Salam kembali semua...Lama rasanya tak sentuh blog..huhu..Mungkin sentuhan kali ini lebih bermakna kerana tersentuh time ni iaitu hari jatuhnya isra' mikraj (ikut beberapa pandangan ulama),27 Rejab 1431H/9 Julai 2010..hehe..jadi ingin saya kongsi sedikit maklumat tentang peristiwa ini hasil dari bacaan dari blog,web dan sebagainya..Semoga kita lebih menghayati peristiwa ini dan menambahkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T serta rasa CINTA terhadap nabi kita Muhammad S.A.W..Sallu alaih..Mari kita sama-sama menambah info akan peristiwa yang penuh barakah ini...yezza..
 Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut,  dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W..  dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat  syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan  iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan  dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan  binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam  perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke  Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi  (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat  tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah  diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua  rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan  melakukan hijrah. 
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S.  menerima wahyu daripada Allah.
 iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S.  dilahirkan)
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W.  menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan  peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman  mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah  belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W.  dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang  digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga  gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu  oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak  Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat  bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana  tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai  Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka.  Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan  pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah:  Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul  dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang  ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata  Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah  yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail:  Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan  perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan  batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya  memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah  orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang  lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka  dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan  bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang  membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak  melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga  mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia  (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang  sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah  orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah  terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai  perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah  dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam  akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh  Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata  Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk  bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang  sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq.  Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat  dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua  bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu  diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak  itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga.  Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu  terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1.  Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke  langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat  melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat  orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk.  Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
2.  Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga  langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan  Nabi Yahya A. S.
3.  Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi  Yusuf A. S. 
4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu  dengan Nabi Idris A. S.
5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan  Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
6.  Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan  Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat  kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri  yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
7.  Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk  langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang  bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada  Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa  dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu  dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman  syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain,  Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan  beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya  ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA  ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL-  ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan  ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa  peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam  Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas  Baitullah di Mekah).
8.  Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang  berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W.  menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak  berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah,  daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi  permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua  keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W.  dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.  Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan  Malik penunggunya.
9.  Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok  Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke  Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib  di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah  berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu  bapanya.
10.  Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan  mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah  dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S.  W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah :  Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan  dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan  Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan  kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun  dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin.  Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat  menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau  lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu  sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan  amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan  umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu  pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak  aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di  akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku  berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar  makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka  Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan  atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat
 Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi  Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh  Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan,  mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu,  (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan  memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan  nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya  turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah  pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan  beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa  Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa  itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum  hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) 
 http://fullfilth.blogspot.com
zamlubawi :  Moga kita menjadi hamba yang bersyukur dan disinari cahaya bahagia..

No comments:
Post a Comment