pepatah pujangga

Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya..

Yusuf al-Qardawi

Tuesday, August 24, 2010

Sesuci Kebahagiaan Ramadhan @ Khalifah Institute


Kembali lagi bersama mas azzam.=)..hidupkanlah ramadhan.Alhamdulillah,di bulan ramadhan ini daku dan rakan seperjuangan ( team pengawas sg bertih + team KYC ) berkesempatan mengimarahkan ramadhan bersama dengan pemuda-pemuda perkasa dalam program ihya ramadhan 2010.Sebuah program koreksi diri dalam mencari pengislahan yang hakiki..( fuhh..macam dasat je bunyinye..hehe )..Program berlangsung dalam tempoh 24 jam bermula jam 9 pagi hinggalah 9 pagi keesokannya ( 21 - 22 Ogos ).Sesi dimulakan dengan taaruf dan pecah bendungan di ikuti dengan solat sunat dhuha secara berjemaah.Perjuangan diteruskan dengan kelas intensif bacaan Al-Fatihah.Sesudah itu,majlis tadarus berkumpulan menyambung perjuangan  sebelum masuknya waktu zohor.Sesi di teruskan dengan slot Tahsin Ibadah bersama Geng Fasilitator KYB,eh silap..hehe..KYC..Sesudah solat asar,aktiviti riadhah menyusul sebelum masuknya waktu melantak dengan lahapnya..huhu..Slot diteruskan dengan solat berjemaah dan solat sunat terawikh yang diimamkan oleh imam muda 2010..hehe..bukan yang glamer tu tetapi imam muda Imran dan imam muda Farid yg berusia 14 Tahun.=)..Majlis di teruskan dengan slot ceramah dan bacaan surah Al-Mulk dan Qiamullail di sebelah paginya serta  sahur yang hangat ( membincangkan masalah kaum hawa..haha..a.k.a kami yang sayangkan kaum ini..huhu).Akhirnya majlis di tutup dengan perkongsian ilmiah dan bersurai..Berasa teruja kerana masih lagi di beri waktu untuk berkongsi ilmu dan menambah ilmu pengetahuan serta berasa gembira kerana penglibatan anak muda yang ramai..=)..Semoga bertemu lagi di lain siaran...adios prentes!!

chip de mokhtar menyampaikan amanat..=P

mantan2 ketua umum posing depan kemera..haha

mari bertadarus bersama mas azzam..=)

buli - buli tepung gandum bersama abam hanis..

berserah diri pada pemilik sekian alam!!

zamlubawi : seronok bila jumpa team pengawas di sg bertih dolu-dolu..memang happening!!..hehe

Monday, August 16, 2010

Sesuci Kebahagiaan Ramadhan


Ramadhan adalah bulan untuk beramal ibadah,memberi sedekah,membantu orang yang memerlukan,memperbanyakkan amalan mulia dan sewaktu dengannya.Alhamdulillah,sempat menyibukkan diri dalam program setengah hari di Masjid al-Ulum,Kg. Bangkong di Sepang pada hari Sabtu bersamaan 4 Ramadhan 1431h yang mengambil masa lebih 1jam lebih untuk sampai ke tempat yang dituju.(pergi dengan yakin walau sebenarnya ada pemandu itu yang sudah terlupa jjalan..hehe).Berkat kesabaran di bulan ramadhan serta hasil usaha telefon-menelefon,akhirnya sampailah jua..=).. Peserta yang hadir di kalangan mak2,nenek2 dan beberapa orang anak kecil yang menemani mak dan nenek mereka.Yang bestnyer aku dan beberapa teman2 je yang lelaki..ades...=(

Program dimulai dengan menunaikan solat2 sunat iaitu Dhuha di imamkan oleh Ustaz Harith Al-Maghribi,sunat Taubat pula di imamkan oleh Ustaz Akmal Al-Syairi dan sunat Tasbih oleh seorang hamba Allah yang berbaju batik jawa.. =)..Setelah itu diadakan tadarus secara beramai-ramai mengikut kumpulan dan dihidangkan ilmu yang mantap daripada Ustazah Hazlina mengenai keistimewaan ramadhan..

dimanakah jemaah lelaki??..(dah namanya pgm HELWA)..huhu

sesi tadarus bersama ibu-ibu dan nenek-nenek..fantastik!!

tenaga kerja yang terlibat sepanjang program..

sesi penyerahan sumbangan beras kepada yang memerlukan..=)


zamlubawi : memberi itu abadi..=)

Wajadiri kali 13 yang sungguh BAHAGIA!!!!

Salam..menjengah kembali!!yezza...kali ni nak share sikit perkara yang berlaku pada wajadiri silat cekak ustaz hanafi yang telah berlangsung di UIAM..nak share banyak2 malas la pulak..hehehe...so,aku letak yg ade muka aku je..hahaha...program yang di anjurkan ini menyingkap kembali sekitar tahun 2005 kerana sekali lagi aku menjadi pengarah program..ades!! (sungguh memenatkan otak sebenarnya..huhu).Tapi Alhamdulillah,semuanya bergerak dengan lancar walau banyak cabaran dan rintangan yang dilalui.Semoga gerak kerja yang dilakukan membuka ruang pengalaman dan inspirasi dalam mengejar impian serta sebagai wasilah dakwah dalam mempertahan agama @ hifzu ad-din (salah satu tuntutan syariah)..ameen...

bila Mr Huznoull Khan mengucapkan kalimah infiniti..hehe

barisan vvip (termasuk aku sekali..hehe)

gerakan vvip untuk majlis penutupan

bila rasa macam artis..haha..posing baik punyer..=)

menemani speaker dewan negara melawat pameran..

zamlubawi : ramai yang kurang mengetahui bahawa mempertahankan diri sekarang menjadi fardu kerana faktor persekitaran sekarang..mari fikir2kan..=)

Sunday, August 8, 2010

Rindu Ramadhan dan Moga rohnya Bahagia di sana.


Ramadhan menjelma lagi!!!ahlan ya ramadhan kareem..sebelum ramadhan biasanya aku dan ahli keluarga akan pergi menziarahi kubur arwah mbah gedi di tanah perkuburan simpang lima tetapi tahun ini berbeza sekali kerana tahun ini kami berziarah dua kubur iaitu arwah mbah Gedi dan arwah mbah Dhar ( juga kubur2 kiayi dan sedulur lain yang telah kembali ke rahmatullah).Dan ramadhan kali ini kami sekeluarga terasa kehilangan nenda yang di sayangi.Moga roh beliau dicucuri rahmat dan di ampunkan dosa-dosanya..Al-Fatihah..

zamlubawi : Al-Fatihah juga kepada rakan2ku yang jua telah kembali ke rahmatullah..

Friday, August 6, 2010

Puitis-puitis bahagia seorang lelaki


Tangan ini menggatal..haha, menulis sesuatu tentang apa yang ada di lubuk hati ku. Aku mulai tertanya-tanya apakah aku sudah seharusnya mulai mencari sebagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebagian agamanya.Sering kali aku mendengar bahawa ungkapan “Kau tercipta untukku.” dari kumpulan ungu.

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimat itu kerana di liputi oleh hawa nafsu. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku,baru saat ini aku mengerti bahwa pada suatu hari NANTI aku harus mengambil satu TANGGUNGJAWAB yang memang diciptakan khusus untuk diriku, iaitu DIRIMU. Aku mulai mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk BERTEMU denganmu.

Aku mahu pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu meskipun pada hakikatnya masih banyak lagi kelemahan pada diriku ini. Aku mencuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku wujudkan ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membatasi hubungan pembicaraan dengan wanita lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah SEBAGIAN DARIKU dan hak bagimu untuk mengetahui segala lahir dan batin diriku ini.

 Apabila aku memakai kopiah, aku disangka ustaz. Diriku memakai jubah, disangka syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf disangka daie. Bukan itu yang aku pinta karena aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mulai didekati oleh wanita kerana perilakuku dan perwatakanku. Baik yang indah berjilbab atau yang ketat ber t-shirt, semuanya singgah disisiku.
Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda,
“Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”

Jiwa kelana ku ini mulai mencari cinta menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia MENUNGGU diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku liat dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku akan MELAMARMU, akan ku lihat wajahmu sekilas agar tercipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

“Nikahilah wanita karena empat perkara” keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih AGAMA engkau tidak akan menyesal.”Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pembatas diri kita. Akan ku jadikan AKAD NIKAH itu sebagai cap HALAL untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan PERNIKAHAN yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

sumber: Zentro Shar dan sedikit ubahsuai..hehe

zamlubawi : bila hati mahu berbicara tapi tenggelam tanpa suara..haha..giler puitis!!

Tuesday, August 3, 2010

Makan Malam Utama yang membahagiakan.


wazzup semua!!.wah suda maju tp salam kan lbih baik..hihi..salam sejahtera semua..menjenguk kembali di sawang2 @ sesawang buruk ini..hehe...sekadar mahu kongsi kebahagiaan bersempena makan malam utama di Hotel de Palma,Ampang.Makan malam ini adalah kali yang kedua buat diri ini.heh..(padahal mmg setiap malam makan malam tp tak grand camni la..huhu).Seronok melepaskan kegembiraan bersama teman2 seperjuangan dan rakan2 baru..tetapi dalam kegembiraan itu ada juga kesulitan,benarlah bahawa tidak semua kegembiraan itu sempurna,pasti ade sedikit palit kesulitan.Alhamdulillah,kesulitan yg melanda itu tidak lah sebesar mana dan dapat diselesaikan dengan baiknya..terima kasih pada yang turut membantu..(kesulitan itu adalah rahsia yea..hehe..baru suspen)..oklah,ade beberapa bingkisan untuk semua..semoga berbahagia ya!!!


 Executive Manager yang garang..haha..Mr Huznoull Khan..=)


Team UIAM berposing kacak bergaya..hehe


Barisan jejaka pilihan mak mertua..keh3x..

zamlubawi : makan dan makan tapi badan still kurus ramping..hehehe..yang penting menjaga kesihatan !!

Monday, August 2, 2010

Minda bebas berbahagia sementara.

Alhamdulillah!!!!selesai misi yang penuh ranjau berduri.Tahniah kepada semua komiti yang terlibat di atas kudrat yang dicurahkan.Moga usaha kecil anda memberi ruh kebaikan di masa akan datang..ameen ya rabb!!..terasa bebas sementara setelah merasa beban yang agak lama termasuk team komiti..hehe..tanpa kalian semua siapalah aku yang tinggi ini..heh..bersyukur sangat-sangat kerana program berjalan dengan lancar walau ada beberapa cabaran dan dugaan yang melanda.semua itu adalah perancangan dan Allah yang tentukan.Kuasa tuhan program berjalan seperti apa yang dirancang.Yang sudah biarlah berlalu dan jadikan iktibar untuk kebaikan yang akan datang..Semua yang dilalui ini adalah proses pembelajaran dan dari pembelajaranlah menjadi satu penghasilan....Tak lupa ucapan tahniah kepada kawan2 yang berjaya meragut kemenangan yang penuh bergaya..haha..( team buah jatuh ) dan seangkatan dengannya..moga tahun depan program manager korang pulak bertarung..nge3x....sekali lagi SYABAS dab TAHNIAH!!!! dan selamat berbahagia..

 team wajadiri 2010

zamlubawi : habis satu datang satu...yewkzza!!!

Sunday, August 1, 2010

Teladan dan Memelihara Bahagia part 7

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itudijawab dengan agak gementar, ' Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '
6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih
dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya
yang bersyukur.'

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.'
zamlubawi : sedang  mendalami ciri-ciri suami soleh..hehe..=)

Bahagiaku Bahagiamu Jua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...