pepatah pujangga

Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya..

Yusuf al-Qardawi

Sunday, April 4, 2010

Pengembaraan 1 hari yg membahagiakan..

Sabak Bernam,4 April - Buat julung kali mengendalikan program tanpa "taiko2" di Masjid Saidiah,Pasir Panjang.Rasa gemuruh pun ada kerana tenaga kerja yang ada tidak mencapai target tetapi syukur alhamdulillah kerana diberi kemudahan dan kelancaran sepanjang program berlangsung.Semua pergerakan berjalan dengan lancar dan semua peserta berasa selesa dengan konsep pembelajaran yang dibawa oleh kami.Kehadiran yang cukup luar biasa memberikan kami semangat untuk terus berbakti dan membahagiakan mereka.Hampir 60 orang yang hadir utk program kali ini.Berasa sungguh kagum dengan kesungguhan peserta yang bersungguh mendalami ilmu Quran walau mereka semuanya telah dimamah usia.Moga Allah Ta'ala memberi kekuatan pada mereka dan team kami (Pusba) agar terus memekarkan ilmu Quran yang indah dan membahagiakan.Terima kasih pada team fasillatator kerana kerjasama dan komitmen yng diberikan sepanjang program berjalan selama 1 hari.

Fasilitator yg terlibat :
  1. Husnul Azam (ketua..haha)
  2. Harith (asst 1 yg tekun)
  3. Hafizul azman (asst 2 yg ceria)
  4. Ira Fazliana (tunang harith..hehe)
  5. Nur Zatil Azimah (kawan ira)


zamlubawi : kawan2 yg tak dapat join tidak mengapa kerana ada pertemuan lagi..hehe

No comments:

Bahagiaku Bahagiamu Jua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...