pepatah pujangga

Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya..

Yusuf al-Qardawi

Thursday, June 9, 2011

Training of Trainer Special Edition dalam Bahagia!


Dari peserta menjadi peserta semula.Mengingat kembali amanah ilmu yang diberi.Subhanallah!!Sungguh luas ilmu Mu Ya Allah.Moga terus istiqamah diri ini membawanya.Ameen...( 13 Mei - 15 Mei 2011 )

Alhamdulillah,program yang dirancang berbulan akhirnya terlaksana dan termaktub dalam sejarah Training mengumpulkan semula alumni-alumni KYC dalam program TOT special edition ini.Seramai 30 orang yang hadir dalam program ini dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Seronok melihat telatah rakan-rakan dalam mengimbau semula ukhwah dan ilmu Khalifah sebelum ini.Yang menarik dan sedihnya ialah sesi re-taaruf sesama rakan walaupun agak terlewat kemunculan.hehe.Moga ukhwah yang ada terus subur mekar mewangi...=)

Melihat perkembangan arus perdana,kemahiran,semangat dakwah dan pengetahuan perlu di tingkatkan dari semasa ke semasa.Slot Ustaz Hasrizal,Kak Badar dan Kak Nani menguatkan lagi hujah diri ini dalam meneruskan dakwah untuk diri dan rakan-rakan diluar sana.Walau usaha sekecil zarah ia juga dikira dalam memacu ummat ke arah kebaikan.

Tidak ketinggalan juga slot-slot lain seperti simulasi oleh Bro Mokhtar,Riadhah oleh Bro Mursyidi dan juga Ampang Hunt oleh Bro Husnul.Penambahbaikan tetap ada dan pencernaannya mestilah kita usaha bersama.hehe..Memang menarik tertarik setiap aktiviti yang dijalankan dan juga macam gelagat dan aksi yang dipamerkan.Hebat dan bersemangat semuanya.

Pengakhiran ceritera TOT yang sungguh happening dan teruja umpama Majlis Konvo Universiti.Menarik!!semoga ilmu yang dituntut sepanjang 3 hari memberi impak pada diri dan sebarkan kepada mereka yang memerlukan.

 Team KCB : Musfirah,Nadhirah,Izyan,Zarina,Alimin dan Naqib

Team Sang Pencerah : Mokhtar,Dila,Kak Farah,Fazu,Aisyah dan Shahir

Team Sang Pemimpi : Fitri,Qayum,Fuzah,Atikah dan Atiqah

Team Nur Kasih : Aishah,Afif,Mursyidi,Amira,Malina dan Fadila

Team Laskar Pelangi : Allia,Huda,Shahir,Azim dan Kak Mun


Salam ukhwah buat Fasilitator KYC dan mekarkan ilmu yang ada ke arah ummat bertamadun..=)

zamlubawi : ukhwah terbina dari pautan sahabat kecil.=)

No comments:

Bahagiaku Bahagiamu Jua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...