah pimpinan2 pelajar sekolah yang bakal menerajui sekolah.Bersedialah semua!!!Kita jumpa di sana!!..

TAMRIN QIYADI
di SAM HISAMUDDIN SG BERTIH

19 - 21 November 2010 ( Jumaat - Ahad )

anjuran :
SAM HISAMUDDIN SG BERTIH
dan
BEKAS PIMPINAN PELAJAR

dengan kerjasama
KHALIFAH YOUTH CIRCLE
KHALIFAH INSTITUTE


zamlubawi : 4 Generasi Ketua Umum akan turun beraksi!!nantikan kemunculan mereka.=)

Lagi Tawaran Bahagia Cuti Sekolah!!




YOUNG KHALIFAH CAMP 2010
"Membentuk Generasi Muda Cemerlang"

27 - 29 November 2010 ( Sabtu - Isnin )
di KEM PERAH,FRIM KEPONG

terbuka kepada kanak-kanak ( berumur 10 - 12 tahun )

anjuran:
KHALIFAH YOUTH CIRCLE
KHALIFAH INSTITUTE

Antara Aktiviti-Aktiviti Menarik :

Interaktif Pembentukan Kumpulan
Dinamika Modul Kaedah Khalifah
War Game
Explore-Solat-Race
Persembahan Mutimedia dan banyak lagi!!!

Yuran : Hanya RM 260 sahaja..

Maklumat lanjut boleh hubungi :
03-4256 6810 / 019 3083629 (Farah) / 012 9398427 (Mursyidi)

Program cuti sekolah lain dari yang lain!!Jangan lepaskan peluang kerana terhad kepada 50 peserta sahaja!!

zamlubawi : Penuhilah masa cuti sekolah dengan program yang bermanfaat dan membina sahsiah muslim.=)



Bahagiaku Bahagiamu Jua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...