pepatah pujangga

Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya..

Yusuf al-Qardawi

Tuesday, April 20, 2010

Moga di beri kebahagiaan hidup


Minggu yang lalu,aku di beri peluang sekali lagi untuk turun padang memberi sedikit pengajaran dalam program Tahsin Quran di Masjid Nur Falah dan Masjid Alaniah.Kehadiran peserta agak memberangsangkan.Alhamdulillah..Ku selitkan beberapa sketsa yang benar lagi benar..:)

Aku : Pak cik ikut saya baca ya..
Pak cik X : baiklah.
Aku : A Ba Ta ..(sebutan jawi)
Pak Cik X : A Ba Ta
Aku : Wah..Alhamdulillah,sudah ada kemajuan..
Pak cik X : ye ke?? tersenyum2 kucing pak cik tu..
Aku : cuba pak cik ulang balik..
Pak cik X : mmmm...aaa...mmmm...A...mmm..
Aku : lepas A..?
Pak cik X : pak cik lupa la nak..huruf ape ye?
Aku : huruf Ba pak cik..die macam sampan dan ade titik di bawah..
Pak cik X : oooo...huruf Ba..

Pak cik Z : nak,lepas huruf tha ni huruf ape ye?
Aku : huruf ni mcm bulan dan ade titik di tengah,namanya huruf jim..
Pak cik Z : ooo..huruf jim
Aku : kita ulang sekali lagi ye pak cik?
Pak cik Z : baiklah..

Hakikat kehidupan bahawa masih ada masyarakat yang masih buta huruf dan memerlukan bimbingan.Bukan untuk memperkecilkan tetapi sedarkah kita bahawa mereka memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar kerana zaman mereka tidak seperti zaman kita dalam menuntut ilmu.Jika mereka terbatas kerana wang dalam meneruskan pendidikan, kita pula harus bersyukur kerana banyak peluang dan ruang2 yang dapat membantu meneruskan  pendidikan.Hanya dengan ilmu sahaja yang membawa kepada kehidupan yang lebih terarah.InsyaAllah..Moga generasi kita ini lebih berilmu dan curahkan ilmu pada yang memerlukan.Terus menuntut dan selamat beramal..hihi..:)

zamlubawi : pernah tak kita dakwah @ curah ilmu sambil bergembira?ketahuilah kerana ia lebih bahagia..
Tahniah juga pada sahabat yg tersingkir audition imam muda..hehe..:)

No comments:

Bahagiaku Bahagiamu Jua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...