pepatah pujangga

Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya..

Yusuf al-Qardawi

Wednesday, June 15, 2011

Sinar Bahagia Gerhana Bulan 1432H


Gerhana bulan kembali.Mari melakukan sembahyang sunat gerhana.Moga ada manfaat darinya.Ameen!!

*Niat sembahyang sunat gerhana bulan
أصلي سنة خسوف القمر ركعتين لله تعالى
Sahaja aku sembahyang sunat gerhana bulan dua rakaad kerana Allah تعالى

*Sekurang kurang sembahyang sunat gerhana seperti sembahyang sunat zuhur.
*Sekurang kurang sempurna hendaklah disembahyangkan dua rakaat dengan dua kali rukuk dan dua kali berdiri pada tiap-tiap rakaat dan tidak dipanjangkan bacaan padanya.

*Yang paling sempurna disembahyangkan dua rakaat dengan dua kali rukuk dan dua kali berdiri pada tiap-tiap rakaat dan dipanjangkan bacaan pada tiap-tiap rakaat:

1. takbiratul ihram berserta dengan niat
2 baca doa iftitah
3. baca أعوز بالله
4. baca al-fatihah
5. baca surah al-baqarah hinga selesai
6. rukuk dengan membaca tasbih sekadar seratus ayat daripada surh al-baqarah
7. i’tidal iaitu bangkit dari rukuk
8. baca fatihah,
9. baca surah : ali Imran dsb
10. rukuk kali kedua dengan membaca tasbih sekadar lapan puluh ayat daripada surah al-baqarah
11. i’tidal iaitu bangkit dari rukuk
12. sujud dengan membaca tasbih pada sujud sekadar seratus ayat daripada surah al-baqarah
13. duduk antara dua sujud serta baca bacaan antara dua sujud
14. sujud yang kedua dengan membaca tasbih pada sujud sekadar lapan puluh ayat daripada surah al-baqarah
15. berdiri pada rakaat kedua
16. baca al-fatihah
17. baca surah an-nisa dsb
18. rukuk dengan membaca tasbih sekadar tujuh puluh ayat daripada surah al-baqarah
19. i’tidal iaitu bangkit dari rukuk
20. baca fatihah
21. baca surah al-maidah dsb
22. rukuk dengan membaca tasbih sekadar lima puluh ayat daripada surah al-baqarah
23. i’tidal iaitu bangkit dari rukuk
24. sujud dengan membaca tasbih sekadar tujuh puluh daripada surah al-baqarah
25. duduk antara dua sujud dengan membaca bacaan diantara dua sujud,
26. sujud kedua dengan membaca tasbih sekadar lima puluh ayat daripada surah al-baqarah
27. duduk bagi membaca tasyahud akhir
28. memberi salam.

zamlubawi : jangan lupa shoot gambar.=)

No comments:

Bahagiaku Bahagiamu Jua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...