pepatah pujangga

Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya..

Yusuf al-Qardawi

Tuesday, August 24, 2010

Sesuci Kebahagiaan Ramadhan @ Khalifah Institute


Kembali lagi bersama mas azzam.=)..hidupkanlah ramadhan.Alhamdulillah,di bulan ramadhan ini daku dan rakan seperjuangan ( team pengawas sg bertih + team KYC ) berkesempatan mengimarahkan ramadhan bersama dengan pemuda-pemuda perkasa dalam program ihya ramadhan 2010.Sebuah program koreksi diri dalam mencari pengislahan yang hakiki..( fuhh..macam dasat je bunyinye..hehe )..Program berlangsung dalam tempoh 24 jam bermula jam 9 pagi hinggalah 9 pagi keesokannya ( 21 - 22 Ogos ).Sesi dimulakan dengan taaruf dan pecah bendungan di ikuti dengan solat sunat dhuha secara berjemaah.Perjuangan diteruskan dengan kelas intensif bacaan Al-Fatihah.Sesudah itu,majlis tadarus berkumpulan menyambung perjuangan  sebelum masuknya waktu zohor.Sesi di teruskan dengan slot Tahsin Ibadah bersama Geng Fasilitator KYB,eh silap..hehe..KYC..Sesudah solat asar,aktiviti riadhah menyusul sebelum masuknya waktu melantak dengan lahapnya..huhu..Slot diteruskan dengan solat berjemaah dan solat sunat terawikh yang diimamkan oleh imam muda 2010..hehe..bukan yang glamer tu tetapi imam muda Imran dan imam muda Farid yg berusia 14 Tahun.=)..Majlis di teruskan dengan slot ceramah dan bacaan surah Al-Mulk dan Qiamullail di sebelah paginya serta  sahur yang hangat ( membincangkan masalah kaum hawa..haha..a.k.a kami yang sayangkan kaum ini..huhu).Akhirnya majlis di tutup dengan perkongsian ilmiah dan bersurai..Berasa teruja kerana masih lagi di beri waktu untuk berkongsi ilmu dan menambah ilmu pengetahuan serta berasa gembira kerana penglibatan anak muda yang ramai..=)..Semoga bertemu lagi di lain siaran...adios prentes!!

chip de mokhtar menyampaikan amanat..=P

mantan2 ketua umum posing depan kemera..haha

mari bertadarus bersama mas azzam..=)

buli - buli tepung gandum bersama abam hanis..

berserah diri pada pemilik sekian alam!!

zamlubawi : seronok bila jumpa team pengawas di sg bertih dolu-dolu..memang happening!!..hehe

1 comment:

Idmalina Mohamad Ideris said...

oh,bro mokhtar ada skali...lama x jpa....

Bahagiaku Bahagiamu Jua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...