pepatah pujangga

Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya..

Yusuf al-Qardawi

Friday, May 28, 2010

Teladan dan Memelihara bahagia part 4


Sebuah kisah yang sungguh melunturkan jiwa jika dihayati.Satu kisah yang aku ambil dari sahabatku Bro Syukur,(..alhamdulillah)..kiki..walau bukan kisah yang berdasarkan fakta @ nilai sejarah tetapi cukup bagi kita untuk berfikir dan membuat satu perubahan dalam mencari bahagia hidup..Moga kita mengambil sedikit iktibar darinya....(berlaku peng'edit'an dlm cerita ini..hehe)..=)


Kisah Malaikat Jibril a.s dan 3 ekor haiwan yang terpilih.

Telah datang malaikat jibril pada haiwan yang pertama iaitu kerbau lalu bertanya," Kerbau oh kerbau..adakah engkau bersyukur menjadi seekor kerbau,sedangkan hidup kau di penuhi dengan tanah lumpur yg kotor dan berbecak? " lalu kerbau pun menjawab," aku bersyukur menjadi seekor kerbau yang hidup di dalam lumpur yg kotor dan berbecak jika dibandingkan sang kelawar yang hidupnya bermandikan air kencingnya sendiri "..

Maka malaikat jibril pun pergi bertemu sang kelawar lalu bertanya." Kelawar oh kelawar adakah engkau bersyukur menjadi seekor kelawar yang hidupmu bermandikan dengan air kencingmu sendiri? " lalu kelawar pun menjawab," aku bersyukur menjadi seekor kelawar yang bermandikan air kencingku sendiri jika dibandingkan dengan sang cacing yang hidupnya di dalam tanah yang sempit dan berjalan menggunakan perut. "..

Maka malaikat jibril pun pergi bertemu sang cacing lalu bertanya," Cacing oh cacing adakah engkau bersyukur menjadi seekor cacing yang hidupmu didalam tanah yang sempit dan berjalan menggunakan perut? " lalu cacing pun menjawab," aku bersyukur menjadi seekor cacing yang hidup didalam tanah yang sempit dan berjalan menggunakan perut jika dibandingkan dengan manusia yang mempunyai nikmat Tuhan yang luas tetapi tidak dimanfaatkan dan tidak pernah melahirkan rasa SYUKUR.."

Manusia seringkali mencari nikmat dan kebahagiaan hidup tetapi terlupa kepada yang "Memberi".Mari kita koreksi diri ini dan merenung sejauh mana tahap kesyukuran yang kita telah zahirkan dan manfaatkanlah kehidupan ini sebagai hamba yang bersyukur..ameen..=)

zamlubawi : masih kecik-kecik dulu cuma tau bila nak makan baca bismillah dan lepas makan baca alhamdulillah..hehe..

Tuesday, May 25, 2010

Rezeki Bahagia untuk Penganggur 2

 
 Salam kembali...saya hanya menolong bagi mereka yang nak kerja..hehe..jadi bacelah info di bawah ye...=)

Job Title
● Legal Executive

Job Description
● Assist in handling corporate/in-house legal matters for the Group.
● Draft and review Agreements and other legal documentation.
● Liaise with external Solicitors and relevant Authorities.

Candidate Criteria
● Preferably Bumiputera, male or female will do and owned transport.
● Possess a recognized Degree in Law with at least 3 years relevant work experience preferably in the corporate sector.
● Strong spoken and written communication skills in English and Bahasa Malaysia.
● Certificate of Legal Practice preferred but not essential.
● Pleasant personality, responsible and committed.
● Able to work independently, meet deadlines and perform under pressure.

Salary Range
● RM2,500.00 – RM3,350.00

Remuneration Package
● Annual leave – 25 days/year
● Company medical benefit – RM4000.00/year.
● Group Hospitalization & Surgical Insurance – RM60,000.00/year.
● Group Personal Accident – RM250,000.00/year.

Reporting Line
● Group Company Secretary / Group Legal Advisor

Contact : Human Resource (Kumpulan Darul Ehsan Berhad)Shah Alam 03 - 5510 3999 – Puan Azlina
 
zamlubawi : bekerjalah kerana Allah S.W.T kerana amat luas rahmatnya nanti..=)

Friday, May 21, 2010

Bahagia yang membawa Bencana..Hati-Hati....


Salam kembali semua.Saya berasa bahagia bila berkongsi ilmu dan maklumat.Jadi,saya ingin berkongsi sedikit makluman berkenaan isu terkini sempena Piala Dunia yang akan berlansung.Terima Kasih kepada Br Zawawi yang berkongsi maklumat ini..=)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) membantah sekeras-kerasnya serta merasa amat kesal dengan keputusan kerajaan yang secara rasminya telah memberikan lesen pertaruhan sempena Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan BERJAYA. ABIM menilai keputusan ini adalah tidak wajar kerana majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini menolak judi kerana banyak membawa kesan buruk dan penyakit sosial yang teruk.

ABIM menegaskan bahawa keputusan tersebut langsung tidak mempunyai sebarang justifikasi yang munasabah serta hanya bersifat untuk meraih keuntungan material jangka pendek yang boleh memberikan kesan yang negatif ke atas masyarakat dan negara. ABIM dengan ini menyeru kepada semua umat Islam untuk sama-sama membantah keputusan tersebut demi menjaga kesejahteraan setiap lapisan masyarakat di negara ini. Pihak ABIM juga akan menggerakkan bantahan ini di seluruh negara bagi memastikan keputusan ini tidak dilaksanakan demi kesejahteraan semua pihak.

Tiada ada agama di dalam dunia ini yang membenarkan serta menghalalkan perjudian kerana impak negatif sosialnya yang secara langsung akan menyebabkan kemusnahan moral individu, institusi keluarga dan masyarakat serta mencemar imej Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. ABIM dengan ini menggesa dan bertegas agar Kerajaan Malaysia menarik semula keputusan pemberian lesen pertaruhan ini demi menjaga kesejahteraan masyarakat dan negara.

Bagi ABIM Selangor , pengeluaran lesen atas alasan untuk mengawal dan mengetahui jumlah wang pertaruhan adalah tertolak di sisi Islam. Sesebuah kerajaan dan pemimpin mestilah lebih kreatif dan bertanggungjawab dalam mencari jalan mengawal perjudian gelap. Kawalannya bukanlah dengan memberi lesen kerana itu hanya akan lebih memakmurkan gejala tersebut. Tetapi KAWALAN adalah dengan memperkenalkan teknik banteras, hukuman lebih keras dan tahap efisyen yang lebih kemas bagi memerangkap mereka yang terlibat.

Perlu difahami, hujjah maslahat TIDAK BOLEH digunakan sama sekali dalam hal yang JELAS BERTENTANGAN dengan teks Al-Quran dan Hadis. Tiada maslahat dan tidak termasuk di dalam Maqasid al-Shariah dalam mengharuskan perjudian untuk masyarakat.

Oleh yang demikian ABIM Selangor mendesak :

1. Kerajaan Persekutuan menarik balik lesen yang telah dikeluarkan kepada BERJAYA GROUP serta merta.
2. Semua mufti-mufti dan para ulamak khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri untuk mengeluarkan kenyataan atas kelulusan ini.
3. Semua institusi pendidikan, Masjid dan surau membuat bantahan dan kempen penerangan bagi menimbulkan kesedaran agar muslimin dan muslimat terutama golongan belia sedar keburukan judi dan kesannya kepada masyarakat.
4. Semua NGO Islam bersatu menyatakan pandangan dan bantahan mengenai pemberian lesen perjudian ini.
5. Semua pihak sentiasa peka dan sedar , bahawa ada agenda buruk yang mahu melihat umat Islam semakin sesat dan jauh dari agama melalui judi, arak , seks, dadah dan semua maksiat.



zamlubawi : walaupun menyokong pasukan Sepanyol sebagai pasukan yang bakal juara..hehe..tetapi AWAS dengan bahana JUDI..carilah bahagia yang indah bukan bahagia yang punah..=)

Saturday, May 15, 2010

Bahagianya seorang Pendidik


Ada orang kata senang jadi cikgu dan ada orang kata payah dan memenatkan jadi cikgu.Banyak pandangan yang boleh kita fikirkan dan luahkan.hmm..Nak cakap lebih pon majoriti ahli keluarga ku pun menjadi guru..huhu..selamat ari guru la buat mereka..hehe..tak lupe juga buat guru2 yg dah mendidikku.Nak sebut ramai sangat la pulak..yang penting aku masih menghormati mereka sebagai guru yang banyak memberi aku harapan,kebahagiaan,inspirasi dan galakan dalam menjadi insan yang kamil dan hensem..haha..(perasan betul mamat ni..adoi..)..Jasa mereka tidak dapat dilupakan.Jika diingat memang banyak peristiwa2 menarik dari yang hitam sampailah yang putih,dari yang gelap sampailah jadi yang cerah melepak..huhu..Memang suatu kkenangan yang indah..Terima kasih Cikgu,Ustaz dan Ustazah..kerana Mu aku menjadi insan  yang bernama HUSNUL AZAM..

Renunglah pepatah ini yang membaeri impak pada diri ini yang bernama manusia..ilmu Itu... Sesungguhnya mati jasad kerana roh, mati roh kerana tiada ilmu. Mati ilmu kerana tiada amal, mati amal kerana tiada istiqomah. Menuntut ilmu adalah taqwa... menyampaikan ilmu adalah ibadah... mengulang ilmu adalah zikir... mencari ilmu adalah jihad...Al-Ghazali....SELAMAT HARI GURU untuk semua guru2 di malaysia dan dunia..=)



zamlubawi : cahaya 'AZAM' yg semakin malap dan mencari sinar 'HUSNUL' yang baru dalam melengkap sebuah kebahagiaan atas nama HUSNUL AZAM = cita-cita yang baik..=)

Tuesday, May 11, 2010

Mahukan Bahagia di Cuti sekolah?


Salam kepada semua pengunjung yg dikasihi.Tawaran program sempena cuti sekolah yang pasti hebat.Sesiapa yang berminat boleh hubungi nombor yg tertera di atas.Program ini berbentuk ala-ala survivor camp dan tidak lari dari unsur2 islamik.Prgram ini juga mahu merintis golongan muda agar lebih luar biasa dengan ilmunya,Optimis dalam tindakannya,Semangat dalam perjuangannya serta Taqwa nadi kejayaannya di dunia dan di akhirat.Program ini juga bertujuan untuk mengumpul dana Rumah perlindungan Wanita (DARUL WARDAH) di bawah seliaan ABIM SELANGOR.Jangan lepaskan peluang!!..Program membentuk khaira ummah dan Beramal..Moga ada rahsia keBAHAGIAan disebalik sumbngan yang diberi..Allahu ameen..=)

zamlubawi : Antara video games dan program ilmiah?Yang mana satu menjadi pilihan?Moga program ini mendapat rahmat dan Hidayah dari ALLAH S.W.T

Friday, May 7, 2010

Moga berbahagia ya Ummi..


Bulan Mei adalah bulan yang memberi peluang kepada kita untu merayakan sesuatu antaranya ialah hari IBU.Tanggal 9 Mei di pilih sebagai tarikh keramat bagi memperingati keringat,penat lelah ibu kita.Ya Allah sungguh besar pengorbanan mu.Diri ini tidak dapat membalasnya.Hanya berusaha untuk menjadi anak yg soleh dan berjaya. Maafkan ku Ibu diri ini Tidak Sempurna dan berusaha mencari bahagia,moga didoakan akan perjuangan anakmu ini..Selamat hari Ibu di ucapkan pada PAUZIAH BT HUSIN yg menjaga dan mendidik anakmu ini.Moga terus di berkati dan mendapat redha ilahi...

zamlubawi : bila mau mencari ibu mertua..haha..soalan maut yg memerlukan utk diam..hehe.."Syurga di bawah tapak kaki ibu"..

Teladan dan Memelihara Bahagia part 3

 Terime kasih pada Sis Nazihah dan Sis Hazwani yang memberi peluang kepada saya membaca kisah ini.Sayugia saya kongsikan dgn sahabat2 semua..hayatilah..



Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.


Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.


“Mengapa?” balas saya.


Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”


Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?


Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”


Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.


“Oh ramai encik…”


“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”


Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.


“Kakak, boleh saya bertanya?”


“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.


“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”


Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”


Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”


Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.


“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.


“Maksud encik?”


“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”


“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”


“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”


“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”


“Maksud kakak?”


“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”


“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”


Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.


“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.


“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”


Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”


“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’


“Pasti ada! Insya-Allah.”


“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”


“Subhanallah!”


“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”


“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.


“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”


“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”


“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”


“Maksud encik?”


“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”


“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”


Giliran saya pula tersenyum.


“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.


“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”


Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”


“Maksud encik?”


“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”


“Kenapa?”


“Kita akan sakit jiwa!”


“Kenapa?”


“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.


Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.


“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”


“Ah, kita terlalu ego…”


Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

zamlubawi : memberi itu abadi tetapi ramai masyarakat sekarang mudah mengata dari mudah menghulurkan bantuan..=)

Monday, May 3, 2010

Lelaki yang Bahagia..


Lelaki yang bahagia?Bagaimanakah?senang menjadi orang tetapi sukar menjadi manusia.Terdetik hati ini utk berkongsi akan ciri-ciri lelaki dalam mencari bahagia.hehe..ini pon hasil dari pembacaan ilmiah..Moga perkongsian ini menjadikan diri ini dan yg di luar sana BAHAGIA...=)...
Lelaki Bahagia:
1.Mestilah berTAQWA dengan Rabb-Nya
2.Mempunyai ilmu dunia dan ukhrawi agar cerah masa depannya
3.Rasa Tanggungjawab pada diri,keluarga,masyarakat dan agama
4.Mempunyai rasa dan nilai PENYAYANG dan ROMANTIK..haha
5.Mempunyai sikap Kreatif dan Kreatis dalam komunikasi
6.Mempunyai sifat Asertif
7.Pandai menghibur dan menceriakan
8.Mempunyai kemahiran dalam mendidik,mendengar dan memotivasi..=)

zamlubawi : terfikir adakah aku mampu menjadi lelaki yg BAHAGIA?Moga di perkenankan..=)

Bahagia di Bulan Mei..


Salam kembali di bulan Mei yg penuh dengan warna-warna kehidupan dan kebahagian..:)..Sungguh meriah sebenarnya di bulan mei ini kerana banyak hari-hari yg indah dan memberi inspirasi dan kebahagiaan.Memang meriah..mana tidaknya, di bulan ini sahaja kita ada Hari Pekerja,Hari Ibu,Hari Belia,Hari Guru,Hari Lahir,Hari Detik Bahagia dan lain-lain.Meriah bukan?Dalam kemeriahan yg ada masih ade beberapa kesulitan dan kurang pemahamannya.Sejauh manakah kita menghayati dan membahagiakannya dengan pelbagai isu-isu yg membahayakan?Mari kita fikir sejenak bahwa hari-hari ini memberi peluang kepada beberapa insan yg terpilih tetapi sejauh manakah yg memanfaatkan peluang yg ada?Mungkin anda tidak nampak apa yg cuba saya bayangkan tetapi jawapannya ada pada diri sendiri dan hari demi hari semakin byk di tulis di akhbar2..Moga kita mengambil iktibar dan memeriahkan hari-hari yg indah dgn rasa kesyukuran dan kebahagiaan....=)

zamlubawi : Ucapan Selamat Berbahagia dan Semoga Di Rahmati Allah pada semua, Sempena Hari-Hari Bahagia di bulan Mei..=)

Bahagiaku Bahagiamu Jua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...