Dapat kita dengari dan bacakan pelbagai syair dan gurindam serta lagu yang menceritakan tentang keindahan cinta. Benarkah cinta itu indah? Apakah ertinya untuk kita dan untuk sesiapa sahaja? Inilah yang memberikan kebenaran bahawa, cinta itu mampu memberikan pelbagai maksud yang mendalam. Bahkan, cinta ini hanya akan dirasai apabila kita berada di dalamnya. Ia amat sukar untuk diluahkan juga digambarkan dengan mata kasar. Kebenarannya memanglah cinta itu indah. Amat indah yang diberikan kehidupan di alam yang amat luas ini. Ia mendahului segalanya dan tidak akan dapat kita merasakan cinta ini hanya melalui ketulusan dan kemahuan hati untuk menerimanya serta kesederhanaan juga keikhlasan jiwa untuk merasakan cinta itu.
Kealpaan menjadikan manusia ini lupa kepada amanah. Cinta itu adalah amanah. Ia tidak mudah dijaga dan dipelihara sehingga hari akhirat kelak. Cinta adalah amanah kerana cinta datangnya adalah dari yang Maha Pencipta, Maha Pengasih dan Penyayang. Kenangkan cinta anugerah Allah kepada kita yang menjadikan manusia sebagai khalifah dikala gunung-ganang, bukit-bukau tidak upaya untuk menerimanya. Apakah fikir dan buat kita tentang cinta yang dianugerahkan buat manusia?
Kita tidak akan terlihat cinta apabila kita adalah bukan dari kalangan pencinta sejati. Mereka ini hanya melakukan satu pekerjaan yang besar di dalam sepanjang kehidupan mereka iaitu memberi. Cuba kita kenangkan, mungkin kita sendiri tidak pasti dan tidak nampak manfaat cinta itu adalah memberi. Ketika ini, dalam usaha kita mencari cinta Allah yang Maha Esa, Dia yang Maha Pemberi masih terus memberi walau yang kita kembalikan kepadanya adalah dosa kesalahan serta kekufuran. Dia masih terus memberi walaupun manusia berbuat durjana dan kemaksiatan. Allah s.w.t. tidak pernah berhenti memberi walau sesaat pendeknya masa, tidak pernah berhenti.
Ketulusan seorang manusia mencintai seseorang yang lain adalah dengan memberikan apa sahaja yang ada pada diri demi kebahagiaan dan kemudahan manusia lain. Tetapi adakalanya kita akan berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat balasan dari sesama manusia, tetapi Allah, tidak akan berhenti memberi sejak diciptakan Nabi Adam a.s. sehinggalah kehidupan kita semua pada hari ini. Ketergantungan manusia hanyalah pada manusia. Apabila perasaan kebergantungan ini terletak kepada selain dari-Nya, apabila kehilangan, kita mulai merasa lemah dan tidak bermaya. Atau ada sebahagian mereka merasakan kehidupan mereka sudah tiada ertinya.
Pesanan Saidina Umar Al-Khattab, “Hanya ada satu dari 2 perasaan yang mungkin dirasakan oleh setiap orang pada saat orang yang paling bererti atau pasangan hidupnya wafat, merasa bebas dari beban hidup atau merasa kehilangan dari tempat bergantung.” Cinta itu tidak akan dirasai dan kelihatan melainkan selepas kehilangannya. Tidak dapat dirasai keberadaannya kecuali selepas tiada. Nikmat tangan ketika adanya, apabila hilang, barulah merasai kepentingannya. Cinta yang tidak terlihat itu telah menjadikan kita hidup dengan aman dan sejahtera namun adakah kita mensyukuri nikmat perjalanan kehidupan kita? Bandingkanlah diri kita dengan orang yang lebih sengsara dari diri kita dalam soala kehidupan kita.
Apabila kita terlihat akan cinta-Nya, maka barulah kita dapat merasai segala nikmat dan peluang yang Allah s.w.t. berikan kepada kita. Cinta Dia mengatasi cinta sesama makhluk. Cinta Dia yang memberikan cinta antara manusia, cinta Dia yang memberikan erti dalam kehidupan manusia. Kesedaran apabila terlihat cinta-Nya menyebabkan kita mula menitiskan airmata tanda syukur dan menghargai pemberian-Nya. Subhanallah walhamdulillah wallahu akbar. Pujangga dari Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, “Kerana cinta dan demi cinta langit dan bumi diciptakan dan atas dasarnya makhluk diwujudkan, demi cinta seluruh planet beredar dan dengannya pula semua gerak mencapai tujuannya serta bersambung awal dan akhirnya. Dengan cinta, semua jiwa meraih harapannya dan mendapatkani damainya serta terbebaskan dari segala yang meresahkannya.”
Marilah kita nilai dan ‘TUNE’kan diri kita. Allahu Akbar!!Bersama Mencari Cinta Allah dan Rasul.
zamlubawi : Keredhaan Allah Keredhaan Manusia,Kemurkaan Allah Kermurkaan Manusia..=)
No comments:
Post a Comment