pepatah pujangga

Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya..

Yusuf al-Qardawi

Saturday, October 30, 2010

Doa Mencari Bahagia vol 3


اَللَّهُمَّ نَوِّرْ بِالْكِتَابِ بَصَرِيْ وَاشْرَحْ بِهِ صَدْرِيْ وَاسْتَعْمِلْ بِهِ بَدَنِيْ وَ أَطْلِقْ بِهِ لِسَانِيْ وِ قَوِّهِ جَنَاحِيْ وَ اسْرَعْ بِهِ فَهْمِيْ وَ قِوِّهِ عَزْمِيْ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ فَإِنَّهُ لاَ حَوْلَ وَ لاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. اَللَّهُمَّ اسْتَوْدَعْتُكَ مَا عَلَّمْتَنِيْهِ فَارْدُدْهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ وَ لاَ تَنْسَنِيْهِ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ


Bermaksud : Ya Allah, terangilah pandanganku dengan kitab (al-Quran) dan lapangkanlah dadaku dengannya dan mudah2an dapat aku beramal dengannya dan lancarkanlah lidahku dengannya dan teguhkan hatiku dengannya dan percepatkanlah kefahamanku dengannya dan perkuatkan keazamanku dengan daya kekuatan-Mu .
maka sesungguhnya tidak ada daya dan kekuatan melainkan Engkau wahai Tuhan Yang amat Pengasih.
Ya Allah, aku mempertaruhkan kepada Engkau ilmu yang telah Engkau ajarkan daku. maka kembalikanlah akan dia padaku ketika aku memerlukannya dan janganlah Engkau melupakannya Wahai Tuhan Yang Mentadbir sekalian alam

zamlubawi : faham,amal dan tawakal.=)

Friday, October 29, 2010

Lirik yang membahagiakan!


Make Me Strong.

I know I'm waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You'd tell me out aloud
That on that day I'll be ok
But we'll never know cause
That's not the way it works
Help me find my way


My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long
Make me strong



I know I'm waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You'd tell me out aloud
That on that day you'll forgive me
But we'll never know cause
That's not the way it works
I beg for your mercy



My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long
Make me strong..

zamlubawi : kukuhkanlah kekuatan hati ini!!.amin

Teladan dan Memelihara Bahagia part 9


Terima kasih pada sahabatku Luman Al-Hakim Hamdan kerana berkongsi akan kisah yang sememangnya meruntunkan jiwaku ini.Moga anda mendapat rahmat dari Allah S.W.T.Kerana Cinta-Nya kita lupa seketika,mari kita renung semula,moga kita dikalangan hamba-hamba yang bersyukur.


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,
 "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh kasih sayang menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Uthman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Semoga timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin..

zamlubawi : Susahkah untuk berselawat ke atas baginda?Mari kita renungkan kerana masih ada lagi masyarakat diluar sana tidak tahu berselawat!!

Memberi Sinar Bahagia Nya.


"BELIA SELANGOR PRIHATIN"
Untuk kali ke 2 Explorasi Amal Belia Selangor ini dianjurkan.Pada tahun ini Selatan Thailand menjadi destinasi untuk menyumbangkan idea,bantuan,khidmat masyarakat,kempen zakat dan sebagainya.Selatan Thailand menjadi destinasi kerana ingin mengambil iktibar daripada kejadian-kejadian yang berlaku dan memahami penderitaan masyarakat muslim disana disamping menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim.Dikesempatan ini,saya selaku salah seorang sukarelawan yang terlibat sama dalam eksplorasi ini memohon kepada mana-mana badan kerajaan@swasta,orang yang ingin berzakat dan sewaktunya dengannya,bolehlah menghulurkan sumbangan anda di kempen SINAR BAHAGIANYA Rumah anak Yatim,Selatan Thailand ini dan maklumat untuk menghubungi adalah seperti berikut :

MARI MENYUMBANG KE RUMAH ANAK YATIM
di
EKPLORASI AMAL BELIA SELANGOR SELATAN THAILAND 2010
25-29 NOV 2010
Selangor - Terengganu - Kelantan - Tak Bai - Pattani - Yala

Hubungi:
ABIM SELANGOR
02-02-06 Wisma Mais Jalan Ru
3/9A 40000 Shah Alam Selangor
019-3636394/03-55118994
www.abimselangor.blogspot.com

Bank Islam : Abim Selangor 12038010001335

Penganjur :
Angkatan Belia Islam Malaysia Selangor

Rakan Dakwah & Media:
Global Peace Malaysia,Lembaga Zakat Selangor,YaPEIM dan iLuvIslam.

Untuk memudahkan pengurusan,sumbangan bolehlah dibuat seminggu sebelum tarikh eksplorasi.Terima Kaseeh!!!

zamlubawi : Sayangkan diri kerana pendirian,Sayangkan Ummah kerana Tanggungjawab.=) 

Tuesday, October 26, 2010

Perjuangan Paling Bahagia Bermula!!


Musim exam kembali lagi untuk semester 1 sesi 2010/2011!!!yeay!!!..Masa untuk memasang dan menyusun formasi minda bagi menghadapi perang pen dan kertas kajang.Dikesempatan ini,saya sebagai hamba Allah yang fakir ini ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan tersalah kata dan macam segala.Maaf lahir batin dan mohon doanya dari semua agar kita terus bersemangat untuk menghadapi cabaran hidup yang sekecil ini.Allahummaftah alaina Abwab Al ilmi wa Abwab Al rizki wa Abwab Al jannah!!!..

Berikut adalah tarikh peperangan bersaudara semester 1 :

28 OKT - Tilawah 
1 NOV - Aqidah Islamiah
7 NOV - Qawaid Usuliyyah
9 NOV - Adilat Al-Ahkam
11 NOV - Turuq Al-Istinbat 1
13 NOV - Creative Thinking

Mari kita sama-sama memanjatkan doa kepada Allah S.W.T dan memperbanyakkan amal ibadah dan memperbanyakkan sedekah.Tidak lupa juga banyakkan makan dan minum untuk tenaga anda!!hehe..=)

zamlubawi : setiap kali exam melanda,duit poket habis ke perut..=)

Friday, October 22, 2010

Bahagia Bila Terlihat Cintanya!



Dapat kita dengari dan bacakan pelbagai syair dan gurindam serta lagu yang menceritakan tentang keindahan cinta. Benarkah cinta itu indah? Apakah ertinya untuk kita dan untuk sesiapa sahaja? Inilah yang memberikan kebenaran bahawa, cinta itu mampu memberikan pelbagai maksud yang mendalam. Bahkan, cinta ini hanya akan dirasai apabila kita berada di dalamnya. Ia amat sukar untuk diluahkan juga digambarkan dengan mata kasar. Kebenarannya memanglah cinta itu indah. Amat indah yang diberikan kehidupan di alam yang amat luas ini. Ia mendahului segalanya dan tidak akan dapat kita merasakan cinta ini hanya melalui ketulusan dan kemahuan hati untuk menerimanya serta kesederhanaan juga keikhlasan jiwa untuk merasakan cinta itu.

Kealpaan menjadikan manusia ini lupa kepada amanah. Cinta itu adalah amanah. Ia tidak mudah dijaga dan dipelihara sehingga hari akhirat kelak. Cinta adalah amanah kerana cinta datangnya adalah dari yang Maha Pencipta, Maha Pengasih dan Penyayang. Kenangkan cinta anugerah Allah kepada kita yang menjadikan manusia sebagai khalifah dikala gunung-ganang, bukit-bukau tidak upaya untuk menerimanya. Apakah fikir dan buat kita tentang cinta yang dianugerahkan buat manusia?

Kita tidak akan terlihat cinta apabila kita adalah bukan dari kalangan pencinta sejati. Mereka ini hanya melakukan satu pekerjaan yang besar di dalam sepanjang kehidupan mereka iaitu memberi. Cuba kita kenangkan, mungkin kita sendiri tidak pasti dan tidak nampak manfaat cinta itu adalah memberi. Ketika ini, dalam usaha kita mencari cinta Allah yang Maha Esa, Dia yang Maha Pemberi masih terus memberi walau yang kita kembalikan kepadanya adalah dosa kesalahan serta kekufuran. Dia masih terus memberi walaupun manusia berbuat durjana dan kemaksiatan. Allah s.w.t. tidak pernah berhenti memberi walau sesaat pendeknya masa, tidak pernah berhenti.

Ketulusan seorang manusia mencintai seseorang yang lain adalah dengan memberikan apa sahaja yang ada pada diri demi kebahagiaan dan kemudahan manusia lain. Tetapi adakalanya kita akan berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat balasan dari sesama manusia, tetapi Allah, tidak akan berhenti memberi sejak diciptakan Nabi Adam a.s. sehinggalah kehidupan kita semua pada hari ini. Ketergantungan manusia hanyalah pada manusia. Apabila perasaan kebergantungan ini terletak kepada selain dari-Nya, apabila kehilangan, kita mulai merasa lemah dan tidak bermaya. Atau ada sebahagian mereka merasakan kehidupan mereka sudah tiada ertinya.

Pesanan Saidina Umar Al-Khattab, “Hanya ada satu dari 2 perasaan yang mungkin dirasakan oleh setiap orang pada saat orang yang paling bererti atau pasangan hidupnya wafat, merasa bebas dari beban hidup atau merasa kehilangan dari tempat bergantung.” Cinta itu tidak akan dirasai dan kelihatan melainkan selepas kehilangannya. Tidak dapat dirasai keberadaannya kecuali selepas tiada. Nikmat tangan ketika adanya, apabila hilang, barulah merasai kepentingannya. Cinta yang tidak terlihat itu telah menjadikan kita hidup dengan aman dan sejahtera namun adakah kita mensyukuri nikmat perjalanan kehidupan kita? Bandingkanlah diri kita dengan orang yang lebih sengsara dari diri kita dalam soala kehidupan kita.

Apabila kita terlihat akan cinta-Nya, maka barulah kita dapat merasai segala nikmat dan peluang yang Allah s.w.t. berikan kepada kita. Cinta Dia mengatasi cinta sesama makhluk. Cinta Dia yang memberikan cinta antara manusia, cinta Dia yang memberikan erti dalam kehidupan manusia. Kesedaran apabila terlihat cinta-Nya menyebabkan kita mula menitiskan airmata tanda syukur dan menghargai pemberian-Nya. Subhanallah walhamdulillah wallahu akbar. Pujangga dari Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, “Kerana cinta dan demi cinta langit dan bumi diciptakan dan atas dasarnya makhluk diwujudkan, demi cinta seluruh planet beredar dan dengannya pula semua gerak mencapai tujuannya serta bersambung awal dan akhirnya. Dengan cinta, semua jiwa meraih harapannya dan mendapatkani damainya serta terbebaskan dari segala yang meresahkannya.”

Marilah kita nilai dan ‘TUNE’kan diri kita. Allahu Akbar!!Bersama Mencari Cinta Allah dan Rasul.


zamlubawi : Keredhaan Allah Keredhaan Manusia,Kemurkaan Allah Kermurkaan Manusia..=)

Wednesday, October 20, 2010

Hiasi Ciri Kebahagiaan seorang Pendakwah/Khalifah.


30 Nasihat Buat Para Pendakwah
1. Ikhlas.
2. Menentukan tujuan dakwah yang jelas.
3. Bersikap sebagai seorang mujahid.
4. Menuntut ilmu.
5. Tidak terlalu idealis.
6. Tidak berputus asa terhadap rahmat Allah.
7. Seimbang antara khauf (perasaan takut akan Allah) dan raja' (pengharapan kepada Allah).
8. Tidak mengkritik peribadi tertentu dengan menyebut identiti mereka.
9. Tidak merasa bersih di hadapan orang.
10. Tidak menambahi ucapan melebihi kitabullah.
11. Tidak berpaling walau perosak dan kerosakan bermaharajalela.
12. Tidak menjadikan hadits maudhu' sebagai dalil.
13. Tidak memperkecil organisasi atau kelompok tertentu.
14. Menentukan sesuatu masalah sesuai dengan kadarnya.
15. Berlemah lembut dan kasih sayang ketika memberi nasihat.
16. Bergaul dengan baik sesama manusia dan menghormati mereka.
17. Isytiharkan bahawa dakwah adalah untuk kemaslahatan.
18. Peka dan prihatin terhadap isu-isu semasa.
19. Berkomunikasi dengan orang lain sesuai tahap pemikirannya.
20. Tidak memperlihat aib orang lain untuk mengangkat diri sendiri.
21. Memelihara peribadi sebagai Qudwah.
22. Menjalinkan hubungan dengan orang lain.
23. Memiliki Wala' dan Bara' yang nisbi.
24. Memiliki sikap bermasyarakat.
25. Memelihara tadarruj dalam berdakwah.
26. Meletakkan manusia sesuai dengan kedudukannya.
27. Muhasabah dan memohon dengan rendah diri kepada Allah.
28. Memiliki kelebihan dalam amal ibadah.
29. Sedikit cita-cita terhadap dunia dan persiapkan menghadapi kematian.
30. Penampilan yang baik. 
zamlubawi : Bersediakah aku dalam mendukung syariatmu?mari amal doa rabhitah!! ^^v

Memelihara Kebahagiaan Remaja.


Salam semua!!! Disini ada pengumuman..

BENGKEL REMAJA KHALIFAH
"MELANGKAH KE ALAM DEWASA"
"Remaja Bertaqwa Akhlak Terpelihara"

Siri 1 : Perempuan Sahaja
Terhad 40 orang
7 Nov 2010
8.30 am - 5.00 pm
Bilik Latihan,Khalifah Institute,Jalan Ampang,Selangor

Siri 2 : Lelaki Sahaja
Terhad 100 orang
24 Nov 2010 (Rabu)
8.30 am - 5.00 pm
ILSAS,UniTen.

Siri 2 :  Perempuan Sahaja
Terhad 100 orang
25 Nov 2010 (Khamis)
8.30 am - 5.00 pm
ILSAS,UniTen.

Yuran : RM 80 sahaja untuk anak
RM 50 sahaja untuk ibu/bapa

Program ini dikendalikan oleh KHALIFAH YOUTH CIRCLE dan dihadirkan kepada peserta penceramah-penceramah yang hebat dan luar biasa ( yang berhak menyampaikan terus menerus kepada peserta yang terlibat ).Tidak rugi bagi mereka yang inginkan kefahaman bagi merungkai cabaran ke alam baligh.Jangan terlepas peluang.

Fasilitator juga diperlukan untuk program ini,terhad kepada 10 orang setiap siri kecuali siri pertama ( 7 Nov ).Mana yang berminat boleh hubungi no di bawah.Ayuh!!Tawaran Fasilitator adalah terhad juga..=)
*Terbuka kepada yang telah mengikuti Khalifah Youth Training atau Belum lagi mengikutinya.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi :




 03-4256 6810 (Farah) / 012-932 6959 (Huda)/
013 2336312 (Mursyidi)

zamlubawi : Bersama membentuk Generasi Rabbani.=)

Monday, October 18, 2010

Tawaran Bahagia Cuti Sekolah.


KELAS INTENSIF AL_QURAN DAN KEM MOTIVASI IBADAH DAN DAKWAH.

SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-HAJ,RAWANG,SELANGOR.

Kepada semua rakan-rakan seangkatan @ sesipa sahaja yang mahu mencurah bakti dan membuat bekalan pahala.Marilah bersama menyumbang ilmu dan bakti pada program ibadah bersempena cuti sekolah ini.Memerlukan FASILITATOR bagi mengimarahkan program ini..Hanya Allah Taala sahaja yang dapat mengganjarkan segala usaha baik anda!!!

OBJEKTIF

Melahirkan remaja yang berjiwa dan berakhlak Al- Quran
Membentuk sahsiah muslim sejati dalam aspek pemantapan ibadah 
 (Feqah,aqidah,tauhid & tasawwur)
Membentuk insan rabbani masakini.

PILIHAN TARIKH

                                    28Nov – 3 Dis 2010      (sesi 1)
                                    05Dis – 10 Dis 2010     (sesi 2)
                                    12Dis – 17 Dis 2010     (sesi 3)
                                    19Dis – 24 Dis 2010     (sesi 4)


Sasaran : berumur 13 -17 Tahun.

Segala maklumat dan pertanyaan bolehlah terus menghubungi : 
Ustaz Rahmad Md Yatim - 017-2305802.

zamlubawi : jom berdakwah!!!..kita memerlukan anda kerana seorang tidak terlayan..=)


Thursday, October 14, 2010

Teladan dan Memelihara Bahagia part 8


Pesanan untuk semua ya..mari kita memlihara bahagia dan ambil teladan darinya..=)

"Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati..."

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadisjuga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

 Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangga nya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkanundang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus beberapakawan wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembah yang jemaah di rumah bersama anakisteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinyalebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri -sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.?..

 Nukilan dari FB..

zamlubawi : walau dalam hati ada taman,wujudkan juga dalam hati ada tuhan..=)

Friday, October 8, 2010

Thursday, October 7, 2010

Bahagia @ Le Tour de Convest di Kuantan.


Letih itu pasti..hehe..sengaja cari cabaran untuk diri yang suka akan cabaran.Pulang sahaja dari teater Muzikal Tun Mahathir terus siap sedia untuk cabaran jalan-jalan makan angin sampai kembung ke Kuantan,Pahang Darul Makmur.Sungguh makmur negeri ini dan sedap juga biskut makmur yang di makan bersama..hehe..gurau pulak aku ni..hihi..Tugas menjadi supir ini memang mencabar lagi-lagi bila bawa kereta kecil jenama KANC',maklum sajalah diri ini tinggi macam KL Tower..hehe..Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar dan selamat pergi dan pulang.Memang seronok perjalanan ini kerana ada 13 buah kenderaan yang terlibat termasuk bas dan van mayat,eh silap van limosin..heehe..dan yang paling best sekali konvoi ini di escort oleh pak polisi..semua lampu merah ku langgar..haha..terima kasih ya pak polisi..hehe...dan Jutaan terima kasih pada semua rakan-rakan yang terlibat konvoi ini ( sempena CONVEST 2010 ) dan anda semua memang happening dan memeningkan..hihi..dan jgn lupa semua untuk terus ceria2 dan bahagia selalu..yeay!!!!

Inilah Buraq yang membawa ku ke Kuantan..hehe

Semangat konvoi sebelum bergerak ke UIA Kuantan..

Sebelum berangkat kene tampal poster dulu kat my Buraq..hehe

Saujana mata memandang,letih mata tengok kereta berbaris panjang..huhu..

Eh!! Brown Azzam la..fewitt!!!hahaha...

setiap pertemuan ada perpisahan,setiap perhentian ada saja penggambaran..yeay!!

zamlubawi : setiap perjalanan ada pengajaran dan pengalaman..bersiap sedia mula untuk tour ke Selatan Thailand akhir tahun ini..yezza!!

Teater Muzikal sebuah Kebahagiaan.


Salam bertemu kembali!!!..tup tap tup tap..Syawal dah nak melabuh kan tirai..Sana sini meraikan dengan meriahnya.Sampai tak berkesempatan nak memenuhi jemputan open house..hehe..Ok lah..sekadar mahu kongsikan cerita selepas seminggu berhari raya.huhuhu..Umpama sebuah mimpi dan macam tak percaya kerana diri yang hensem ni bole tengok teater.hebat3x..hihihi..Boleh tahan dan seronok juga la tengok teater ni ( bila tengok ramai2 la,tengok sorang2 kang bosan pulak..kekeke..).Sebuah teater yang santai dan berilmiah sikit bagi memberi kefahaman pada anak muda zaman sekarang yang ambil mudah akan sejarah pemodenan negara yang banyak di cerna oleh Tun Mahathir.Contohi usaha yang baik akan di balas dengan ganjaran yang baik dan jangan jadi sebaliknya..hehe..=)..Allah suka akan kebaikan yang di buat oleh hamba-hambanya..dan ucapan terima kasih pada kawan-kawan yang sudi lepaking bersama menonton teater ini..hehehe..mari kita terus ceria dan bahagia ya!!!!..

ada gaya, ada cara, ala-ala PM akan datang..=)

pose jejaka perasan ala-ala artis..haha

senyum puas setelah tamat teater hampir 2 jam ++...

Team penonton yang memeriahkan suasana di Istana Budaya..=)

zamlubawi : mereka berlakon di atas pentas,aku pelakon di atas muka bumi Allah ini..=)

Bahagiaku Bahagiamu Jua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...