Ucapan terima kasih Cikgu Eya yang berkongsi kisah ini dan saya cukup terdetik untuk berkongsi bersama2 rakan..Moga kita terus mencari dan menyingkap erti keBAHAGIAan...
Seorang pemuda menyelusuri jalanan, fikiran ligat berputar mencari erti kebahagiaan.
'Apa yang perlu untuk mengecap bahagia?' persoalan yang berputar berulang kali di minda.
Tiba-tiba langkah bersahajanya terhenti, matanya menangkap kelibat seekor burung yang elok rupa. Burung yang bertenggek aman, tidak pernah dilihatnya seumur hidup ini. Bulunya warna keemasan, bersinar gemilang di bawah pancaran sinar mentari. Tampak berkilauan indah.
Tangkas tangan si pemuda bertindak, menangkap burung yang sedang leka melepas lelah. Berhasil.
'Wahai pemuda, lepaskanlah aku' burung tersebut cuba meraih simpati.
'Akan aku tunaikan apa jua hasratmu' masih cuba memohon belas.
'Jika kau boleh menyelesaikan persoalanku, kau akan ku lepaskan' jawab si pemuda.
'Ujarkan, persoalan apa yang bermain di mindamu?'
'Khabarkan padaku, apa ertinya bahagia?'
'Baik, akan aku jawab soalanmu. Erti bahagia ada 3;
1) Percaya hanya pada Allah
2) Jangan sesali apa yang telah terlepas dari tanganmu, biarkan ia pergi tanpa dikenang-kenang
3) jangan cuba memaksa diri untuk menggapai sesuatu yang terlalu tinggi buatmu.
Pemuda tersebut tampak ragu.'Ayuh, lapaskan aku kini. Tepati janjimu, hai pemuda budiman'
Lalu dilepaskan burung tersebut...
Si burung licik terang keliling, mengetawakan pemuda yang telus.
'Wahai pemuda, aku bukanlah burung biasa. Aku adalah seekor burung sakti. Setiap hari, aku akan menghasilakn telur emas tulen yang sangat berharga. Jika kau tidak melepaskan aku tadi, pasti kehidupan mu akan senang selamanya' katanya sambil berdekah, terbang mengeliling.
Si pemuda tulus berasa tertipu, cuba menangkap si burung sakti. Kesal akan keterlanjurannya mempercayai erti bahagia tadi. Tangannya didepakan, digapai tinggi. Hasrat mahu memiliki si burung sakti. Burung tersebut terbang dengan lebih tinggi, hinggap di sebatang dahan yang berdekatan dengan curam bukit. masih tidak menyerah, si pemuda cuba menangkap. Namun, cubaan tersebut membawa padah. Si pemuda terperosok ke dalam cerun, badan penuh luka dan kesakitan.
'Wahai pemuda, sudah aku katakan. Untuk bahagia, kepercayaan mu hanya untuk Allah. Kau sudah lupa syarat pertama? Mengapa kau percaya kata-kata ku bahawa aku burung sakti?'
Tertunduk malu, dengan silap sendiri.
'Si pemuda, telah kau lepaskan aku. Mengapa perlu kau sesali perbuatan itu? Bukankah telah kau tahu, erti bahagia juga ialah jangan dikenang dan disesali apa yang telah terlepas dari genggamanmu'
Terasa lebih malu mengenang betapa gelojoh dirinya, si pemuda terus menunduk.
'Dan yang seterusnya, tubuhmu kesakitan kerna memaksa diri untuk menggapai sesuatu yang mustahil bagimu. Ingatlah 3 erti bahagia ini..' burung tersebut mengakhiri bicaranya lalu terbang pergi.
Pemuda tersebut terus berfikir, tingkah lakunya telah memalukan diri. Peringatan si burung sakti langsung tidak diendahkan. Betapa manusia sepertinya mudah lupa...
p/s: ada riwayat yang mengatakan, burung tersebut adalah jelmaan malaikat.
zamlubawi : bila lagi bahagiamu akan hadir?? ^.^