Masjid Universiti Islam Antarabangsa Yala
27 November :
Seawal jam 5 pagi team eksplorasi berkemas dan bersiap untuk meneruskan pengembaraan dengan menunaikan Qiamullail Saghir dan solat Subuh.Usai menunaikan solat subuh,team eksplorasi diisi dengan pengisian rohani oleh Ustaz Wan Abdul Rahman ( kalu tak silap la..hehe ),wakil Wadah Kelantan.Slot pagi ini bergabung dengan peserta2 kursus HPA.Tajuk slot tazkirah pagi itu membahaskan tentang hadith Sifat Mukmin Sejati.
Dari abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah S.A.W bersabda :
" Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan.Berlumbalah untuk memperoleh apa sahaja yang memberikan kemanfaatan padamu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah.Jikalau engkau terkena oleh sesuatu musibah,maka janganlah engkau kata : "Andaikata saya mengerjakan begini,tentu akan menjadi begini dan begitu." tetapi berkatalah : "Ini adalah takdir Allah dan apa sahaja yang dikehendaki olehNya tentu Dia melaksanakannya." sebab sesungguhnya ucapan andaikata itu membuka pintu godaan syaitan " (riwayat Muslim)
Jam 7 pagi kami bergerak meninggalkan Kompleks Al-Hikmah dan doa perjalanan dibacakan oleh Ust Zawawi,YDP Abim Selangor.Team eksplorasi sempat mengisi ruang sarapan pagi di gerai makan Waqaf Bharu.Sungguh enak lemak berkrim juadah sarapan pagi itu..hehe.Usai sarapan,kami pun bergerak ke Pengkalan Kubor untuk menyeberangi Sungai Golok.Sungguh dingin pagi itu dengan cuaca yang redup-redup mendung.Negara Thailand kelihatan dari pengkalan tempat kami berkumpul.Perasaan yang pelbagai mula timbul didalam hati tetapi kami bertawakal pada Allah Ta'ala kerana misi dan visi yang kami bawa ini adalah sebuah misi pengembaraan yang baik.Selesai urusan pasport,kami pun menyeberangi sungai Golok dengan menaiki bot.Urusan pasport tidak menghadapi masalah kerana kami tiba awal dan semuanya selamat.Alhamdulillah..
Setibanya di jeti Tak Bai,kami di sambut oleh team AYATA ( Anak Yatim Tak Bai ).Seterusnya kami dibawa terus ke Rumah Anak Yatim Tak Bai setelah selesai urusan pasport kemasukan.Maka, kami pun menjadi rakyat Thailand buat sementara..hehe..Setiba di AYATA,kami disambut dengan meriahnya dengan suasana mendung dan renyai hujan.Sedikit perkongsian dan pengalaman sepanjang kami disitu berkenaan dengan pengurusan harian,aktiviti yang dijalankan dan beberapa cerita-cerita pembangunan insan masyarakat di Tak Bai ini.Team modul dan latihan dibawah kendalian saya sempat menjalankan program motivasi bersama anak-anak yatim disitu lingkungan 5 - 15 tahun ( 60 orang ).Seronok melihat anak-anak ini ketawa dan sedikit kata-kata perangsang diberikan kepada mereka untuk masa depan mereka ini.Sokongan moral dan pembentukan jatidiri amat diperlukan untuk mereka ini.Walaupun menghadapi masalah bahasa,tetapi mereka tetap seronok..(bila anak jawa cakap kelantan + siam = ?..hehe)..Selesai beramah mesra,kami dihidangkan dengan juadah tengahari yang cukup istimewa.Makanan yang dihidangkan memang cukup superb sekali..Alhamdulillah!! moga rezeki yang engkau limpahkan ini memberi keberkatan dan kasih sayang..Sebelum bertolak ke destinasi seterusnya.Kami menunaikan solat jama' di masjid berdekatan dengan AYATA.Suasana jemaah yang ada disini memang cukup luarbiasa.Semoga mereka ini dirahmati dan dilindungi Allah S.W.T.Ameen..
Team eksplorasi meneruskan destinasi seterusnya iaitu Rumah Anak Yatim Darul Aitam.Perjalanan mengambil masa 2 jam.Nasib baik van sewa yang kami naiki ni memang selesa dan memuaskan.Alhamdulillah.Perjalanan selamat walau menempuh banyak sekatan jalanraya.Fuh!!memang langkah berjaga-jaga mereka ini setelah peristiwa hitam yang melanda Selatan Thailand beberapa tahun yang lalu.Kami selamat sampai ke Darul Aitam Lil Banat wal Masakin sekitar jam 4 petang.Suasana yang mendamaikan.Semua penghuni di Darul Aitam ini adalah wanita dan seperti biasa kami beramah mesra dan membuat tinjauan ilmiah dan sejarah pembangunan.Kedua-dua lawatan amal ke rumah anak yatim ini diakhiri dengan acara penyampaian sumbangan dari team eksplorasi.Semoga dengan sumbangan yang sedikit ini mampu memberi sinar bahagia untuk mereka ini.Allahu Ameen.Hari ketiga kami ditamatkan dengan berehat di hotel My Garden Pattani.
memohon doa keselamatan dan kesejahteraan..Allahu Ameen!!
gambar dulu!!klik!!.ok,jom kita bergerak...=)
bot yang membawa kami menyeberangi Sungai Golok..
sebelum berlepas meninggalkan tanah air..=)
persembahan nasyid oleh anak yatim AYATA..memang terharu dan syahdu mendengar.
28 November :
Pengembaraan bersambung semula!!.Hari ke-4 ini dimulakan dengan lawatan seketika ke Universiti Prince of Songhkla dan seterusnya menuju ke tempat bersejerah dimana tumpahnya darah syuhada dalam krisis yang melanda di Selatan Thailand.Tempat bersejarah tersebut adalah Masjid Kerisik.Syahdu melihat rupa bentuk masjid tersebut dan disebalik kisah kejadian yang berlaku membuka minda dan mata bagi setiap pengunjung yang hadir ke masjid ini.Team eksplorasi sempat menunaikan solat sunat dhuha dan mendoakan ke atas para syuhada dan sedikit taklimat sejarah Masjid Kerisik.Setelah selesai,kami pun bergerak menuju ke Koperasi Ibnu Affan,Pattani.Sebuah koperasi yang sungguh menakjubkan walaupun berusia 7 tahun penubuhannya.Kami disambut oleh Pengerusi dan Ahli Lembaga koperasi dengan penuh mesra.Kami juga didedahkan dengan sejarah penubuhan yang menjadikan Islam sebagai dokongan dan cara hidup dan tidak mengharap akan keuntungan.Subhanallah!!Kami juga dihidangkan dengan juadah tengahari yang sungguh enak dan mengenyangkan.Alhamdulillah..
Selesai menunaikan solat jama' di Masjid Raja,team eksplorasi pun meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.Alhamdulillah kami berpeluang berziarah ke Pusat Pertanian Belia Islam Thailand.Kami didedahkan dengan strategi pertanian, pembuatan dan beberapa hasil pertanian yang diusahakan oleh masyarakat dalam menjana ekonomi ( Ekonomi Kendiri ).Penerangan yang penuh semangat dalam menjana dan mengembangkan ekonomi Islam melalui produk yang dijamin halal dan menjimatkan.Mereka yang berminat dalam pembangunan ekonomi kendiri ini boleh la "calling2"..hehe.memang sangat menarik dan menakjubkan.Selesai menjamah jamuan yang disediakan ( som tam dan laban soy),kami pun bergerak ke tempat menginap di Hotel Yala Rama,Yala.
Pada malam hari,team eksplorasi meneruskan jelajah ke Ibu Pejabat Kesihatan YMAT Yala selepas melayan nasi kerabu Yala yang sungguh murah dan menyelerakaan.Hanya RM 1 sahaja.Menakjubkan bukan?..Kami disambut mesra oleh pengurus projek dan sukarelawan.Kami didedahkan tentang info kesihatan akan projek kesedran AIDS/HIV dikalngan belia ( 12-25 tahun) di 9 daerah Selatan Thailand dari Narathiwat hinggalah ke Phuket.Kepentingan projek ini adalah sebagai satu maslahah dalam menyedarkan golongan belia menangani isu ini yang semakin menular dan menjalani pemeriksaan kesihatan.Kekurangan info akan isu ini menyebabkan peningkatan kes khususnya dikalangan kaum hawa.Malam perkongsian ilmiah diakhiri dengan jamuan ringan ( Karipap + Sambal Tomato + Jus Oren)
Bukti yang menunjukkan kesan tembakan di masjid kerisik..
bergambar berlatarkan Masjid Kerisik yang penuh nilai sejarah syuhada!
29 November :
Pagi hari terakhir yang indah dengan Subuh berjemaah dan sesi tazkirah yang menyentuh Qalbu oleh Cikgu Muslimin dalam bentuk gurindam.fuh!!memang tertusuk mendegarnya.Pengembaraan bersambung menuju ke Universiti Islam Antaranbangsa Yala dan sempat menunaikan solat sunat dhuha di masjid UIAY dan sessi fotografi.UIAY adalah destinasi terakhir kami di bumi Selatan Thailand.Kami bergerak ke Sungai Golok dan selamat sampai ke tanah air sekitar jam 1.30 tengahari.Kami mengakhiri pengembaraan dengan sessi penutup yang dirasmikan oleh YDP Abim Selangor,Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni.Semoga eksplorasi ini dapat membakar semangat dalam memperjuangkan usaha dakwah di muka bumi Allah ini..Ameen..
Kenangan di Universiti Islam Antarabangsa Yala...=)
Perjalanan kami selesai wida' belum terhenti lagi kerana sempat lagi meluaskan pemandangan di bumi Terengganu..hehe..Sempatlah juga singgah Masjid Kristal,Masjid Terapung dan Cherating..=)
zamlubawi : Bumi Indonesia,Singapura, dan Thailand sudah di jejak..selepas ini?? Moga pengembaraan ilmiah dan amal ini memberi nafas baru dalam mencari bahagia..=)